Peristiwa Hitam

2.3K 219 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Knock! Knock!

"Siapa tu?"

"Riena!"

"Masuk la."

Pintu pun terbuka. Budak perempuan berusia 8 tahun berjalan masuk ke dalam biliknya sewaktu dia sedang menelaah buku sains sewaktu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru akademi.

"Mana Tristan?Riena cari tak ada pun dalam istana." budak perempuan yang beza enam tahun dari dia itu di pandang dengan minat. Comel je! Kalau dia adik kecil mesti seronok. Untung betul la jadi Tristan ni. Kawan di beri, taktah di bagi, segalanya serba serbi lengkap.

Segalanya mengenai Tristan. Sekejap-sekejap Tristan. Hari ni Tristan.Esok Tristan. Lusa Tristan. Pendek ceritanya dari ayah dia sampaikan datuk neneknya semua sibukkan Tristan. Macam dalam keluarga ni hanya Tristan seorang saja agaknya ahli keluarga mereka!?

Sementara dia?

Semuanya dapat sisa.

Kawan pun tiada. Ramainya suka bersama dengan putera mahkota sebab lebih kacak dan bergaya berbanding dia yang hanya saudara Tristan.

Kemudian, terpinggir seperti kain buruk yang tiada gunanya.

"Tristan keluar bersama raja dan permaisuri untuk upacara pecah tanah. Tristan tak beritahu ke?"tanya dia.

"Ha'ah la...lupa pulak. Dia ada beritahu Riena."Adriena menepuk tangan sambil tu.

Lucu melihat reaksi comel itu, dia ikut tersenyum. Sekali tu Riena berdiri di depan meja belajar menghadap dia. Berjengket kaki sambil meletakkan tangan di atas meja itu.

"Ee-ee...banyaknya buku...Abang Ronan tak penat ke?"soal Adriena dengan kagum sekali.

"Tak adalah. Sikit je ni."

"Banyak lagi ke?"soal Adriena sambil menyelak sedikit buku-buku disitu dengan cubitan kecil jarinya. Mata bundar dia bulat melihat butiran dan rajah di buku tersebut.

"Kenapa?"

Adriena pandang dirinya sambil berkerut hidung dengan comel sekali. Sampaikan dia yang tengok ikut tersenyum.

"Jom keluar pergi tasik belakang sana...Riena ada bawa kek...ingat nak ajak Tristan tapi dia tak ada pulak. Mama yang tolong buatkan."beritahu Adriena. "Abang Ronan nak ikut?"

"Tak apa ke?"

"Mestila tak apa. Makan sama-samakan lagi sedap."geleng Adriena dengan senyuman di bibir.

"Okay."angguknya.

Dia fikirkan hari itu akan jadi hari yang indah buat dia. Hari dimana dia akan menerima layanan yang sama rata seperti mana Tristan dapat.

Rupa-rupanya hari itu menjadi peristiwa hitam untuk dia.

Awalnya semuanya baik-baik saja. Sekali tu, sedang dia dan Adriena berjalan-jalan di atas titi kayu tasik belakang istana itu, entah bagaimana dia ajak Adriena untuk naik sampan. Jadi mereka berdua pun naik la sampan.

Disebabkan Adriena suka, dia pun seronok la mendayung sampan tu. Tapi tak jauh mana pun dari tepi tasik tu.

Tak lama kemudian, tiba-tiba sampan yang mereka naiki itu hilang keseimbangan.

Kedua-dua mereka jatuh ke dalam tasik tu. Dia sempat berenang. Tapi Adriena tak. Pada masa dia hendak timbulkan diri,Adriena sudahpun tenggelam.

Betapa cemasnya dia waktu itu. Tanpa buang masa, dia jerit sekuat hatinya. Selantang yang boleh berharap ada yang dengar.

Dan memang ada yang dengar. Seorang pengawal istana yang waktu itu sedang meronda nampak kejadian tersebut. Pengawal itu terus bantu dia tapi dia beritahu Adriena dah tenggelam. Jadi pengawal tu selamatkan Adriena.

Sayangnya semasa Adriena di bawa ke darat, Adriena sudah tidak lagi bernafas. Pelbagai usaha dibuat untuk sedarkan budak itu. Selepas lima minit bantuan pernafasan diberikan. Jantung Adriena berdegup semula. Tapi tidak sedarkan diri.

Bila di bawa ke hospital, Adriena koma kerana air terlalu banyak di dalam paru-paru untuk tempoh yang lama. Membuatkan otak Adriena turut terjejas kerana lambat menerima oksigen.

Dekat setahun baru la Adriena sedarkan diri dari koma. Tapi Adriena hilang ingatannya. Adriena tidak mengingati apa-apa langsung.

Pada hari yang sama, Tristan, permaisuri dan raja turut terlibat dalam kemalangan. Pasangan suami isteri itu meninggal dunia. Tristan terselamat tetapi cedera parah di bahagian kepala yang mana membuatkan Tristan turut hilang ingatan.

Betapa devastated dia waktu itu. Pada hari dimana Adriena sah koma dan Tristan kemalangan. Masakan tidak, semua kejadian telah berlaku pada masa yang sama. Siapa saja yang mampu tanggung tu sendirian!

Knock!

Knock!

Ketukan pintu menyentak lamunan Ronan. Dia terus larikan pandangannya dari bingkai gambar sewaktu dia remaja itu.

"Siapa tu?"sambutnya semasa memandang pintu.

Kepala terjengul dari kuakan pintu sebelum muka itu muncul. "Adriena."gadis itu pandang Ronan dengan muka serba salah. "Saya ganggu sir ke?"









37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now