Step Sister

2.2K 207 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




           "So pada hari Adriena lemas, patutnya ayah ada bersama dengan Raja Zane sekeluarga. Tapi disebabkan berita mengenai Adriena lemas sampai pada ayah. Ayah terpaksa bergegas ke hospital dan meninggalkan Raja Zane yang waktu itu sedang menghadiri majlis. Tak lama ayah berada di hospital dan Adriena lemas, masa tu jugak berita kemalangan yang menimpa Raja Zane pun sampai pada ayah...macam tu?"kata Adriena sambil pandang ke kipas yang berpusing-pusing atas siling ruang tamunya itu.

            "Ya...pada hari yang sama." balas Conan saat perhatikan jari Adriena yang mengetuk-ngetuk lengan sofa ketika itu. Biasanya anak dia buat begitu kalau sedang berfikir atau merencana sesuatu dalam diam.

            "Dan ayah nak kata, Adriena lemas sebab masa tu Adriena naik bot bersama Ronan Winter, abang sepupu Putera Mahkota Tristan?"sir winter si pemilik kedai buku a.k.a guru kelasnya itu adalah orang yang membuatkan dia lemas?

What the hell!

Takkan la gara-gara dia pemegang rahsia mahkota yang hilang tu, Mr.Winter sanggup sakiti diri dia?!

What a jerk!

Kelly palingkan kepala ke Conan. Menanti apa jawapan suaminya pada soalan Adriena itu. Dia tahu semua itu pada hari dia bekerja sebagai ketua pengawal kesalamatan istana Everlon. Dia temui Conan di istana itu juga dan dari situ la mereka berkenalan sebelum berakhir ke perkahwinan.

          "Itu andaian ayah...kejadian tu hanya kamu dan Putera Ronan sahaja yang tahu. Apa yang berlaku pada hari itu dan bagaimana ia terjadi....kamu berdua saja yang tahu jawapan itu." Kata Conan.

Apabila dia mendapat gambaran yang jelas, Adriena tegakkan kepalanya dan pandang akan Conan dan Kelly dihadapannya ketika itu. Sengih meleret ikut terukir. Hebat betul la! Macam mana mereka sanggul sakiti darah daging sendiri demi kepentingan diri sendiri!?

            "Sekarang ni jelas-jelas la...ada yang cipta kemalangan tu sebagai decoy supaya Ayah tinggalkan Raja Zane dan laksanakan rancangan mereka untuk hapuskan keluarga Tristan menggunakan alasan kemalangan untuk cover up perbuatana mereka tu. Sebab bila raja Zane meninggal dunia yang paling beruntung adalah Raja Gregory, abang kepada Raja Zane. Tapi sayang. Disebabkan mahkota dan cap mohor diraja tiada, maka mereka tidak boleh naik taktah. Dengan alasan tu jugaklah, Tristan masih hidup sehingga sekarang. Sebab mereka fikir Tristan tahu dimana keberadaan mahkota dan cap mohor tu. Sedangkan hal itu hanya diketahui oleh Adriena." Beritahu dia yang meringkaskan segala kenyataan yang selama ini disembunyikan dari dia.

            "Permaisuri Aryana yang beritahu kamu dimana tempat itu. Selain tu tiada siapa yang tahu. Termasuk Putera Mahkota Tristan. Itupun Permaisuri Aryana beritahu kamu dimana keberadaan mahkota itu pada hari lahir kamu."ujar Conan lagi.

            "Susah la kalau macam tu...sebab Adriena tak ingat semua tu?"ngeluh Adriena. Tak guna betul!Kalau macam ni bagi dia kerja untuk cari tahu sendiri la jawabnya.

              "Baik juga kalau kamu tak ingat...yalah cuba bayangkan kalau kamu ingat. Tak ke kamu dalam bahaya nanti. " sampuk Kelly pula sambil merapat ke Conan. "Sekarang kamu dah faham kenapa kami rahsiakan segalanya dari kamu sejak awal lagi?"dia rangkul lengan itu hendak hilangkan rasa resah dan risaunya terhadap Adriena. Dia tidak fikir Ariana sebab anak perempuannya itu tidak ada kaitan dengan semua ini. Adriena yang dia hiraukan sekarang ni!

