Buang Tebiat!

2.8K 252 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



       "So?Macam mana hari pertama dekat sini?Okay tak?"tegur Ruby setelah mereka berdua duduk di tembok batu koridor istana selepas keluar dari kelas asas etika dan adab.Kelas terakhir untuk hari ini selepas tiga jam keluar masuk bertukar ganti kelas dan guru.

Perhatian Adriena waktu itu terarah pada papan carta pelajar yang melekat sebesar-besar alam di dinding Utama koridor. Walaupun dia duduk jauh, dia masih boleh Nampak terpampang jelas akan wajah dan ranking pelajar di situ.

        "Macam tu la..penat."balasnya acuh tak acuh apabila sedar ada beberapa wajah yang tidak asing di papan carta tersebut. Dengar ceritanya pelajar-pelajar yang mempunyai ranking tinggi dan berpengaruh dalam akademi bakal di pilih sebagai pengganti putera mahkota yang digulingkan taktah 10 tahun yang lalu. Tambah mereka lagi, penyandang kerajaan Everlon sekarang ini adalah penasihat diraja yang dulu merupakan kawan baik kepada mendiang raja.

          "Biasalah tu...lama-lama okay la."ujar Ruby.

           "Aku nak tanya, tempat ni memang boring eh?"soal Adriena sambil mengecilkan mata hendak tengok wajah yang tidak asing buat pandangan mata dia. The heck!Mamat sengal tu pun ada sekali. Paling atas lagi tu. Dan namanya ialah Tristan Zane!

Amboi!Bukan main glamour lagi nama diberi!

Perangai!

Hmph!

Hampeh!

         "Apa kau cakapkan ni...Mana ada boring...kau baru dekat sini. Memang la rasa macam tu. Untuk pengetahuan kau Macam-macam benda kau boleh dapat dekat sini..tau tak."Ruby berdiri lalu tarik lengan Adriena supaya bangun bersamanya.

          "Nak ke mana ni?"soal Adriena dengan kening berkerut. dia baru nak lepaskan lelah, dah kena berjalan pulak.

          "Sini..aku tunjuk kau sesuatu.."Ruby bawa mereka berdua mendekati papan carta yang Adriena perhatikan sejak tadi. Selepas berdiri di depan papan carta tersebut, dengan bersemangat dia kembali berkata. "Kau nampak mereka yang ada dekat papan carta ni?"

           "Hhmp."angguk Adriena acuh tak acuh. Dia perhatikan setiap wajah di situ. Dari perempuan ataupun lelaki. Masing-masing muka tak boleh buat percaya. Sekali tengok je pun dia dah tahu mereka semua ini adalah jenis yang tikam kawan dari belakang seperti duri dalam daging!Bukannya dia tak tahu kebanyakan pelajar yang masuk ke sini berebut hendak taktah diraja Everlon. Jadi mestilah semua di sini saling berhasad dengki antara satu sama lain.

          "Mereka semua ni adalah calon yang bakal terpilih memperoleh taktah diraja Everlon. Dan kata orang lagi, seorang daripada mereka di sini adalah waris sah diraja Everlon."beritahu Ruby dengan bersemangat.

          "Dia ke?"tunjuk Adriena ke gambar Tristan.

           Kepala Ruby ikut bergerak ke gambar yang ditunjukkan. Lalu dia berkerut hidung tak suka. "Dia?Hish. Tak mungkin la. Selain samseng dan jugak pelajar paling bermasalah dekat sini...dia masuk kelas pun tak mahu...ini kan lagi nak terpilih jadi calon pewaris Everlon. Memang tidak la..."komennya dengan muka tidak suka. Sebut je nama tu terus dia meremang takut.

           Samseng?Adriena lentokkan sedikit kepalanya selepas dengar. "Dia pelajar bermasalah?"tanya dia lagi yang tidak terkejut. Pertama kali jumpa pun perangai tak guna. Ini kan lagi nak dihairankan dengan kenyataan bahawa lelaki sengal itu memang bermasalah. "Tapi kenapa ranking dia tinggi?"

