Senyum.

2.6K 257 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.















Clap!

Clap!

Clap!

Bunyi tepukan tangan memecah keheningan ruang tari itu selepas apa yang terjadi. Pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan masing-masing pandang akan lelaki yang sedang berdiri di depan laluan itu.

         "Wah-wah... Tak tahu pulak kelas tari menari hari ni menyeronokkan?"komen nada sinis itu.

Semua di situ sudah tahu. Jadi mereka tidak berani langsung hendak bergerak atau bersuara. Terperanjat mereka sebab untuk pertama kalinya, samseng akademi mereka munculkan diri ke dalam kelas tari menari. Selama ini tidak pernah pulak lelaki ini munculkan diri.

Ramai-ramai di situ Adriena seorang sahaja yang tidak tunjuk reaksi takut atau gelabah. Malah jelas-jelas muka dia beritahu yang dia menyampah. Dia berdiri tegak dekat situ tanpa berkata apa-apa. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Ruby siang tadi. Maknanya dia sudah cari pasal dengan orang yang salah. Agak-agaknya lelaki di depannya ini akan balas balik ke tindakan dia menghantuk kepala ke dagunya?

Tristan jalan mendekati Adriena dengan tangan di dalam poket. Sambil tu dia tilik dari atas kebawah kerana minat. Sepadan sangat dengan karakter dia!

Ruby dan Kirana di belakang Adriena ketika itu sudah cuak. Mereka pandang risau ke belakang kepala Adriena. Tak tahu hendak berbuat apa. Nanti masuk campur mereka pulak yang susah. Tapi kalau dibiarkan, Adriena pula yang dalam masalah!

Seperti tahu-tahu, ketika itu juga la guru wanita berjalan masuk. Guru itu bersanggul kemas dan mengenakan attire serba hitam dan bertumit tinggi. Lenggok langkahnya juga tertib. Kehadirannya itu membuatkan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan bubar secara berkelompok di tepi kelas dalam bentuk barisan lurus.

Tinggal beberapa langkah saja sebelum Tristan tiba di depan Adriena, namun terpaksa di batalkan langkahnya itu.

Ruby dan Kirana yang lega tanpa berlengah tarik Adriena ke mereka. Cepat-cepat mereka masuk ke barisan dan berdiri tegak mendabik dada. Termasuk la Tristan sekali. Lelaki itu nak tak nak terpaksa ikut beratur dengan yang lain di seberang barisan.

         "Baik la...kelas. Semuanya sudah ada di sini?"tanya guru wanita itu menghadap 24 orang pelajar lelaki dan perempuan di ruang itu.

         "Sudah puan."balas mereka semua dengan serentak dengan jeda yang sama.

Kecuali Adriena. Dia tidak menjawab kerana masih geram dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya tadi. Tanpa mengerling ke sesiapa, pandangannya di tala ke lantai. Tak tahu pulak khabar angin mengenai dia boleh jadi separah ni!

        "Kalau begitu, tanpa berlengah kita akan teruskan kepada sesi rutin kita. Pelajar lelaki boleh berdiri menghadap barisan pelajar perempuan. Membentuk pasangan. Pada hari ini kita akan belajar tarian klasik berpasangan."

Selesai sahaja arahan diberi, pelajar lelaki pun bergerak serentak menghampiri barisan pelajar perempuan. Ramainya pelajar perempuan di situ pandang ke Tristan. Berharap lelaki itu tidak mendapatkan salah seorang dari mereka. Dalam pada masa yang sama mereka turut berharap dapat menari sama dengan lelaki itu.

Dua langkah dari Adriena, Tristan berhenti. Dia berdiri melangit di depan Adriena yang paras ketinggiannya hanya setakat bawah dagunya. Wajah yang sedang termenung itu di pandangnya.

Kehadiran lelaki itu buatkan Adreina angkat mata lalu bertentang mata dengan lelaki itu.

          "Baik la semua dah ada pasangan masing-masing?"suara guru itu bergema dalam ruangan tersebut tidak lama kemudian.

          "Sudah puan!"sahut mereka.

          "Ba-"

          "Puan..saya nak tukar pasangan!"tangan Adriena terangkat di Udara pada masa yang sama ketika gurunya berkata. Dah kenapa lelaki ni nak jadi pasangan dia?Tak ada orang lain apa yang nak di pilih?

          Guru itu tersentak. Dia pandang akan pelajarnya yang mengangkat tangan ketika itu. "Tukar?"

Ruby dan Kirana yang berdiri di samping Adriena ketika itu sudah membutang mata kerana terkejut. Masing-masing buat muka 'buang tebiat apa'. Berani betul roommate mereka perlakukan Tristan begitu?Cari masalah apa?

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now