The Return

2K 203 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Rambut yang diikat satu ke belakang dengan tinggi itu berhayun kanan dan kiri setiap kali empunya kepala berjalan dengan langkah yang luas dan berderap senyap tiada bunyi. Seakan tapak kasut di kaki itu tidak menyentuh permukaan lantai.

Mata bundar berbulu lentik dan hitam itu tidak berkedip saat memandang ke depan memerhatikan pelajar-pelajar yang lalu lintasi di koridor dimana lokar pelajar ditempatkan. Sampai sahaja di situ, dia disambut dengan dua orang roommatenya.

Lama dah tak bertemu dengan mereka!

       "Hai Kirana...Ruby."sapa Adriena sewaktu berdiri di belakang dua orang itu.

Melompat terkejut dua orang sahabat itu bila dengar. Dengan lekas dua orang itu palingkan kepala dan menghadap Adriena. Masing-masing buat muka terkejut seperti baru lihat orang mati hidup semula.

Mata Ruby naik turun meneliti Adriena hendak mencari kepastian yang mereka Nampak itu adalah benar-benar Adriena bukan khayalan.

       "Awak ke tu,Riena?"tanya Kirana dengan kening berkerut susah hati.

         Sambil tersenyum manis, Adriena pandang tidak faham akan dua orang itu silih ganti. "Saya la...memangnya ada klon saya ke dekat sini sewaktu saya tiada di sini?"tanya dia berasa lucu dengan soalan itu.

          "Oh thank god!"ucap Kirana dengan lega sebelum melemparkan badan ke Adriena dan dakap tubuh itu. "Awak dah balik...terima kasih kerana kembali!"

           "Huhuhu!"Ruby pula tidak semena menangis kemudiannya lalu mendakap sebelah tangan akan Adriena. Betapa bersyukurnya dia Adriena ada di sini. Lepas ni tak adalah Tristan naik hantu lagi pada semua semua!

            Kejung Adriena buat sesaat bila dua orang itu berkelakuan seperti itu. "Hei...apa yang dah berlaku ni?"dia tak faham situasi itu. Memangnya dua orang itu gembira ke sedih kerana dia kembali semula ke sini?

             Sambil menyeka air mata dari pipi, Ruby lepaskan pelukannya dan memandang Adriena. "Tristan mengamuk masa kau tak ada dekat sini...kau tak tahu betapa terseksanya kita orang selama beberapa hari ni"ngadunya tercebik-cebik.

             Kirana pun ikut lepaskan pelukan. Dia mengangguk kepala setelah memandang Adriena. "betul tu...dia ingat kau pergi dari sini sebab kita orang...jadi dia salahkan semua orang dekat sini...sumpah saya masih trauma dengan kejadian hari tu..."

            "Apa dia?"Adriena ternganga sedikit mendengar semua itu. "Dia apa?"Takkan la Tristan buat hal sama macam hari tu jugak!Aduhai!Kasihan pulak pada mereka semua di situ. Tak pasal-pasal jadi mangsa amukan Tristan tu. Kalau dia tahu hal akan jadi begini, lepas sesi hipnopsis tempoh hari dia dah balik sini! "Kau orang tak apa-apa ke?"

Ruby mengangguk kepala dengan muka kesedihan.

         "Please Adriena...kami janji takkan sakit awak...jadi tolong la..tolong kawal Tristan supaya tidak marah pada kami semua di sini.."pinta Kirana dengan terdesak sekali.

          "Maafkan aku."ucap Adriena Bersama muka serba salahnya. "Kalau aku tahu aku dah balik ke sini lebih awal."

          "Eh tak-"baru saja Ruby mahu bersuara, dia terus membutang mata. Hidungnya kembang kempis saat pandangannya terarah di belakang Adriena ketika itu. Sesaat kemudian dia berkerut kening mahu menangis semula.

          Adriena Nampak akan perubahan itu. Dia pegang bahu Ruby ingin tahu. "Hei...kenapa ni?"

Kirana yang turut perasan ikut pandang ke arah yang sama. Dan bila dia pandang, tangan Ruby terus di rangkul erat. Dia pandang dengan penuh ketakutan ke hujung koridor di belakang Adriena ketika itu. Tiga orang pelajar lelaki yang pernah menculik mereka hari itu datang ke arah mereka.

           "Kau orang ni kenapa?"tanya Adriena lagi bila Ruby dan Kirana kaku di situ memandang belakang dia seperti ada hantu tidak berkepala bergetayang di situ.

           "Riena...te-tengok be-belakang kau t-tu.."tergagap-gapa Ruby bersuara.

Tanpa berfikir Panjang Adriena pun ikutkan sahaja. Kepalanya di palingkan ke belakang lalu ternampak akan tiga lelaki lampai beriak serius seperti mahu cari gaduh berarak ke arah mereka bertiga. Secara instinct, dia gerak membelakangkan Ruby dan Kirana hendak melindungi mereka berdua.

Pelajar-pelajar sekitar yang hampir bertembung laluan dengan tiga orang itu cepat-cepat undurkan diri. Beri laluan kepada mereka pada masa yang sama nak elakkan diri dari terlibat dengan mana-mana antara tiga orang itu.

Selepas seketika, akhirnya tiga orang itu berhenti tepat di hadapan Adriena dengan melangit. Masing-masing memandang Adriena tanpa berkedip. Menanti gadis itu yang bersuara terlebih dahulu. Tetapi tidak. Adriena dengan berani berhadapan dengan mereka tanpa berkedip buat sesaat pun.

Kepala Adriena terlentok sedikit ke kanan sewaktu dia pandang mereka seakan bertanya 'siapa pulak ni?' dari balik renungannya itu.

           "Tristan nak jumpa."beritahu seorang dari mereka mendatar tingin tiada emosi.

              Terangkat keningnya lepas dengar nama tu. Adriena pandang wajah pelajar lelaki yang bercakap itu dengan kening berkerut. "Kenapa dia tak jumpa saya sendiri?"soalnya ingin tahu. Bukan ke lelaki itu yang biasanya cari dia sendiri!?

Wajah serius mereka berubah secara mendadak. Masing-masing menundukkan pandangan dan beriak mendung. Mereka tak nak beritahu dan tak tahu nak beritahu bagaimana.

              "Kenapa?"tanya Adriena bila mereka diam membisu tidak berkata apa-apa, bukan nak jawab malah buat muka kesian pulak. "Mana Tristan?"soalnya yang tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Jangan cakap something berlaku sudah! Dia baru je nak settle kan urusan dekat sini dengn Tristan. Takkan la lelaki tu dalam masalah pulak?








💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋


Okay...Nah....

Ada satu lagi chapter...

Sorry eh kalau ada typo ke grammar error ke eh....taip laju tk tengok2....

Hihihihi...enjoy!

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now