"Habis tu, dia tak cari ke si setan tu?"

"Dia dah suruh orang cari. Tapi dia tak jumpa. And dia cakap lagi, perempuan yang dia dah sakitkan itu, takde adik...Dia cakap mungkin yang culik kita tu, nama dia bukan Izz Rael."

Makin pelik, siapa sebenarnya Izz Rael ni? Siapa yang rogol kakak dia sebenarnya?

"Hm yang tu saya setuju. Orang macam dia, tak layak dapat nama dia Izz Rael. Patutnya, dia dapat nama Joker."

"Hahaha.. awak ni..."

*

Setelah Eleana memakirkan kereta Suzuki Swift nya di tempat parkir kawasan gym, dia terserempak dengan trainernya yang juga baru sudah keluar dari keretanya yang dipakir disebelah keretanya.

"Assalamualaikum encik." Tegur Eleana sambil senyum nipis.

Zhafri yang melihatnya tidak menjawab salam malah hanya menonong pergi.

Eh sombongnya. Aduh, kenapa la dapat trainer yang perangai macam ni.. sabar Eleana.. lagi 3 bulan, kita chow.

*

"Okay, nama boxing kit ni, Focus Pad. Function dia ialah untuk kau tumbuk guna glove tu. Faham?"

Zhafri mula memakai focus pad pada tangannya untuk menjadi punching pad bagi Eleana.

"Faham."

"Okay, hit."

Eleana membuka gerakannya.

"Tangan tu kedudukan dia macam mana? Paras dada kan. Bukan paras muka. Tu, kaki tu bukak sikit. Macam mana kau nak seimbang kan badan kalau kau kepit kaki macam tu? Berapa kali aku nak kena ajar ni.." Marah Zhafri kerana dia perhatikan trainee dia ini seperti susah untuk faham.

Pelajar universiti, tapi skill, fail. Oh lupa.. belajar engineering. Mana nak reti tumbuk orang ni. Tiba-tiba fikiran jahat Zhafri mengutuk orang yang belajar di fakulti tersebut. Padahal, dia dulu pun pernah ambil course itu jugak dahulu.

"Sorry encik."

"I don’t need your sorry. Kat sini, sorry kau tu tak berguna pun. Kau hanya perlu buat apa yang aku suruh dan buat betul-betul. Jangan lembik sangat. Faham?!"

Anggukan lemah Eleana berikan. 

“Mana suara kau? Dah bisu ke?”

Bibir Eleana juihkan – seperti ingin menangis sahaja mukanya. “Faham encik..” Tumbukannya disambung.

"Harder!"

Punch.

"Harder Eleana!"

Punch.

"Apasal kau ni lembik sangat huh?" Zhafri meletakkan tangannya ke bawah.

"Hm tapi encik, saya dah sehabis tenaga dah tumbuk tadi."

"Aku dah cakap, tenaga tangan kau ni, tak cukup kuat nak tumbuk pihak lawan. Sebab tu aku selalu suruh kau buat warm up, pumping, plank, squat semua tu. Kau ingat aku saja-saja je ke nak suruh kau buat? Huh?"

Eleana memuncungkan bibirnya.

"Sorry encik." Itu sahaja dia mampu cakap walaupun sudah ditegah tadi.

"Tu, kau tengok Farah. Tumbukan dia, padu tak? Sampai terkebelakang trainer dia. Dia perempuan ke lelaki?"

"Hmm.. perempuan.."

"Kau pun perempuan ke lelaki?"

"Perempuan jugak.." malas-malas Eleana membalas.

"So, boleh tak buat macam Farah tu?"

"Tapi diakan dah lama training?"

"Eh kau ni, banyak menjawab kan. Dahla kau belajar la sorang-sorang. Tumbuk sorang-sorang." Zhafri mencampak focus pad pada tangannya ke bawah dan terus pergi dari situ.

Izz RaelWhere stories live. Discover now