"Sorry... Saya....tak faham.." Ujar Eleana sambil memainkan jarinya sendiri.

"Maksud aku, aku taknak kau report polis. Kalau kau-"

"Ohhh, cakaplah tak nak saya report polis. Ni tadi awak cakap-"

Zhafri sudah memberikan pandangan mautnya kepada Eleana.

".....okay okay, sorry sorry. Sambunglah awak cakap tadi." Eleana menggaru dagunya sambil tersenyum janggal.

Perempuan yang banyak cakap itu ditenung dengan pandangan mahu diterkam. Rahangnya diketap kuat.

"Once again you make a noise, I'll hit you with my lips." Zhafri menahan geramnya.

Liur yang terasa berpasir ditelan Eleana setelah menerima ugutan itu seraya menutup mulutnya dengan tangan.

"Kalau aku tahu kau report polis, kepala mak kau pecah."

"Tapi kenap-"

"Diam!"

"Request aku simple. Jangan report polis. Kalau kau report jugak, straight away, aku akan suruh orang bawahan aku tembak mak kau. Aku tak kisah masuk penjara. Aku ada duit, aku boleh bayar peguam."

Kini depan mata Zhafri hanya ada mata yang kesedihan memandangnya.

"Kau faham tak?"

Eleana mengangguk lemah.

"I can't hear you."

"Fa..faham...."

"Second warning, aku dah lepaskan kau, tak bermakna kau boleh kurang ajar dengan aku. Kau patut respect aku. Aku ni lagi tua dari kau. Lagi terhormat dari kau. Faham tak?"

"Faham.."

"Faham apa?"

"Faham awak.."

"Awak?! Kau ni-"

"Eh sorry sorry.. ya faham, Tuan Izz Rael."

"Good. And this is last warning dari aku. I don't want you to appear in front of me any longer. Kalau muncul lagi depan aku lepas ni, macam hari tu, aku anggap kau betul-betul serah diri kau pada aku. Kau faham tak?"

"Tuan, maaf mencelah.. tapi saya rasa, kalau kita terserempak, saya tak akan kenal tuan sebab saya tak tahu muka tuan macam mana."

Kau akan kenal mata aku. - Zhafri

Eleana menelan liurnya setelah melihat mata coklat gelap itu tajam menembus ke dalam anak matanya - walaupun di tutupi oleh cap hitam yang dipakai.

"Kalau aku jumpa kau sekali lagi, aku akan pastikan time tu, kau dah tak nampak sisi baik aku. Persiapkanlah diri kau. Jangan nak lembik sangat."

Eleana tak mampu memandang lagi setelah mendengarkan amaran yang ketiga ini begitu menakutkan dirinya..

"Did i make myself clear?"

"Yes.."

"I can't hear you."

"Yes, sir."

Zhafri bangun lalu keluar dari bilik itu sebelum sempat berpesan.

"Pukul 2 turun bawah. Kita gerak."

💔💔💔

Eleana telah berada dalam kereta Range Rover milik Zhafri.

Kereta itu dipandu sendiri oleh Zhafri tanpa ditemani driver nya. Eleana yang berada di sebelahnya hanya diam merenung ke arah luar tingkap sambil mendengar lagu di radio.

Tapi malangnya, tak nampak apa pun sebab matanya ditutup dengan penutup mata.

Teringat pula akan amaran dari lelaki berwajah tiada itu,

Izz RaelWhere stories live. Discover now