Reason in Prison

2.7K 234 2
                                    

       

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       






        "Kirana..."panggil Adriena semasa termenung memandang skrin telefon. Laman web utama akademi dilayarinya. Cuba mencari tahu sesuatu melalui laman tersebut.

       "Ya?"sambut Kirana sewaktu duduk bersila di atas katil menghadap Ruby. Dua orang itu sedang melakukan meditasi di waktu malam itu sebelum tidur. Kata mereka ianya dapat membantu mereka tidur lebih lena.

Elok dia sedang meniarap, terus Adriena bangkit dari perbaringannya. Setelah bersila, dia pandang akan dua orang gadis yang memejam mata mendengar bicara pakar meditasi melalui ipad yang ditegakkan pada stand.

        "Siapa perempuan mulut longkang yang tunjuk bagus dekat kelas menari petang tadi?" tanya Adriena.

         Ruby buka sebelah mata bila mendengar soalan itu. Dia intai Adriena sekejap sebelum memejam matanya semula. Bibirnya di ketap kerana berasa menyampah mengingatkan perempuan tu." Katrina Luvenoff Harwill..she practically own almost half of Rusia."

          "Walaupun hanya sesetengah yang mengenali dirinya tu. Ibu bapa dia yang berpengaruh tu mampu beli apa sahaja dalam sekelip mata."sambung Kirana pula yang masih memejamkan mata.

           Adriena mengedipkan mata. Tidak seperti mereka berdua yang duduk tegak dan sopan, dia duduk malas dengan sebelah kaki bersila sebelah lagi ditegakkan untuk topang lengan seperti samseng."Berpengaruh sangat ke dia dekat Queen and King Academy ni?"

          "Awak patut berhati-hati sekiranya dengan Katrina. Saya pernah jadi mangsa dia sekali..."pesan Kirana.

            Kata-kata itu membuatkan Ruby membuka matanya. Mengalah dari meneruskan sesi meditasi, dia palingkan kepala ke Kirana. Rakannya itu di pandang dengan kening mencerlung. "Kau tak payah la ungkit hal tu lagi."

Adriena taken aback semasa Ruby cakap macam tu. Dia melampaui batas ke?

             "Eh..tak apa la. Kalau kau tak selesa. Tak payah la cerita pasal dia. Aku okay je." kata Adriena. Dia serba salah pula. Mulutnya ni pun satu tidak reti hendak ditutup.

              Begitu juga dengan Kirana. Dia juga give up untuk meneruskan sesi meditasinya. Terus dia capai ipad dan pause video di skrin itu. "Tak apa...lagipun Adriena dah tanya. Dia pun dah dengar apa yang berlaku dekat dalam kelas tari menari...maybe kau nak beritahu Adriena siapa Katrina tu?"pandangnya ke Ruby.

            Mahu tak mahu, Ruby mengangguk kepala kesalnya. Terpaksa la jugak dia. "Awalnya masa Kirana masuk ke sini, dia sangat peramah dengan semua orang. Dan semua orang sukakan dia...Tapi Katrina tak sukakan semua ni,yalah..nama pun attention seeker b*tch la katakan.."

             "Ruby..jangan mencarut..."tegah Kirana.

             "What..Dah memang betul kan..." Ruby menjuling mata menyampah. Tidak peduli akan hal itu. "Anyway....Katrina start sebarkan khabar angin dengan mengatakan Kirana ni lesbian yang mana tak masuk akal langsung. Hal tu buatkan semua orang pandang serong dekat Kirana. Sejak tu Kirana selalu kena ganggu dengan pelajar lelaki terutama sekali putera-putera yang ada dekat sini.."

Adriena yang dengar pun sudah terasa betapa devastated. Inikan lagi Kirana. Tidak dinafikan, Kirana memang seorang gadis yang manis dan peramah. Masa dia masuk ke sini, Kirana ramah menyambut dia. Kenapa la busuk sangat hati minah mulut longkang tu!Keningnya berkerut tidak puas hati.

        "Jahatnya..."komen Adriena dengan perlahan.

         "So cuba kau bayangkan macam mana keadaan Kirana masa tu. Orang pulaukan dia, putera-putera asyik ganggu dia. Masa tu aku budak baru lagi...kawan segeng dengan member Katrina jugak. Tapi lepas aku nampak dia nangis sensorang dalam bilik air, sejak tu aku ubah fikiran untuk tidak berkawan dengan geng Katrina tu..."

          Kirana tersenyum lebar sewaktu memandang Ruby sebelum kembali melihat Adriena.Lantas berkata. "Tapi semua tu tahun lepas punya cerita. Sekarang dia orang dah lupa, Dan mereka berkawan dengan saya semula."beritahu dia dengan bersemangat sekali. "Semua dah tak penting sebab saya ada kawan yang sanggup back up saya walaupun dia tak kenal saya..."

         "Stop being cheezy...aku buat semua tu sebab kesiankan kau je eh...jangan nak perasan sangat." cebik Ruby sambil membuat muka meluat.

Tidak terasa atau kisah dengan kata-kata itu, Kirana tampar tepi lengan Ruby dengan perlahan.

Melihatkan kemesraan dua orang sahabat itu buatkan Adriena teringat akan kawannya Ardini. Rindu pula dia pada sahabat baiknya yang satu itu.

     " Habis tu, kenapa pelajar-pelajar dekat sini tak nak home school atau tutor kalau kau orang di buli dekat sini?"




💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

Sorry tau sebab malam tadi tak update. Line Umobile buat hal pulak satu hari semalam. Dari tengah hari sampai la ke malam. Ini adalah bab yang Tinta sediakan untuk semalam, tapi tak boleh nak publish.

So sebagai tebusannya.

Tinta belanja lima bab pagi ni ya.

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now