Marry Me

3.8K 247 19
                                    

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.








        "Tak nak!"protes Tristan dihadapan raja dan permaisuri. Kanak-kanak 9tahun itu menyilang tangan ke dada dengan protes. "Tristan nak Riena ikut kita jugak!"

         "Jangan la begitu..ianya urusan rasmi. Lagipun Riena sekolah...dia ada kelas yang perlu dihadiri.."pujuk Permaisuri Aryana.

        "Berpisah sekejap dengan dia pun tak boleh ke?Macam mana nanti bila besar?"bicara Raja Zane pula.

           "Bila besar ya Riena kahwin dengan Tristan...apa lagi.."dengan berani Tristan meluahkan hasrat hatinya itu.

Ketawa semua orang dewasa di situ mendengar celoteh anak kecil itu.

           "Kamu dengar tu Conan?"Raja Zane palingkan kepala memandang rakannya sebelum tunduk memandang Adriena di samping lelaki itu.

Conan hanya mampu tersenyum.

         "Riena mahu ke dengan kamu?"agah Permaisuri Aryana pula.

         "Mestilah. Riena sendiri dah janji..kan?"Tristan palingkan kepala ke Adriena. "Aku bagi kau rantai tu...kau setuju."

          Sambil membuat muka, Adriena membalas. "Ha'ah...tapi Tristan yang paksa...saya tak suruh dia."jawabnya dengan jujur.

           "Alahai kamu berdua ni...."geleng Conan sambil mengetap bibir menghalang diri dari ketawa di situ.

             "Sabar je la..kalau nak pun beta tak kisah...tak begitu tuanku permaisuri?"aju Raja Zane pada isterinya.

             "Ya..."senyum Permaisuri Aryana saat memandang Adriena. "Beta lagi suka kalau Adrie
na calon tu."



              Pinggang Adriena di cubit dengan Tristan bila gadis itu tidak mahu duduk diam di ribanya. Dia pegang tangan itu kegeraman. "Siapa cakap...kita dah selesai?Urusan kita tak pernah selesai."tegahnya.

            "Auw!Apahal cubit-cubit...awak nak apa lagi ni?Jalani je la hidup tu baik-baik. Saya dah tak hutang apa-apa pada awak atau kerajaan awak ni"getus Adriena masam mencuka.

             "Siapa cakap?Awak masih ada hutang ya. Suka hati je nak lari kan lepas buat masalah.."

               "Siapa yang buat masalah ni?Ini ke balasan saya lepas tolong awak?Salahkan saya...marahkan saya..."

               "Siapa suruh tolong?Ada saya suruh jadi hero untuk saya ke?"

SLAP!

Satu pukulan hinggap di tepi lengan itu.

               "Tak sayang mulut agaknya?"kerut Adriena kejengkelan.

Dalam diam, Tristan tahan dirinya dari ketawa di situ. Hatinya terusik taktala melihat reaksi comel Adriena ketika marah. Dulu ke sekarang masih aje menggamit hati lelakinya. Ini yang buat dia semakin nekad tidak mahu lepaskan Adriena.

               "Memang awak dah jumpa mahkota yang hilang tu dan tunaikan amanah bonda saya...tapi awak belum jalankan janji awak pada saya."kata Tristan saat angkat tangan lalu memegang rantai yang tergantung di leher Adriena ketika itu. Dia keluarkan rantai itu dari balik baju tersebut sebelum di bawa ke depan sedikit untuk Adriena pandang.

               Adriena pun tunduk la. Dia pandang rantai yang dipegang Tristan tu dengan kening berkerut. "Janji apa lagi?"sesedap rasa je nak menokok nambah!Tak tahu pulak yang dia ada buat perjanjian lain? iya-ya la tu!

Tristan beri senyuman menggoda dia pada Adriena saat melingkarkan sebelah tangan ke sekeliling belakang pinggang itu.

               "Kan saya pernah cakap...rantai ni saya punya...maknanya yang memakainya juga adalah milik saya. Dan awak dah janji pada saya semasa memakai rantai ni dulu."

                Terkebil-kebil Adriena masa pandang bibir yang tersenyum itu. "Awak ingat?" seriuslah!?

                "Sikit...tapi cukup jelas.."angguk Tristan sambil menjungkit kening mengiyakan pertanyaan itu. "Itu hutang awak pada saya"ujarnya saat melagakan hujung hidungnya ke hujung hidung Adriena dengan manja sebelum menyembamkan wajahnya ke ceruk leher itu.

Untuk seketika, Adriena diam hendak memproses akan situasi itu. Hutang?Dia? Sekejap! Kalau macam tu, itu bermakna, untuk langsaikan janji tu, dia kena-

                  "Kahwin?"soal Adriena bernada terkejut. Mata dia terbutang luas. What the heck!

                  "Yup."angguk Tristan semasa melekapkan hidup dan bibirnya ke kulit leher Adriena. Menghidu bau yang sudah lama dia ingin bau. Bibirnya dibiarkan menyentuh permukaan kulit yang lembut dan menghangatkan itu. "Kahwin dengan sayabaru la mahkota yang hilang tu ada tuan sebenar dia."

Selesai berkata-kata, Tristan melepaskan hela nafas Panjang penuh kelegaannya. Hilang semua perasaan yang selama ini bersesak dalam dadanya. Kali ni dia takkan lepaskan Adriena. Sampai bila-bila.

                  "Awak serius ke ni?"tanya Adriena bernada tak percaya pada masa yang sama teruja. Tangannya naik memegang tepi lengan itu.

                  "Yalah...saya serius...ke nak saya lamar awak secara formal dan romantic jugak?Saya tak nak bersama dengan orang lain...kalau awak nak...saya minta maaf pada awak sekarang untuk semuanya."bisik Tristan dengan perlahan dari balik leher Adriena. Masih memeluk Adriena dengan erat.

Seperti peminat fanatic diberi peluang menemui idolanya, Adriena buat muka sambil mengetap bibir menahan diri dari ketawa atau tersengih seperti kambing. Nasib baik dia suka.Kalau tidak memang dia tolak!

               "Ya sudah..kalau itu yang awak nak...saya ikutkan je.."katanya dengan nada seakan tidak berminat. "Kalau saya tolak sekalipun awak akan paksa saya jugak"

                "Ahaha...comel je.."ketawa Tristan sebaik dengar. "Terima kasih Adriena"ucapnya kemudian.

                 Senang dengan kata-kata Tristan, Adriena balas pelukan itu sebelum mengusap belakang kepala Tristan. "Kasih diterima tuanku.." ucapnya dengan perlahan. Penuh di dadanya dengan perasaan berbunga dan hangat dek pujukan Tristan. Tak payah cakap banyak, direct terus beritahu!

                 Masa itu, Tristan jauhkan dirinya dari Adriena dan melonggarkan sedikit pelukan itu supaya dapat memandang wajah gadis itu semula. Sambil bawa tangan ke belakang tengkuk itu, dia berkata. "You mine now my queen.."katanya menyondongkan kepala ke kanan sedikit sesaat sebelum bibirnya menyentuh bibir Adriena.



Adriena tersenyum ketika memejamkan mata menerima kucupan itu. Nampaknya terpaksa la dia habiskan masanya dengan lelaki menjengkelkan ini seumur hidupnya! Sampai ke sudah la jawabnya!






~TAMAT~

37. The Lost CrownOù les histoires vivent. Découvrez maintenant