Kedai Buku Mr. Winter

5.1K 345 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Kedai buku Mr.Winter adalah satu-satunya kedai buku yang terdapat di pekan ini. Ia telah dibuka sejak 10 tahun yang lalu apabila Mr. Winter berhijrah ke kampung mereka. Dan di dalam kedai itu segala jenis buku yang diperlukan ada untuk bacaan sesiapa. Walaupun begitu, ianya juga kedai yang paling jarang sekali di kunjungi pelanggan.

Kenapa?

Alasannya ialah sebab Mr.Winter sendiri seorang lelaki yang tidak mesra pelanggan. Sudah la tidak pandai senyum, berbicara dengan orang pun sepatah dua kata sahaja. Kalau pandang orang seperti mahu maki. Dan bila dia bercakap pun nadanya tu mesti seperti orang kejengkelan atau marah. Jadi senyum tidak apa lagi mengangguk kepala bila di tegur atau di tanya.

Mungkin sebab itu orang jarang ke situ.

Yang mana menjadi tiket free untuk Adriena yang sememangnya ulat buku dan suka membaca mempunyai akses penuh untuk jelajah satu kedai itu tanpa gangguan. Mana-mana buku yang dia nak beli atau baca takkan di usik sesiapa kecuali dirinya sendiri.

Mulanya takut la juga bila pertama kali jejak kaki ke situ. Namun setelah 7 tahun ulang alik keluar masuk kedai itu seperti kedai itu rumah keduanya, Mr. Winter langsung tidak hiraukan kehadiran Adriena ke situ.

Bagi Adriena, Mr. Winter ini adalah seorang lelaki yang misteri. Nak kata tua tak Nampak tua, nak kata muda dari dia tidak Nampak muda dari dia. Pendek ceritanya dia tak tahu. Apa dia tahu kedai buku itu akan dibuka tepat pada waktunya, dan tutup setelah dia keluar dari situ.

Hairan?

Well...

Dia pun tak tahu!

KELENTANG!

Adriena yang sedang duduk melunjur atas lantai bersandar pada rak buku itu tersentak dari bacaannya. Buku ditangan terus ditutup sewaktu kepalanya di palingkan ke kanan rak dimana bunyi tadi datang.

         Buat sesaat dia hanya diam di situ hendak memasang telinga. "Dah kenapa pulak tu?"tanya Adriena sendirian yang tergerak hendak cari tahu. Mana la tahu kan Mr.Winter jatuh ke pengsan. Lelaki tu bukannya tahu nak bersuara ke atau buat bunyi bila lakukan sesuatu.

         "Mr.Winter?"panggil Adriena sambil menjengah kepala mencari kelibat lelaki lampai dan berambut Panjang menutupi mata dari balik celah rak di situ. Ish!Buat seram je la! Dia mengecilkan mata mencari bayang lelaki itu buat sesaat sebelum matanya ternampak kaki yang terjulur keluar dari celah rak di situ.

Berasa cemas tiba-tiba, Adriena berjalan laju ke arah rak itu. Dan bila dia tiba. dia melihat bukannya Mr.Winter, tapi sebaliknya seorang lelaki bermafela hitam sekeliling leher sedang terbaring sambil di hempap dengan buku-buku yang mungkin jatuh dari rak di situ. Hilang terus rasa cemas dia.

Tanpa melakukan apa-apa, Adriena sekadar berdiri di situ memandang lelaki itu mengerang kesakitan. Dah besar macam tu pun boleh jatuh?

          "Awak tak apa-apa?"tanya Adriena acuh tak acuh.

           "Kau rasa?"soal lelaki itu dengan nada jengkel. "Tak Nampak aku dah jatuh?Ya mesti sakit la!"

            Hek-eleh!Tanya je kan!Itupun nak marah? "Fine."terus dia gerak berpaling dari situ. Tak kuasa nak hadap!Mujur dia tak tolong.

            "Hei!Mana kau nak pergi!Sini!"lelaki itu bersuara dengan lekas tiba-tiba.

             Mati langkah Adriena selepas dia dua langkah ke depan. Dia menjuling mata menyampah lantas pusingkan semula badannya menghadap lelaki yang masih terbaring di atas lantai itu. Tangannya di silang ke dada tanda protes. "Ada apa?"soalnya dengan malas.

