"Eh tanya aku sape pulak. Kau tu yang call aku, pastu tan-"

Panggilan dimatikan Zhafri. Malas nak dengar lelaki itu membebel panjang-panjang. 

Salah dia.

Sebab salah tengok number. Dia tertengok number Zariff pula, adik si Helmi. Huh, celaka tu memang mulut macam hanet sikit. Tak macam abang dia.

"Salah number tadi. Ni number abang kau yang betul.." Phone diberikan, sekali lagi Eleana yang terkebil-kebil.

Mungkin terkejut barangkali aku suruh call abang dia pagi-pagi. Ataupun terkejut baru lepas kena maki tadi.

Tet tet.

Tet tet.

Ringing berbunyi.

Eleana hampir menutup panggilan itu namun akhirnya, panggilan itu dijawab.

Tiada suara yang kedengaran.

"Hello assalamualaikum abang. Ni Eleana.."

Zhafri merenung sahaja perempuan tu bercakap.. Hati kerasnya.. tidak lepas juga untuk merasakan sesuatu saat mendengar sopannya cara perempuan itu bercakap dengan abangnya.

Kalaulah aku ada seorang adik perempuan yang lemah lembut dan lembik macam ni, aku akan jaga elok-elok. Tapi si Farouk ni... sungguh abang yang tak berguna.

"Hello, abang..?"

Masih tiada jawapan.

"Abang, tolong Yana abang.. Yana kena culik."

Tet.

Panggilan ditutup. Dan paling dia terkejut, Farouq yang menutup panggilan tersebut.

"Abang...?" Eleana melihat phone itu dan memberikan semula kepadanya.

Macam pelik je.. 

Adik dia cakap dia kena culik, tapi dia boleh tutup panggilan pula. Mesti ada permainan si Farouq nak bermain dengan dia ni.

Number penyiasat upahan dicari. Ada tugas baharu yang akan diberi kepada penyiasat tersebut.

Tanpa Zhafri sedar, tangan Eleana cuba untuk membuka mask hitam yang dipakai olehnya dan sesaat kemudian Zhafri perasan.

Dengan segera tangan kecil tu direntap oleh Zhafri.

"Auu!"

"Apa yang kau cuba buat hah perempuan?"

Perempuan tu menggeleng-geleng kepalanya.

"Kau nak tengok sangat ke muka aku?" Tangan kecil itu masih digenggam olehnya dan kakinya pergi ke laci - mencari pisau lipat yang di simpan dalam itu.

"Orang bawahan aku pun tak pernah tengok muka aku. Kau siapa nak tengok muka aku, hm?"

"No... Saya tak sengaja." Wajah Eleana yang kelihatan takut itu membuatkan dia makin seronok untuk menyeksa lagi.

Pisau itu dimain-main ditangannya.

"Kau tahu, kau dah buat salah besar dengan aku.” Matanya tajam mengesan riaksi perempuan itu dan itu membuatkan dia tersenyum sinis.

"Auu! Let me go! Tolonggg-" Jerit Eleana.

“Syhh, diam!!”

Eleana cuba menarik tangannya kembali.

“I think, tangan gatal kau ni perlukan sedikit hukuman dari aku. Dan ni pengajaran untuk kau, jangan terlampau berani dengan aku.” Jemari Eleana yang terketar-ketar kesejukan itu dipegang erat.

Izz RaelWhere stories live. Discover now