18 I G H T E E N

476 62 10
                                    

"Aku lepaskan kau, tapi dengan satu syarat, kau... Perlu.. diam and stay where you at. Promise?"

Soal Zhafri tiada perasaan dan membuatkan Eleana hanya mengangguk lemah.

Zhafri melepaskan Eleana.

Namun Eleana malah mengambil peluang ini melarikan diri tetapi Zhafri lebih pantas merentap kedua pergelangan tangannya dan di bawa ke dinding bagi mengunci pergerakan Eleana.

“You must not have learned anything from me, right? Dari dulu lagi tak nak dengar cakap aku."

"Sakitla Izz Rael. Awak nak apa lagi ni?" 

Mendengar namanya disebut oleh bibir manis perempuan itu menyebabkan Zhafri menguraikan senyum sinis - yang pasti tidak akan terlihat oleh Eleana.

"Still remember me, huh?"

"Of course. You. Came into my life. Just to give me a nightmare. Apa lagi yang awak nak dari saya ni?"

"Kau tipu aku."

"Tipu apa? Saya tak pernah tipu siapa-siapa lah!"

"Kau cakap, kau dengan abang kau, are not in a good term. Tapi.. apa yang aku nampak tadi sebaliknya."

Eleana kelu. Ya, dia perlu mengaku. Itu merupakan strategi abangnya untuk tidak mengaku bahawa mereka menyayangi antara satu sama lain, agar pihak musuh tidak boleh menyakitinya.

Namun dia silap. Izz Rael musuh yang terlalu bijak.

"Now, tell me the truth."

"Kami baru sahaja berbaik."

"Kau cakap kau tak pernah menipu. But you are lying to me." Tanpa sedar, Zhafri makin menguatkan cengkaman pada pergelangan tangannya.

"Au sakitlah.. lepas boleh tak? Kita boleh cakap elok-elok kan."

"Answer me!" Naik satu oktah suara Zhafri menyebabkan Eleana terkejut.

"Kenapa? Kalau awak tahu yang abang saya sayang saya, awak nak dera saya lagi ke?"

"Kau-"

Zhafri mengetap rahangnya mendengarkan soalan itu pula yang diajukan pada dia.

"Kau cabar aku ke hah perempuan?"

"Tak perlu nak rasa tercabar lah encik. Be a man and meet your real competitor. Buat apa encik nak lawan dengan orang yang lemah macam saya?!" Makin galak Eleana membidas kata-kata lelaki di hadapannya - bagai terlupa pula yang lelaki ini pernah menyiksanya dahulu.

Zhafri menghembus nafasnya kasar. Makin didengar, makin panas pula hatinya. Sudah lama tidak makan penamparnya barangkali.

"Kau lemah ke? Hm? Aku tengok kau ni-"

"TOLONGG-"

Belum sempat Zhafri memberi kata, Eleana terus menjerit dan Zhafri pantas menutup mulutnya yang becok itu.

"Kau ni!"

Zhafri memicingkan matanya kegeraman. Dia perhati keadaan sekeliling namun mujur sahaja, parking lot ini lengang kerana disini kebanyakannya merupakan parking lot untuk executive position sahaja. Guard? Dia dah suruh anak buahnya settle kan.

"Diam lah perempuan! Sekali lagi kau jerit aku tak teragak-agak nak buat sesuatu dekat kau." Dan Zhafri melepaskan tangannya pada mulut itu.

"Awak nak buat apa? Hm? Tak puas lagi ke haritu awak tampar saya, cekik leher saya hah? Dahla Izz Rael.. just let me go sebelum saya report polis."

"Huh?"

"Report polis?"

Zhafri menggeleng sinis.

"Aku nak ingatkan kau. The moment kau pergi report polis, aku dah hantar anak buah aku, pergi pecahkan kepala mak kau. Dan mungkin bapak kau sekali. Biar diaorang sampai ke syurga terus."

Izz RaelWhere stories live. Discover now