            "Tolong la aku...tak nampak ek?Orang jenis apa kau ni tengok orang dalam masalah...malah dibiarkan je?Tak belajar sivik apa dekat sekolah?"getus lelaki itu dengan nada cari pasalnya.

             Semakin menyirap la Adriena mendengarnya. Dia buat muka hendak mencarut. "Yang awak ni...nak mintak tolong ke nak mintak gaduh?Memangnya dekat sekolah tak ajar adab ketika bercakap dengan orang eh?"balasnya pula. Berlagak gila!

             Lelaki itu merenggus kasar, dia pandang ke siling buat sesaat mencari nafas bagi menenangkan diri. Kalau dia boleh gerakkan lehernya yang terkehel itu tidaknya dia mintak tolong! "Just...help me now. Please."mintanya dari balik ketapan gigi menahan sabar.

Hisy!

Adriena melepaskan dengusan tidak puas hati sambil turunkan tangan ke sisi kasar-kasar.

             "Memangnya awak tak boleh nak bangun sendiri?Jatuh macam tu je nak minta tolong orang.."sungutnya sambil alihkan tangga yang sudah terbaring di lantai itu. Tangga itu di tegakkan ke rak. Setelah itu baru la dia alihkan buku-buku yang mengunung menghempap badan lelaki itu.

              "Kalau aku dah boleh bangun sendiri..lama aku bangun la!"getus lelaki itu lagi.

               Selesai alihkan buku-buku di situ, Adriena melutut di sebelah lelaki itu dengan muka bercemberut geram. "Mana yang sakit ni?"soalnya sambil tilik wajah bertopeng mulut itu sebelum naik melihat dua pasang mata itu.

              Mata berbulu lentik itu terus mengerling tajam ke Adriena. Buat sesaat mata itu tidak berkedip. "Leher..Aku rasa dah terkehel." beritahunya.

Tanpa berfikir panjang Adriena hulur tangan ke bawah bahu lalu memegang belakang leher lelaki itu. Perlahan-lahan dia pimpin lelaki itu duduk tegak di atas lantai tersebut. Kepala itu disandarkan ke bahunya sebagai sokongan.

Lelaki itu terus menahan nafas apabila terasa sakit bila dirinya diangkat tetapi tidak bersuara. Dia diam di situ sehinggala belakang badannya di sandar ke rak oleh Adriena.

                 Bila yakin lelaki itu telah selesa, Adriena duduk bertimpuh di situ menghadap lelaki tersebut. "Apa yang saya perlu buat lepas ni?"tanya dia.

                 Lelaki itu gerakkan matanya ke beg yang tergeletak tidak jauh dari situ. Kepalanya tidak digerakkan kerana sakit. "Ambil beg tu...ada telefon dekat situ."tunjuknya.

                 Kepala Adriena pun berpaling. Dia Nampak beg itu. Tidak bangun, dia merangkak mendapatkan beg itu lalu di serahkan kepada lelaki itu setelah telefon di dalam beg itu di capainya. "Nah.."serahnya ke lelaki itu.

Lelaki itu pun capai telefon itu. Dia sentuh skrin tersebut melakukan sesuatu.

Melihatkan segalanya sudah selesai, Adriena pun bangkit dari situ tanpa berkata apa-apa. Leher terkehel je, bukan bawa maut. Pandai-pandai la lelaki itu settle kan diri.

                Disaat lelaki itu membawa telefon ke telinga dia sempat hentikan Adriena. "Hei..tunggu dulu."panggilnya lagi.

Ugh!Adriena menjulingkan mata lalu pandang lelaki itu dengan muka menyampah. "Apa lagi?"

               "Siapa nama kau?"soal lelaki itu tidak memandang Adriena.

               Adriena teragak-agak. Nak beritahu ke tidak. Tapi memangnya apa ruginya kalau dia bagi namanya. Nama je pun. Bukan boleh bom Hirosyima ke apa. "Adriena Brooke."jawabnya dengan malas sebelum pergi meninggalkan lelaki itu.

Lelaki itu cuba gerakkan kepalanya hendak pandang Adriena tapi masa dia buat begitu, dia terus pejam mata tahan sakit. Pada masa yang sama panggilannya turut di angkat.

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now