           "Biasala...semua orang tahu yang Tristan ugut semua pelajar dekat sini untuk undi dan bagi sokongan dekat dia supaya terpilih sebagai calon"cebik Ruby dengan menyampah. "Kalau sesiapa yang tak nak dengar arahan dia.Tristan akan pastikan orang tu susah dan keluar dari sini dengan terpaksa."tambahnya lagi.

Huh?

Adriena terus buat muka kengerian.

Buang tebiat betul!

             "Serius la?" Lain macam betul nekad lelaki tu?Sampai siap ugut bagai!Masalah betul ni. Jangan sampai dia bertembung dengan lelaki tu lagi sudah. Entah apa pulak nanti lelaki tu nak daajal dia!

             "Betul la. Takkan la aku nak buat cerita....sebelum aku terlupa. Ni aku nasihatkan dekat kau. Jauhkan diri dari Tristan kalau tak nak hidup kau susah. Kalau jumpa ke bertembung ke cepat-cepat elakkan diri dari bersemuka dengan dia tu."pesan Ruby dengan ikhlas. Selama setahun dia menetap di sini banyak kali dia larikan diri dari bertembung dengan Tristan. Sebab itu dia masih survive.

Menggaru kepala Adriena dibuatnya. Macam la dia nak sangat berjumpa dengan Tristan tu. Tak payah suruh memang dia akan buat pun.

              "Dah la. Jom gerak ke dorm. Rasanya Kirana pun dah habis kelas ni. Nanti boleh la siap sama-sama untuk kelas tari menari."ajak Ruby yang merangkul lengan Adriena. Dia pusingkan tubuh itu membelakang papan carta tersebut.

               "Eh?"Adriena terkebil-kebil sewaktu ditarik oleh Ruby. Apa lagi ni?Tak ada habisnya langsung! "Kelas tari menari?" soalnya kebingungan sendiri. "Bukan ke kita dah habis kelas?"tak ada pulak dalam jadual?!Suka hati je.

                 Ruby tertawa. "Memang la tak ada kelas. Tapi ini dikira sebagai aktiviti rutin yang wajib semua pelajar ikut. Setiap dua hari dalam seminggu kelas ini akan dilakukan Bersama pelajar lelaki.."

               "Perlu ke?"tanya Adriena sambil jalan mengheret tapak kaki kerana malas hendak menjalani kehidupan ala-ala princess dalam akademi ini. Leceh dan menyusahkan!Ajar la main pedang ke lumba kuda ke, memanah ke tak pun bergusti. Baru la seronok!Ini tidak...semuanya aktiviti girly-girly. Tak gentle langsung.

              "Of course...aku make sure..kau pasti takkan menyesal."Ruby tersenyum lebar. "Mana tahu kan, ada putera atau duke muda yang jatuh hati pada kau?"singgulnya ke bahu Adriena sambil tu.

Mintak simpangla!Adriena menjuling mata menyampah.

Disaat mereka berdua tiba di tiang batu menuju pintu keluar, ketika itu sekumpulan pelajar perempuan muncul melintas depan Adreina dan Ruby lalu mengerumuni seseorang.

              "Sir Winter..."panggil mereka dengan bersemangat.

Adriena yang dengar pun berpaling ke kerurmunan itu. Dia tersentak kerana mendengar nama itu. Jadi betullahgurunya adalah orang yang sama!?

Ruby yang sibuk bercakap langsung tidak perasan situasi itu.

Apabila mata Adriena ternampak kelibat lelaki lampai itu, dia hanya meneruskan langkahnya untuk keluar dari situ. Kebetulan itu, pada masa yang sama, lelaki itu turut memandang ke arahnya. Terkejut dengan renungan itu, cepat-cepat dia pandang ke depan. Berdebar sendiri. Mana tidaknya, lain betul penampilan lelaki itu di akademi dan di luar.

Kalau di akademi muka itu nampak macam tegas dan bercermin mata.

Tapi kalau dekat kedai buku, muka tu nampak seperti remaja muda.

Misteri betul!

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now