Mask hitam yang berada dibawa dagunya diangkat menutup separuh muka. Dan kakinya laju melangkah keluar dari bilik tersebut setelah melihat CCTV dimana keberadaan perempuan tersebut. 

Dan apabila si mangsa sudah dijumpai, terus tangannya cekap menuang sedikit cecair itu ke atas kain dan tanpa menunggu lama, tangannya pantas menekup mulut tersebut.

Setelah beberapa saat bergelut dan meronta, badan Eleana terkulai juga.

****

Apabila merasakan wajahnya seperti kebasahan kerana terkena percikan air, Eleana terbangun dari lenanya yang tiba-tiba. Sedar-sedar sahaja, tangan dan kakinya terasa diikat ketat dan juga matanya gelap bagai diikat dengan satu kain.

"Akak!!! Tolong!!!! Akak pembantu rumah!!" Jerit Eleana memanggil orang gaji di rumah itu.

Sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya tiada siapa yang menolongnya kini. Dan apa yang lagi menakutkannya sekarang, sepanjang dia diculik, belum pernah sekali pun lelaki itu menutup matanya. 

Semuanya nampak gelap kini, dia takut...

“Akak...tolong saya akak... Saya takut... ”

"Woi. Diam."

Seketika, terdengar suara lelaki seperti berada tidak jauh di hadapannya.

"Tu-tuan Izz Rael. Kenapa tiba-tiba ikat saya ni?"

Dan... Huh. Macam biasa. Panggilan 'tuan' akan meniti dari bibir itu hanya ketika dia rasa dia perlukan simpati aku.

"Kau lupa ke perjanjian kita sebelum ni?"

"Perjanjian apa?" Eleana terkial-kial bangun untuk duduk dari baringnya. Dia berasa khuatir akan keadaan pakaian dan tudungnya kini - ditakuti auratnya yang dijaga rapi terdedah.

"Kau jangan nak buat-buat lupa lah budak. Aku tak pernah main-main dengan kata-kata aku."

"Apa ni? Janji apa? Mana ada saya janji apa-apa?"

"Huh kau ni." Kedengaran ketawa sinis dari Zhafri.

"Banyak kali aku cakap, jangan cuba nak lari. Tadi tu kau cuba nak lari jugak kenapa? Kau jangan ingat kau boleh lepas eh. Aku tak bodoh nak lupa apa yang dah aku kata."

"Tapi saya tak lari."

"Kau tak lari? Tapi kau cuba nak call orang untuk selamatkan kau? Macam tu? Siapa suruh kau keluar dari bilik kau? Huh? Siap tahu password pintu bilik lagi. "

".....saya..sa-saya..." Ketakutan menyapa dirinya waktu ini. Teringat lagi kata-kata lelaki itu yang dia akan merogolnya kalau dia langgar arahan.

"Saya apa?!" Naik suara Zhafri membuatkan Eleana tersentak perlahan.

Eleana tak berkata apa. Ingin menegakkan dirinya sekarang ni ibaratkan mencurahkan minyak ke atas bara api. Namun, dia perlu bijak supaya dapat mengelak sesuatu yang buruk daripada terjadi.

“Saya nak call mak saya sebab saya rindu dia.”

“Oh ye ke? Rindu mak...? Huh. Pergi mampos dengan rindu kau.”

Bunyi tapak kaki mendekatinya kedengaran.

"Aah!"

Terjerit kekejutan Eleana kerana tiba-tiba terasa bahunya ditolak kasar menyebabkan dia terbaring diatas katil itu.

Terasa seperti lelaki itu sedang menyelak tudung yang dipakai.

"Encik apa yang encik buat ni? Tolong jangan apa-apakan saya."

Dibiarkan sahaja kata-kata itu dibawa angin lalu. Mask hitam dan capnya ditanggalkan lalu diletak atas meja katil tersebut.

Zhafri menyelak rambutnya kebelakang sambil mata helangnya meratah tubuh itu dari atas sampai bawah.

Izz RaelWhere stories live. Discover now