💔

"5, 6, 7.."

"Aaaaa." Eleana mengerang lenguh.

"..hold.. hold dulu."

"Cepat encik, saya dah tak tahan ni." Kaki Eleana rasakan sudah terketar.

"8."

"Hah." Eleana terus duduk atas lantai mengurut pehanya yang lenguh.

Setelah Eleana warm up dengan pelbagai position yang pelik-pelik disuruh oleh Encik Zhafri, kini plank sambil mengangkat sebelah kaki, lebih dari 10 kali telah dilakukannya sehingga kakinya terasa sangat lenguh dan penat. Sudahlah kira tu lambat-lambat. Nak sampai number 8 perlu hold dulu grrrr.

Tak pasal-pasal mata lelaki ni dapat tengok benda pelik-pelik petang ni hish!

"Sekarang buat pumping, cepat."

"Haa? Kan tadi dah buat encik."

"Kena buat lagi sebab otot kaki dengan tangan kau tu tak kuat lagi. Macam mana kau nak bertumbuk kalau tangan kau tu lembik?"

"Tapi trainee yang lain tadi terus sparring je?" Bantah Eleana yang masih lagi kepenatan. Bertumbuknya belum lagi, tapi dah penat macam baru lepas merentas desa.

"Kau melawan eh?" Mata Zhafri tajam merenung traineenya yang kerjanya hanya menjawab sahaja.

"Diaorang terus sparring sebab tangan diaorang tu dah kuat. Bukan macam tangan kau tu, lembik."

"Macam mana encik tahu yang tangan saya ni lembik? Encik belum rasa lagi tau tumbukan dari saya." Ujar Eleana bersungguh sambil menunjukkan penumbuknya yang sebesar bawang holland itu.

Zhafri hanya melihat penumbuk itu berselang seli dengan wajah yang nampak bersemangat waja itu. Dia kemudian tersenyum sinis.

"Try lah tumbuk muka aku." Cabar Zhafri.

"Tak nak. Saya nak tumbuk punching bag. Tak nak tumbuk encik."

"Kau ni dari tadi melawan!" Marah Zhafri. Seingat dia, time dia culik perempuan ni dulu, dia tak adalah melawan selalu.

Huh, melawanlah selagi boleh Eleana. Kau belum rasa lagi siksaan dari aku.

"Okay, kau nak sparring kan tadi. Jom, kita ke sangkar terus." Ajak Zhafri yang sedang bergerak ke sangkar perlawanan.

"Eh encik Zhafri.. taknak taknak.. encik tak ajar saya apa-apa lagi tentang tinju ni. Mana saya tahu apa-apa." Eleana sudah ketakutan.

"Tak apa. Aku nak tengok skill apa kau ada."

"Haaa taknak.. saya tak ada skill apa-apa encik...." Eleana bagai ingin menangis.

"Huh. Nak sparring pun dah nak nangis. Baik tak payah masuklah kelas boxing. Balik kampung tanam jagung jelah. Nah pakai glove ni." Glove boxing dilempar pada Eleana.

Eleana mengambil glove tersebut dan menyahut cabaran mamat berlagak tu.

Apalah yang berlagak sangat trainer aku ni?????

Mereka berdua sama-sama masuk ke dalam sangkar itu.

Zhafri telah bersedia dengan posisinya namun perempuan itu hanya mematung sahaja. 

Dia tidak tahu macam mana nak bertinju? Takpe, biar aku ajar kau bagaimana bertinju dari aku, ‘Izz Rael.’

Muka yang putih kemerahan itu ditenung dengan marah. Wajah yang masih sempurna itu masih lagi tidak mampu dia toreh.

Masih teringat peristiwa seminggu lepas, kakaknya meroyan lagi dengan cuba untuk menoreh muka kerana benci tengok wajah sendiri yang berparut. Sakitnya hati aku ni sebagai seorang adik bila tengok kakak aku yang dulu ada masa depan cerah seperti orang lain, tapi disebabkan perangai setan abang kau... Huh…

Izz RaelWhere stories live. Discover now