"Hahaha...kau sayang aku ke?" ketawa Adriena dengan comel. Dia tak faham tapi dia sukakan hadiah ni.

               "Mestilah aku sayang. Jadi...kau pakai rantai ni. Kita kawan sampai tua. Boleh?" Tristan berikan jari kelingking ke Adriena.

              Adriena pandang jari kelingking itu lalu kaitkan jarinya pada jari Tristan. "Okay. Kita kawan sampai tua. Tapi nanti kalau aku dah besar macam mama aku....lepas tu kahwin. Macam mana?Nak kena pulangkan ke rantai ni?"

              "Mana boleh macam tu..."

              "Eh...kenapa pulak?"

             "Yalah. Kan itu rantai aku. Kau pakai rantai tu. Maknanya kau pun aku punya la."

              "Ih...tak nak la. Ambik balik!"

      

         

Tristan baring sepanjang tembok batu itu sambil menggentel pendants yang tergantung pada loket dirajanya, Matanya terpejam, hujung kaki yang diletakkan atas lutut bergoyang perlahan seperti mengikut rentak.

Pemandangan petang dari atas menara itu ditemani dengan matahari mahu terbenam. Beberapa ekor burung masih berterbangan di langit. Suasana pula senyap kerana kebanyakannya kelas dan aktiviti kelab sudahpun tamat.

Kebanyakan pelajar berada di dorm mereka. Hanya Tristan sahaja yang mungkin masih berlegar di sekitar kawasan akademi itu.

Air pod terpasang dikedua-dua telinga. Khayal mendengar alunan muzik mozart yang berdendang di dalamnya sampaikan tidak sedar ada yang mendatanginya.

Perlahan-lahan kelibat bayang mulai memayungi Tristan dari atas. Tetapi lelaki itu masih lagi memejam mata.

Orang itu pun ikut tunduk membongkok ke bawah untuk menilik akan Tristan sama ada lelaki itu sedarkan diri atas tidak.

Wajah itu didekati sedikit demi sedikit sehingga la rambut panjang miliknya jatuh ke tepi muka sebelum menyentuh muka Tristan di hujungnya.

Masa itula Tristan baru terkutik. Dia berkerut-kerut kening bila terasa yang mengusik pipi dan keningnya. Ingatkan nyamuk ke apa, jadi dia pun angkat tangan hendak menggaru muka. Dah di garu, dia sambung semula khayalnya. Masih lagi memejam mata.

Tidak lama lepas tu, dia terasa ada yang aneh di atas muka. Rasa ingin tahu apakah ia, Tristan pun membuka matanya pula.

Pandang saja dia ke atas,

         "BAH!"sergah orang di atasnya tidak semena.

           Ingatkan terkejut ke apa, tapi tak. Tristan dengan tenang pandang wajah di atasnya itu dengan renungan bosan. "Kau lambat Adriena." keluhnya.

           "Alah...lambat sikit je itu pun nak berkira..."balas Adriena sambil menjuling mata menyampah. Dia kembali berdiri tegak. Masih memandang Tristan yang sedang baring.

Malas-malas, Tristan bangunkan dirinya dari tembok dan turunkan kakinya ke bawah menghadap Adriena. Sambil menggosok tengkuknya dia menguap.

             "Kau kena denda dengan Ronan hari ni?" soal Tristan sebelum turun dari tembok itu lalu berdiri melangit di hadapan Adriena.

            Adriena buat muka menyampah. Tahu tak apa! "Yalah...salah siapa kalau saya lambat jumpa awak...!"

            Tristan pandang Adriena. "Salah Ronan la sebab dia yang tahan kau sampai lewat petang macam ni...sampai ketiduran aku tunggu kau tau tak!"

               "Siapa suruh tunggu."

               "Hei...kalau orang bercakap tu tak melawan tak boleh eh?'

               "Dah awak yang mulakan. Kalau awak tak bawa saya mesti saya tak lewat masuk kelas...lepas tu Sir Winter takkan denda saya untuk salin ayat 20 muka surat!"

               "Salah kau la siapa suruh larikan diri dari aku...."

             Sedapnya la berkata. Adriena mencekak pinggang lalu dongak ke atas mahu memandang Tristan. Lelaki tu terlalu tinggi untuk dia tunjuk bos!! "Ihh...tak tahu malu. Dah salah tak sedar diri tu salah. Masih ada hati nak menyalahkan orang.."

Tristan perasan kaki Adriena yang ketika itu menjengket semata hendak sama eye  level dengan dia. Geram melihat hal itu, terus dia cubit hujung hidung tu lalu digoyangkan kepala itu kanan dan kiri dengan perlahan.

              "Ihh...tak tahu malu. Dah pendek tak sedar diri tu pendek. Ada hati nak marahkan orang..."ajuk Tristan pula sambil tu. Hujung bibirnya terjungkit sedikit mahu tersenyum.

Adriena memejam mata menahan sakit setelah hidungnya di cubit kuat.

              "Arghh!Apa ni!Sakit la!"Adriena menepis tangan Tristan jauh dari hidungnya. Tepi lengan tu di pukulnya.

               "Acah nak tunjuk bos dengan aku kan..ini makannya." Tristan lepaskan hidung Adriena lalu dirangkul bahu itu." Ikut aku. Ada kerja yang aku nak kau buat." ajaknya semasa palingkan kepala mereka ke satu arah.

                "Nak ke mana ni?"

                 "Pecah masuk Istana Utama." jawab Tristan dengan senyuman leret jahatnya.

               

37. The Lost CrownWhere stories live. Discover now