Tak Sedar

2.3K 213 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Beberapa saat kemudian, Tristan lepaskan bibir Adriena, perlahan-lahan menjauhkan kepalanya ke belakang. Sambil tu matanya tunduk memandang bibir itu. Nafasnya tertahan-tahan kerana cemas dan juga berdebar. Tangannya masih erat memeluk sekeliling pinggang Adriena.

Mata Adriena berkedip saat dia dongak memandang Tristan. Dalam keadaan terpinga-pinga. "Apa yang a-"soalnya tidak habis.

Tristan tunduk kembali mengucup bibir Adriena. Namun kali ini tidak kasar dan mengejut seperti tadi. Malah hanya perlahan dan lembut.

Tanpa dapat dikawal, Adriena turut memejamkan matanya kerana terkesan dengan sentuhan Tristan. Tangannya pula naik mencengkam kain lengan baju kemeja itu cuba mencari sokongan.

Knock!

Knock!

Tiba-tiba pintu diketuk.

Buatkan Adriena tersentak, dia membuka matanya lalu cuba hendak palingkan kepala ke pintu. Baru sedar apa yang dia perlu lakukan. Tetapi Tristan malah dorong dia undur ke belakang sehingga belakang badan Adriena bersandar di dinding dan mendalamkan kucupan mereka!

"Ada orang ke?"

"Entah rasanya aku macam dengar suara.."

Bicara suara lelaki dari balik pintu di luar bilik itu tidak lama kemudian.

"Hisy kau ni biar betul!"

"Ya..aku nampak tadi."

"Ah...jangan nak menakutkan aku.Dah la jom gerak... istana ni besar. Apa-apa je boleh nampak macam kau nampak tadi tu.."

"Aku tak tipu...serius aku dengar tadi.."

Adriena yang sedang bergelut hendak menolak Tristan dengar perbualan itu, Tetapi tidak dapat mengeluarkan suara langsung. Semakin dia bergelut semakin kuat dan erat Tristan mencengkam dia.

Selepas yakin yang pengawal tadi menjauh, cepat-cepat Tristan tolak dirinya dari Adriena. Dia mengundur sambil bawa tangan naik menekap bibir, dia kawal pernafasannya serta merta. Renungan marah terarah pada gadis di depannya.

"Apa masalah awak ni!?"deram Adriena dengan geram dalam keadaan mengah mencari Udara kerana tidak dapat bernafas gara-gara kucupan Tristan tadi. Suka hati betul!

"Kau masalahnya!Kau tak faham ke aku cakap jangan!Bahasa apa yang kau nak aku guna hah!Tahu tak apa yang kau hampir buat tadi!"hentak Tristan yang meledak marah. "Aku bawa kau ke sini untuk tolong aku teruskan hidup bukan pendekkan umur aku lagi!?" marahnya lagi dari balik ketapan gigi sambil tunding jari ke arah pintu yang tertutup rapat di sebelah mereka ketika itu.

Menikus terus Adriena bila melihat reaksi garang dan menakutkan Tristan. Bibirnya yang berdenyut dek kucupan Tristan ketap erat. Nafasnya di tahan lagi!Macam satu jenayah je dia bernafas dekat situ. Mana la dia tahu,kalau Tristan beritahu dia semuanya dari awal, tak adanya dia buat perangai tadi.

"Hisy!"Tristan kuat rambut depan yang menutupi dahi ke belakang sambil cekak pinggang sebelah tangan kerana kesal. Dia pandang pintu di depannya hendak tenangkan diri. "Dengar...aku pecah masuh ke istana ni sebab kedudukan aku sekarang dalam bahaya, kalau sesiapa tahu aku jejak kaki ke sini bertambah bahaya la nyawa aku nanti...Jadi tak boleh ada sesiapa pun yang tahu aku masuk ke sini ..kau faham?"jelasnya dengan nada perlahan sesaat kemudian.

Takut-takut Adriena kerling ke Tristan. Nak bercakap, takut nanti dia buka mulut, lelaki itu akan kiss dia lagi! "Kan elok kalau jelaskan dekat dia dari awal..ini tidak menonong pergi tanpa penjelasan lengkap kepada dia...memang tak la."detik hatinya dengan jengkel.

"Untuk dapatkan maklumat aku terpaksa pecah masuk ke sini...masalahnya sekarang aku perlukan orang lain untuk bantu aku dapatkan maklumat tu memandangkan tak ada sesiapa lagi yang aku boleh percayakan dalam akademi tu apatah lagi orang istana dan aku bukan penyamar. Aku memang putera mahkota."baru la Tristan pusing memandang Adriena. "Are you clear?

Adriena diam tidak membalas.

"Faham tidak!"ketap Tristan dengan garang sekali lagi.

Melompat terkejut Adriena. "Ya...dengar.." sambutnya dengan kalut.

"Dah sekarang ikut aku. Jangan banyak bunyi...kalau tak bibir kau tu aku gigit lagi!"tunjuk Tristan sambil cubit bibir Adriena kejengkelan.

Cepat-cepat Adriena tolak jari tu dari bibirnya kerana takut. "Apa ni!Ingat bibir saya ni apa?"

"Hah..menjawab...melawan..buat la!"ugut Tristan.

Adriena tekap mulutnya dengan tangan cepat-cepat sebelum menggeleng kepala. Tak berani dia!

Sambil buat muka menyampahnya, Tristan buka pintu lalu tinjau kawasan luar koridor itu sebelum capai tangan Adriena dan tarik bersama untuk meneruskan misinya. Tiada masa yang banyak untuk dibuangkan. Dia kena cari mahkota yang hilang itu supaya dapat rampas semula tempatnya dan yakin kepada semua orang kemalangan itu berlaku bukan kerana dirinya yang malang!

Iaitu pecah masuk kamar tidur lama diraja ayahanda dan bondanya yang sudah lama dia tidak pernah jejak kaki. Dia mahu dapatkan sesuatu di dalam bilik itu. Sesuatu yang mungkin boleh bantu dia ingat semula kisah silam dia yang hilang meninggalkan dia seperti mana ayahanda dan bonda dia tinggalkan dia dalam dunia ini kerana kemalangan itu.

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now