Adriena diam tidak berkata apa-apa lagi. Dia pandang ayah dan ibunya buat seketika sebelum palingkan kepala ke sisi. Lantas ternampak bingkai kecil yang terisi gambar dia dan Ariana sewaktu berusia 10 tahun. Dia pandang gambar itu dalam-dalam. Buatkan dia teringat pada Tristan!Agaknya apa janji yang dia pernah buat dengan Permaisuri Aryana dulu.

         "Oh ya,Riena..panggil ayahnya tiba-tiba.

            Kepala Adriena tersentak pantas ke Conan. "Ya?"sambutnya dengan kerutan di kening.

            "Ada sesuatu yang ayah mahu beritahu kamu..."

             Adriena pandang wajah ayahnya dengan renungan tajam. Jangan rahsia lagi sudah. Otak dia tak boleh nakmbrand sekarang ni."Apa perkara tu?"tanya dia.

             "Ingat la semula dimana mahkota yang hilang tu. Bantu Putera Mahkota peroleh semula hak dia...sekiranya Raja Gregory yang naik taktah...habis kita semua nanti. "Minta Conan dengan nada serius.

Adriena diam tidak mengatakan apa-apa. Di dalam kepala dia waktu itu sedang berkira-kira keputusan apa yang dia patut lakukan nanti!


Kelly pula. Tiada apa-apa yang dia dapat lakukan lagi. Jika ini sudah ditakdirkan buat Adriena, dia terpaksa akur. Lagipun sampai bila lagi mereka perlu larikan diri dan biarkan semua ini berlangsung!?

Pada masa itu la Ariana muncul. Baru pulang dari sekolah dengan headfon di kepala dan mulut sibuk mengulum lollipop. Saya dah balik.ucapnya semasa terpandang orang tuanya dulu sebelum nampak saudara tirinya di situ.

          "Ooh..ada tetamu ke?Tak tau pulak..cebiknya dengan menyampah.

           "Aku tak tahu pulak ada anak pungut yang sesat dekat sini.."balas Adriena pula dengan renungan judging.

            Ariana buat muka seakan mengajuk kata Adriena. Anti betul la dia dengan kakak tirinya yang satu ini. "Asal tak duduk je dekat akademi tu buat selamanya. Buat semak je balik rumah ni."

            "Hah..sudah. Kamu berdua jangan nak mulakan. Perlu ke bertengkar setiap kali jumpa." arah Conan bila dua orang itu mula membalas kata.

             "Pantang betul ya kamu berdua ni...sudah Ariana naik bilik kamu. Siapkan kerja sekolah. Kalau tidak siap, tiada wifi. " arah Kelly pada anak perempuannya itu.

              "Alah...ibu ni...orang baru je balik...penat tau. Kasi la Riana rehat dulu."rengek Ariana.

              "Kata je la kau malas.."agah Adriena.

               "Kau apahal...cari gaduh pulak balik-balik ni kenapa!"Ariana mendekati Adriena lalu menunjal belakang kepala itu.

               "Hei!Asal main kepala ni!Kau ingat kau pandai sangat ke?"

                "Pandai je buat apa perangai berlagak menyakitkan hati ada la.."

                "Hei kacang buncis diam eh!Kang!Aku tumbuk muka tu berterabur gigi baru tau!"

               "Siapa kacang buncis hah!?"

Dua orang gadis itu mula bertekak antara satu
sama lain. Rutin biasa kalau bertemu. Sampaikan Conan dan Kelly malas hendak ambil pusing mengenai dua orang anak gadis mereka itu kerana sudah terbiasa. Selama 12 tahun mereka Bersama, selama itu la Adriena dan Ariana bercakaran seperti tikus dan kucing!Ada saja yang hendak di tengkarkan!











💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋



Terima kasih buat mereka yang baru follow Tinta.

Terima kasih juga kerana sudi baca hasil nukilan tak Tinta Nak dibandingkan hasil penulis lain, saya memang kalah.

Tapi kalau nak buat cerita demi pembaca, saya menang!

Hahaha!

Gurau je tau!

Nah dua chapter dulu.

Apapun have a good day everyBuddies!

Selamat berhujung minggu!

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now