Warning

2K 195 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         "Kehadapan semua pelajar lelaki Queen and King Academy. Seperti yang dimaklumkan akan adanya pelajar kemasukan baru ke akademi ini. Untuk itu ada sedikit warning untuk kepala batu kau orang tu. Memandangkan aku yang bawa dia masuk ke dalam akademi ini. Maka tiada satu pun lelaki dalam akademi ini termasuk pensyarah sendiri dibenarkan mendekati dia, sentuh, bertentang mata. Tegur, bercakap apatah lagi berada 1 meter rapat dengan dia. Pendek ceritanya jangan hiraukan dia!Sekiranya ada yang terdapat melanggar akan perintah ni...doa banyak-banyak esok kau orang masih bernafas atau tidak!"






Dari jauh lagi mereka boleh nampak gadis bersanggul di tepi anak tangga itu sedang bergelut membawa kotak berisi barangan di tangan. Di dalam kotak itu terdapat peralatan untuk seni yang mana diminta oleh guru sendiri dibawa ke kelasnya. Namun begitu, pelajar-pelajar yang lalu lalang di sekitar sekadar memerhatikan pelajar perempuan itu tanpa berbuat apa-apa.

         "Sorry Adriena sebab susahkan kau?"kata pelajar perempuan yakni ketua kelas Adriena sendiri. Dia bukan saja nak susahkan Adriena, tapi masa tu dia terdesak sangat perlukan seseorang untuk membantu dia selepas guru seni beri arahan kepada dia. Kebetulan pada masa itu jugakal Adriena muncul. Memang dia Tarik la nak tak nak Adriena Bersama dengan dia ke bilik guru tadi!

        "Eh...tak apa la...buat apa nak mintak maaf.."balas Adriena sambil membuat muka funny dengan kata-kata itu.

          "Sekejap je...lagipun semua ni alat untuk kelas seni kita kejap lagi."kata ketua kelas lagi kepada Adriena semasa dia naik tangga dua langkah ke depan dari Adriena.

Adriena hanya tersenyum. Sikit pun tak kisah dengan hal ini. Apa salahnya saling bantu membantu. Di sekolah lama dia juga seorang ketua kelas. Jadi dia faham perasaan ketua kelasnya ini jika memerlukan bantuan.

         "Oh ya...kau dah pilih kelab apa untuk aktiviti petang?Katanya kau belum pilih lagi?"

          "Belum lagi. Ada kelab apa je dekat sini?"

          "Banyak...nak senaraikan berbuih la mulut aku nak sebut."

Seronok punya seronok berborak, sekumpulan pelajar lelaki muncul dari atas puncak tangga itu dengan tiba-tiba. Mereka pun seronok berborak dan bergurau senda di antara satu sama lain. Langsung tidak menyedari Adriena di bawah anak tangga itu.

Tidak sempat hendak mengelak, mereka pun berlanggar dengan dua orang gadis tersebut. Ketua kelas Adriena sempat di pegang oleh seorang dari pelajar lelaki di situ, tapi Adriena tidak sempat. Dia malah bergerak hendak jatuh ke belakang Bersama kotak dalam pelukannya ketika itu.

        "Oh sh*t!"gumam mereka dengan tergamam.

         "Adriena!"laung ketua kelas Adriena.

Tubuh Adriena berguling menimpa anak tangga beberapa kali sebelum terduduk di lantai bawah tangga itu sambil ditimpa dengan barang-barang seni dalam kotak itu.

Meringkuk menahan sakit yang dirasai pada sekitar rusuk dan belakang dada, Adriena memejam mata seeratnya. Sumpah sakit sangat badan dia waktu itu!

          "Apa kau orang buat tu?Tolong la dia!"arah ketua kelas Adreina dengan cemas ketika itu.

Pelajar-pelajar lelaki di situ pandang dengan cemas ke antara satu sama lain. Masing-masing dalam konflik hendak bantu atau tidak.

          "Kau la yang pergi tolong dia.."gesa mereka kepada ketua kelas itu pula.

          "Kau orang yang langgar kan!"

          "Mana ada kita orang yang langgar."

           "Hei!Habis tu apa!?"

          "Kita orang tak boleh pegang dia!Kau sendiri tahu tu kan!"

           "Kau pegang ke tak...still kau orang tetap akan kena marah sebab kau orang yang langgar dia...sama je situasinya...tolong dia sekarang"

            "Bukan salah aku...kau orang yang muncul dekat sini tiba-tiba kenapa."

Sedang mereka semua di situ bergaduh di situ, Adriena yang sedang menahan sakit di situ, curi-curi menarik sengih meleret penuh maksudnya.

Nampaknya pelan dia berjaya!

Sebenarnya tadi mereka hanya menyinggul dia sedikit sahaja. Tapi Adriena yang sengaja jatuhkan dirinya ke belakang supaya kelihatan menyakinkan.

            "Apa yang dah berlaku ni?" muncul Mrs. Kelly di anak tangga itu. Dia mendatangi Adriena tanpa berlengah. "Ya Tuhan...Adriena!Kamu tak apa-apa?"tanya dia dengan cemas sebaik melutut di samping Adriena yang terbaring memeluk sekeliling lengan.

Sambil berdesis menahan sakit, Adriena buat muka menangisnya. Kalau boleh dia merintih sekuat yang boleh supaya semua orang di situ tahu dia dalam kesakitan.

            "Boleh bangun tak ni?Saya hubungi ambulans ke sini!"tanya Mrs. Kelly dengan cemas mengeluarkan telefon dari poket kotnya.

Semua di situ perhatikan kejadian itu dari jarak jauh sahaja. Sebab mereka semua tak berani hendak masuk campur mahupun mendekati Adriena.

Ini semua kerana ugutan Tristan tempoh hari!














37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now