Memori

2.4K 246 12
                                    

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.






          Riena..."Tristan cuit tepi lengan Adriena semasa Adriena sibuk ikat tali kasut dekat kaki. Mereka ketika itu sedang bersiap sedia hendak bermain di ladang kuda sebentar lagi.

           "Hah...ada apa?"Adriena palingkan kepala memandang Tristan. Keningnya berkerut kerana silau matahari pagi tu.

          Sambil tersengih menayang gigi, Tristan  pandang Adriena. "Cuba pejam mata."

          "Ihh...apa pejam mata ni..kau nak kenakan aku ya?"

           "Mana ada...tutup la mata tu."

            "Kau ni...leceh la."sambil bersungut itu jugala Adriena memejamkan mata. "Dah."

           Tersenyum senang, Tristan berdiri di hadapan Adriena. "Pejam ya."mintanya sambil mengeluarkan seutas loket dari poket pakaian dirajanya lalu di pakaikan ke sekeliling leher Adriena. Selepas selesai dia berdiri dengan tangan di belakang badan kerana teruja. "Okay dah. Bukak mata."

Sambil berkerut kening, Adriena pun membuka matanya sebelum bertentang muka dengan Tristan.

          "Apa kau dah buat?"tanya dia sewaktu melihat tingkah mencurigakan Tristan. Budak lelaki berusia 8 tahun itu tersengih-sengih padanya. Tahu la handsome.

           "Tengok apa dekat leher kau tu.." Tristan menjuih bibir ke leher Adriena.

            Adriena pun tunduk memandang ke bawah, dia ingatkan ada cicak ke kumbang ke seperti mana Tristan selalu guna untuk menyakat dia, sekali lepas dia pandang, Adriena nampak ada loket bentuk diamond tergantung di lehernya. "Apa ni?"tanya dia sambil pegang loket itu. Cantik sekali!

           "Hadiah. Bonda kata ianya adalah hadiah ayahanda pernah berikan untuk dia masa dulu. Rantai tu satu pasangan. Satu ayahanda, aku pakai. Yang tu bonda punya. Aku bagi kau pakai." beritahu Tristan. "Cantik tak?"

            Adriena pandang Tristan dengan senyuman lebar di bibir. Wajahnya bersinar ceria. "Kau bagi aku?Kenapa?"

             Tristan garu belakang kepala sambil ketawa. "Bonda kata rantai ni istimewa. Kalau aku ada orang yang aku sayang..aku boleh bagikan rantai ni...."

37. The Lost CrownDär berättelser lever. Upptäck nu