Bekas Penasihat Diraja.

2.3K 220 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








Sambil termenung memandang anak perempuannya yang terbaring di atas katil tidak sedarkan diri, Conan gigit jari telunjuknya kerana resah. Dia hanya mampu berdiri di luar dinding kaca bilik ICU itu memerhatikan isterinya yang menangis di samping katil. Menangisi nasib malang anak perempuan mereka yang didapati lemas di tasik belakang istana siang tadi.Walaupun itu bukan anak kandung isterinya, Adriena tetap di layan seperti anak sendiri oleh isterinya yang mana buatkan dia berasa cukup syukur.

Doktor sahkan anaknya koma kerana komplikasi dari kejadian lemas itu. Remuk rendam hatinya saat itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dia waktu itu.

Tak cukup dengan kejadian itu, dia ditambahkan lagi dengan berita ngeri yang buatkan seluruh dunianya runtuh menimpa dirinya!

           "Conan...Raja Frederick kemalangan...baginda Bersama permaisuri terkorban sewaktu kemalangan itu.."

            "Ya Tuhan"lafaznya dengan begitu tergamam sekali. Hampir mahu rebah dia di lantai bila mendengar rakan baiknya sudah pun pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya. "Macam mana dengan Putera mahkota?"

            "Putera mahkota cedera parah. Sekarang dia diberi rawatan dari hospital diraja...sekarang hanya tunggu berita dari pihak hospital je...."beritahu rakannya dengan wajah mendung.

Sambil memicit batang hidungnya Conan memejamkan mata seeratnya. Cuba menenangkan dirinya yang begitu devastated dengan situasi yang berlaku dalam satu hari itu. Kenapa semua Ini terjadi pada dirinya?Kenapa semua orang yang dia sayang dan ambil berat ditimpa kemalangan?Salah apa yang dia telah lakukan?

           "Conan...ada hal penting lain yang aku kena beritahu kau..."

            Dia pun membuka mata dan memandang letih akan rakannya. "Ada apa?"

          " Adriena kemalangan bukan disebabkan kesilapan dia..Tapi disebabkan putera Ronan Winter.Pihak istana fabricated keterangan sebab Raja Gregory yang arahkan mereka.  Dia yang bawa Adriena naik sampan ke tasik...dari situ kemalangan berlaku. Tak cukup dengan hal tu sebelum kemalangan tadi Raja Frederick sempat call aku kerana dia tak dapat hubungi kau.."

            Jantungnya seakan berhenti berdetak sebaik dengar kata-kata itu. "Apa kau cakap?"

          "Raja beritahu ada orang mengekori mereka dari belakang dengan pemanduan yang berbahaya. Dia pesan kalau sesuatu berlaku pada dia, dia nak kau tahu supaya berhenti dan tinggalkan Istana Everlon secepat mungkin. Jangan berada dekat situ lagi. Ada yang merencana rancangan pembolotan."

           "Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni?Salah langkah kau boleh dituduh khianat!"

           " Aku serius Conan...aku tak sure sama ada aku masih hidup esok hari atau tidak. Tapi aku beritahu kau ni sebab kau kawan aku...jadi tinggalkan Istana Everlon. Jangan ungkit apapun pasal Raja Frederick atau keluarga dia pada sesiapa. Lakukannya demi anak dan keluarga kau!Terutama sekali Adriena."


Hujung putung rokoknya diketuk pada bekas abu rokok sebelum di bawa ke bibir untuk di sedut asap darinya. Matanya termenung melihat wajah yang ada di dada akhbar media. Wajah lelaki berambut putih dengan senyuman lebar di bibir.

Tajuk headline akhbar itu adalah 'SIAPAKAH PEWARIS TAKTAH EVERLON? ADAKAH RAJA GREGORY vs PUTERA MAHKOTA TRISTAN?'

Cis!

Buat sakit mata memandang betul la!

Jengkel melihat coretan wartawan di keratan itu, terus dia cucup puntung rokoknya di muka lelaki tua yang sedang tersenyum sehingga terbakar meninggalkan lubang hitam.

        "Awak masih tengok akhbar tu lagi?"tegur isterinya di sofa seberangnya tiba-tiba.

Conan yang tersentak angkat mata memandang ke isterinya itu. Dengusan nafas kasar di lepaskan. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, dia masih kejengkelan lagi.

         "Kalau awak risaukan anak awak tu, jemput la dia balik ke sini...tak adalah saya perhatikan awak frust macam ni setiap hari."tambah isterinya lagi sambil menguntil benang kait hendak menjadikan ia mafela.

        "Kenapa awak cakap macam tu?"kerling Conan.

         "Yalah...awak sendiri tak tahu dekat akademi tu ada siapa je...entah orang baik ke jahat kita tak tahu. Lagipun Putera mahkota juga akan berada di situ. Bagaimana kalau Adriena bertemu dengan Tristan semula?Tak ke masalah nanti?"

          Buat seketika Conan diam membuat muka tidak suka. Dia bersandar ke kerusi lalu dongak memandang siling rumahnya itu. Termenung dia memikirkan nasib anak perempuannya itu. "Kalau dah takdir, tak kira la apa kita buat mereka berdua tetap akan bertemu semula"keluhnya di balik nafas dengan tiada tenaga.

          Isteri Conan yang dengar terus jatuhkan tangan ke riba, dia berhenti dari mengait untuk memandang wajah suaminya itu. "Awak serius?Lepas apa yang terjadi awak nak biarkan Adriena libatkan diri dengan keluarga diraja Everlon tu semula? Kalau apa-apa jadi terhadap Adriena lagi bagaimana?"bebelnya. Apa la dia nak katakan lagi pada suaminya yang satu ini. "Cukup sykut Riena sedarkan diri lepas lemas beberapa tahun lepas...seksa awak tahu tak?"

            Conan tegakkan kepalanya dari dongak lalu pandang isterinya dengan renungan gelap. Rahangnya berketik. "Kalau macam tu Adriena kena ambil risiko untuk tahu semua kebenarannya."kata dia.

             Isteri Conan buat muka tak faham. "Kenapa  awak cakap macam tu?Nak Adriena tahu semula kisah silam dia?"soalnya dengan begitu tergamam sekali.

            .Conan mengangguk kepala. "Ya. Adriena kena ingat semula. Sebab hanya dia saja yang tahu dimana mahkota tu beradamahkota yang boleh bawa Putera Tristan naik taktah semula dan tegakkan keadilan buat Frederick dan Aryana."

Tidak terkata dengan apa yang didengar, isteri Conan hanya mampu menggeleng kepala sebelum menyambung kerja mengaitnya.

Lantas Conan lemparkan pandangannya ke jendela tingkap ruang tamunya itu. Melihat langit malam yang berbintang tetapi tidak berbulan,buatkan dia terfikir. Apa agaknya Adriena sedang lakukan saat ini?












💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

How is it so far?

Good

or

Not Good

Terima kasih untuk vote dan comment yang diberikan.

Serta untuk supportnya.

Buddies semua adalah yang terbaik.

See you next chapter.

Adios!

Ps/ minum air kosong dengan kerap dan saty at home sekiranya tiada keperluan.

And

Doakan saudara muslim di palestine sana kerana genjatan senjata di sana tidak bertahan lama. Tak sampai 7 jam Zionis seramg Al-Aqsa semula dan melepaskan tembakan rambang ke mereka!

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now