Pelan 2 : Provokasi

2.1K 219 8
                                    

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.







Semua ini tidak mungkin! Tak mungkin Adriena telah ingat semula."Adriena.. awak-"

           Suka melihat reaksi Ronan, Adriena dengan tiba-tiba pun ketawa. Tak sangka pulak yang Ronan akan terkejut sebegini rupa! "Hahahah...."perutnya di pegang kerana senak.

Terkebil-kebil Ronan bila Adriena ketawa. Apa yang kelakarnya.

           "Apa yang kelakarnya?"

           Sambil ketawa Adriena berkata."Your face..."tunjuknya ke muka Ronan. " Terkejut beruk!Ahahaha!"

           Dalam diam, Ronan terus mengepal penumbuknya. Menahan amarah yang menjalar di dalam dadanya ketika itu. Tak guna betul! "Ianya tak kelakar Adriena." deramnya dari balik ketapan gigi.

Tawa Adriena terus berhenti mendadak. Sengih di bibir jatuh, mimik mukanya menjadi serius. Kalau renungan mata itu sebilah pedang, sudah lama kepala Ronan terpenggal.

          "Dan ianya juga tidak kelakar untuk bermain dengan nyawa orang lain demi kepentingan diri sendiri Ronab..." balas Adriena bernada geram.

            Rahang Ronan berketik. Urat belirat timbul di leher ketika dia cuba menahan sabar."Awak dah ingat semuanya?"

           "Bukan semuanya ...but almost everything."kata Adriena tak serius." Kenapa?Takut kalau saya jumpa dekat mana mahkota dan cap mohor tu dulu, Ayah sir takkan dapat taktah tu?Hm?"dia mengentel hujung rambut paras bahunya sewaktu memandang Ronan.

            "Adriena...awak tak tahu apa yang awak cuba katakan sekarang ni..." marah Ronan apabila Adriena libatkan nama ayahandanya!

             "Kalau macam tu jelaskan dekat saya biar saya faham."suara Adriena menjadi tinggi. " How could your father kill someone else parents just because your own greediness!?"

     
               Ronan terdiam. Dia berkerut kening dalam dilemma hendak membuat keputusan. Diberitahu salah, tak di beritahu ,Adriena akan tetap membencikan dia. "Bukan masalah awak. Jadi berhenti libatkan diri dengan Tristan atau awak akan dalam bahaya." tegasnya.

Adriena merinding kejengkelan. Darah dia berdesup laju ke otak sampai senak urat saraf dibuatnya!

               Tidak semena terus dia tolak dada tu kasar-kasar!"Sekalipun saya libatkan diri... adakah ia akan susahkan sir?Sedangkan sir sendiri biarkan saya lemas dalam tasik tu 10 tahun yang lalu!Kalau saya mati sebab pertahankan Tristan...saya lagi rela la dari biarkan dia di tindas dengan keluarganya sendiri!"

                "Please Adriena!" desak Ronan sambil cengkam lengan kanan itu. "Apa yang berlaku 10 tahun lalu bukan saya yang buat awak jatuh. Awak yang jatuh sendiri."

               Masa itulah switch dia ON! Segalanya kelihatan merah di mata dia. Tingkat tahap kesabarannya meledak! "MEMANG BUKAN KAU!TAPI KAU BIARKAN AKU TENGGELAM DEKAT SITU!" bergema lantang suara Adriena di dalam kedai buku yang sunyi sepi lagikan hening itu.

Jatuh tangan Ronan dari lengan Adriena. Lelaki itu begitu terkesan dengan lontaran suara Adriena yang kedengaran jelas kecewanya. Namun dia cepat-cepat tenangkan diri. Dia tak boleh biarkan perasaan dia mempengaruhi keputusannya.

                "Apapun rancangan awak, Adriena. Saya takkan biarkan awak gagalkan rancangan ayahanda saya. Semua ni demi kebaikan semua. Tristan terlalu muda untuk jadi raja. Kerajaan sudah lama tidak berketua. Dan saya tak sanggup lagi dengar cemuhan orang mengenai latar belakang keluarga diraja saya! Hanya ini saja cara yang kami ada."luah Ronan dengan kesal.

              "Well..good luck for that cause I don't give a f*ck!"Adriena berdengus menyampah. "Mari kita tengok siapa sokong siapa. Tua ke muda tak membezakan apa-apa. Yang penting seorang raja tu tahu nak jadi saksama terhadap rakyat dia...sir yakin Ayah Sir tu mampu pimpin kerajaan kita?"

Ronan diam mengetap gigi. Kepala penumbuknya di eratkan lagi sampai sakit tapak tangan digigit hujung jari.

             "Bila saya dapat mahkota dan cap mohor tu...saya akan pastikan Tristan yang naik taktah sekalipun nyawa saya jadi tolok gantinya!"

Mulut Ronan terbuka. Lelaki itu cuba hendak berkata-kata. Namun tidak semena, Adriena terus jalan menerpa tepi lengannya pergi dari situ dengan langkah yang marah.

Keluar saja dari kedai, Adriena disambut oleh Stefan yang berpayung. Lelaki itu yang mahu menemani dia ke situ memandangkan Tristan tak boleh keluar tanpa pengawal peribadi. Kalau Tristan keluar, ia akan menarik perhatian ramai orang. Nak tak nak terpaksa la.

Dan Stefan telah mendengar semuanya!

            "Tak apa ke?" soal Stefan kepada Adriena sewaktu gadis itu menonong ke depan tidak menghiraukan dirinya.

              Bersama senyuman sinis meleret Adriena selak rambut ke belakang bahu. Heh! Berasa bangga kerana pelan keduanya berjalan lancar. "Tak apa. Sebab lepas ni dia orang akan tunjuk belang dia orang sendiri....bila hal tu terjadi..kita boleh la kumpulkan bukti dan letakkan semua kesalahan ke atas mereka nanti.." jelasnya apabila mereka berdua menyusuri laluan pejalan kaki di situ menjauh dari kedai buku tadi di belakang.

Stefan payungkan Adriena, mereka berdua jalan kaki seiringan merentasi hujan renyai-renyai waktu itu.










💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

Hi Buddies!

Sorry eh. Hari ni sempat dua chapter je tau.

Malam ni Tinta busy nak prep latihan untuk cuti skolah ni nanti.

Kalau sempat...Tinta update lagi.

If not.... tommorow then.

Hope you like it!

Dont forget to vote and comment when ever you like!

See you at new chapter!

37. The Lost CrownDonde viven las historias. Descúbrelo ahora