Kelas Memanah

2K 189 17
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Kawasan padang itu sibuk dengan kehadiran pelajar-pelajar dari kelas diraja. Iaitu pelajar-pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada putera mahkota.

Namun maaih ada juga pelajar dari keluarga kenamaan.

Ramai-ramai di situ yang lengkap mengenakan uniform khas untuk memanah, Tristan berwajah letih dan tidak selesa berdiri di belakang pelajar-pelajar lain di situ.

Sejak awal pagi lagi hingga la kw tengah hari itu, dia berasa tidak sihat. Kepalanya asyik berdenyut sakit. Ingatkan migrain, jadi dia telan la ubat yang biasa ambil sekiranya kepalanya pening.

Namun sakitnya tidak kunjung pergi juga. Malah semakin berdenyut sakit dibuatnya.

Tapi tak adalah dia nampakkan sangat sakitnya di hadapan semua orang. Wajahnya masih serius dan tenang seperti bersahaja. Kalau orang pandang pun takkan perasan yang dia sedang tahan sakit.

       "Tristan!You up!"laung jurulatih memanah kepada Tristan di depan padang itu.

Semua kepala berpaling dengan minat ke lelaki lampai berwajah segak itu. Semua di situ tahu betapa hebatnya Tristan dalam sukan memanah. Setanding dengan title yang dimiliki, Tristan sangat jelas kelihatan seperti seorang pemimpin dan ketua. Namun apabila di kenangkan sikap brutal dan kasar lelaki itu,   tawar sedikit hati mereka pada Tristan.

Sambil berkerut kening tidak selesa, Tristan maju ke hadapan. Bersama dengan pelajar yang lain, dia berdiri di satu barisan menghadap papan bidik sasaran yang berada 10 meter jauhnya dari situ.

          "Ke posisi!" arah jurulatih bila lapan orang pelajar sudah berada di kedudukan masing-masing. Perhatiannya fokus pada Tristan. Pelajar cemerlang dan harapannya. Antara orang yang paling mahir mengendali busurnya.

Dengan seragam, pelajar-pelajar di situ angkat busur mereka bersama anak panah di jari. Lalu ditegakkan betul-betul di tepi pipi.

Tristan yang bergelut dengan rasa pening dan tidak selesanya, sedaya upaya fokuskan mata ke sasarannya. Sebelah mata di kenyit sementara sebelah lagi membidik sasaran mata anak panahnya.Pada saat dia menarik anak panah ke belakang, ketika itu telinga dia berdesing dan satu imbasan imej tidak dikenali terpantul di depan matanya.

Secara automatik, Tristan menahan nafas dan menjatuhkan tangan ke bawah. Buatkan busur tadi tergeletak atas rumput. Lantas dia melutut di situ sesaat kemudian. Mencengkam kuat rambutnya.

           "Tristan!"panggil jurulatih dengan cemas apabila melihat keadaan itu. Lekas-lekas dia mendapatkan Tristan dan bercangkung bersebelahan dengannya. "Kenapa ni?"

Sakit seperti mahu meledak, Tristan mengerang dalam diam. Jari jemarinya erat mencarik rambut seakan mahu ditanggal terus dari kulit kepalanya.

               "Ayahanda!Ada apa ni!!!!"

               "Kita di kejar..."

               "Zane...saya takut."

               "Dikejar?Dengan siapa?Anakanda takut!"

                Seperti sebuah pelindung, tangan itu naik menarik dirinya ke dalam pelukan. "Anakanda...janji pada ayahanda kamu akan teruskan hidup tak kira apa sekali pun yang terjadi..." beritahu suara dalam yang menenangkan itu.

                 "Zane...."panggil suara lembut dan lunak itu pula. "Maafkan semua salah saya..."

                Dengan bingung dia pandang akan wajah yang sedang tersenyum pada masa yang sama masing-masing kesedihan. "Ayahanda...bonda...kenapa ni?" tanya dia.

               "Tiada apa-apa sayang. Semuanya akan baik-baik sahaja. Kamu pejam la mata tu. Bonda akan bersama dengan kamu..." bondanya pula yang memeluk dirinya dengan erat sambil mengucup dahinya.

Tidak sempat dia hendak berbuat apa-apa, segalanya menjadi gelap dan perkara terakhir dia ingat adalah suara jeritan ayahandanya menyebut nama dia.



            "TRISTAN!"

            Tercungap-cungap bagai baru berlari, Tristan membuka mata seluasnya. Peluh dingin merintik disekitar dahi dan lehernya. "Tak....!" gelengnya dengan tidak percaya. Tak mungkin ayahanda dan bondanya meninggal dunia kerana melindungi dia! "TAK!!!!!!!"jeritnya sekuat hati seperti kerasukan.

            "Ya tuhan...kenapa kamu ni?" tanya jurulatih yang sejak tadi ada bersama Tristan. Dia cuba kekang Tristan yang sudah terduduk di situ dalam keadaan melunjur.

            "Lepaskan aku!!Ayahanda....kenapa!KENAPA!ARGHHHHH!!!" Bergelut la punya bergelut, Tristan hilang kawal lalu pengsan tidak sedarkan diri sesaat kemudian.

              Pelajar-pelajar yang ada di situ terpinga-pinga sendiri. Ada yang memerhati penuh dengan reaksi kengerian. Ada juga yang  mengangkat telefon merakam kejadian itu.

Namun ramai-ramai di situ, berdirinya seseorang memerhatikan keadaan di situ tidak berbuat apa-apa dengan muka kosong tidak berekspresi kerana enggan membiarkan orang ketahuan akan identitinya.

              "Apa kita nak buat ni Stefan?" bisik rakannya di sebelah.

              Stefan mengepal penumbuknya dengan erat. Cuba mengawal dirinya dari mendekati Tristan. Kalau bukan memikirkan larangan yang Tristan kenakan kepada mereka semua untuk tidak dekati Tristan, sudah lama dia ke situ. "Tunggu je la." bisik dia dari balik ketapan gigi. Apa pulak lagi masalah Tristan ni!












💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

Hint!

Sad ending.

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now