Terkilan

2K 214 12
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



         "ARGHH!!!!"teriak pelajar lelaki itu apabila batang besi dan kaki hingga di badannya.

Penuh kengerian, Brenda pandang akan scene di depan matanya. Air mata berjuraian turun membasahi pipinya.

        "Aku tanya soalan kan?"kata Tristan dengan dingin saat memandang Brenda. Tidak mempedulikan jeritan yang menghunungi bilik rahsia pertemuannya itu.

          Teresak-esak ketakutan, Brenda kelu tidak dapat mengatakan apa-apa. Seluruh badannya menggigil teruk. Bukan ini yang dia fikirkan! Bagaimana dia boleh tertangkap dengan mudah sekali! "Sa-saya tak tahu...Tristan...ianya ha-hanya kemalangan"katanya terketar-ketar.

          "Hak alah...fed up la aku dengan jenis orang bila di tanya buat tak tahu ni.."rungut Tristan sambil menguak rambutnya kasar-kasar ke belakang. Gara-gara mereka, Adriena hilang lagi! Apa masalah dia orang ni! "...hei..kau ambik baki yang lain ni..belasah dia orang sampai perempuan ni nak bukak mulut!"arah dia dengan malas pada anak buahnya yang ada di situ.

      "Tak!"

       "Tolong!Brenda katakan sesuatu!"

       "ARGH!!!"

Pelajar-pelajar lelaki di situ berteriakan dengan hysteria apabila beberapa orang pelajar lelaki lain yang sedia menunggu giliran mula menghurung mereka dan membelasah badan mereka seperti mereka itu karung kentang tidak bernyawa!

Bising ruangan itu dengan suara orang teriakan kesakitan, sampaikan ia berjaya membuatkan Brenda bawa tangan dan menekap kedua-dua telinga kerana tidak mahu mendengar suara ngeri mereka itu.

          "Cukup!Hentikannya!Tolonglah!Cukup!"rayu Brenda pada Tristan sambil menggeleng kepala enggan mendengar apa lagi lihat scene berdarah di depannya itu.

          "Cakap kalau macam tu...siapa yang arahkan kau untuk sakiti Adriena??" arah Tristan lagi walaupun dia tahu apa jawapannya. Dia cuma mahukan kepastian sahaja.

           "Jangan la begini...ianya hanya kemalangan saja. Percaya la.."rayu Brenda.

            Tristan menggeleng kepala. Bukan itu jawapan yang dia mahu dengar. "Kenapa?Kenapa kau buat semua ni?Memangnya aku ganggu hidup kau ke?Bukan ke aku dah cakap elok-elok untuk tidak menyentuh atau dekati Adriena hari tu?Kenapa kau orang sikit pun tak boleh nak ikut?"

Brenda teresak-esak cuba mencari nafas bila hidung mula tersumbat kerana berhingus banyak gara-gara menangis.

          Sambil tersedu-sedu kuat, Brenda pun berkata. "Sir Winter...Sir Winter yang suruh...dia yang arahkan saya lakukan semua tu sebab kalau saya tak buat dia akan drop biasiswa dan tawaran yang saya terima dari univerisiti lain....maafkan saya tolong la hentikan semua ni"ngakunya dengan susah payah. "Dia cakap Adriena itu pengaruh tak baik buat tuanku...jadi dia minta saya bagi amaran pada Adriena...itu je.."

Bila Brenda mula bercakap, anak buah Tristan yang membelasah empat orang lagi pelajar lelaki tadi berhenti seperti mana yang telah diarahkan oleh putera mahkota mereka tadi. Masing-masing mengah kerana mencari nafas selepas lelah membelasah pelajar-pelajar tersebut.

Mendengar nama Winter menyebabkan Tristan melepaskan hela nafas Panjang dengan mata terpejam. Kepalanya di dongak sekejap ke siling. Cuba nak kurangkan rasa tegang seakan urat tengkuknya ditarik. Dia begitu kesal, bengang dan jengkel pada masa yang sama. Sememangnya sepupu dia itu sungguh menyusahkan dan menjengkelkan sekali.

Mentang-mentang la tak dapat memiliki Adriena, sepupu dia cuba merampas Adriena dari dia menggunakan taktik sama macam yang ayah saudara dia telah lakukan terhadap ayahanda dan bonda dia!

What a sc*mbag!

         "Tuanku?"panggil Stefan di situ setelah keadaan tenang dan senyap untuk beberapa ketika dan Tristan diam tidak mengatakan apa-apa.

           Perlahan-lahan, Tristan pun membuka matanya. Letih dengan perasaan kesal yang dirasai, dia meraup muka sebelum bangun. "Lepaskan dia orang...aku nak tengok...berapa lama kau orang nak berkhidmat pada pengkhianat tu.."katanya semasa tunduk memandang Brenda di lantai itu. "Hidup di atas kesengsaraan orang lain takkan buat kau bahagia selamanya. Ingat tu..."

Menjadi-jadi tanggisan Brenda sebaik mendengar kata-kata Tristan. Gadis itu tunduk menekup muka dan menangis semahunya. Dia sedih kerana berasa malu dan dungu dengan tindakannya itu!

Lantas Tristan berpaling dari situ mahu pergi.

          "Semua orangkan bencikan aku...kalau boleh tak nak tengok aku senang walaupun sekejap. Jadi kau orang lebih percayakan Sir Winter keparat tak guna kau orang tu...dan buat apa saja yang dia minta walaupun hal tu akan sakiti aku sendiri...bila aku jadi jahat...kau semua pandang serong..kemudian salahkan aku..."katanya sambil tu dengan langkah yang berat tiada semangat.

Mereka yang ada di dalam ruangan itu pandang akan belakang badan Tristan dengan perasaan serba salah di dalam dada masing-masing.

Mereka semua di situ tahu.

Walaupun Tristan seorang samseng, lelaki itu sekalipun tidak menyakiti orang lain tanpa sebab. Melainkan ada yang bermacam-macam dengan Tristan baru Tristan balas semula!

Dan sepanjang masa mereka bersama Tristan, tidak pernah pun sekali mereka lihat Tristan lakukan kejahatan terhadap mana-mana pelajar dalam akademi ini. Yang banyaknya orang lain la yang mahu menyusahkan Tristan dan memburukkan lagi imej Tristan.

Kerana itu juga la mereka, iaitu anak buah Tristan ada yang setia berada di samping lelaki itu untuk membantu. Sebab mereka percaya putera mahkota mereka ini adalah mangsa keadaan sahaja! Bukan seperti yang khabar angin sibuk perkatakan.

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now