"Cuba awak bayangkan, kalau girlfriend awak kena culik-"

"Apa kau cakap?"

"Saya cakap, cuba...." Eleana mengeluh....

"Saya tak ada niat pun nak buat awak marah.. saya just nak suruh awak faham, ketakutan yang saya rasa selama awak culik saya ni.."

"....awak mesti taknak kan girlfriend awak kena culik. Nak-nak yang culik tu, abang say-"

"Kau cakap sekali lagi." Zhafri mengcengkam kuat dagu Eleana menyebabkan dia memejam rapat matanya dua saat.

"Saya just suruh awak bayangkan. Kalau ada orang sakitkan girlfriend awak, macam awak sakitkan saya.."

"....sakit tau tak.. setiap kali awak tampar saya, cekik leher saya.. awak ingat tak sakit ke?"

Zhafri kemudian melepaskan cengkaman itu..

Mata Eleana menikam tepat anak mata tajam Zhafri yang lagi melihatnya kini. Walaupun tersorok disebalik cap hitam, namun dia masih nampak anak mata coklat gelap itu.

"Can you just, please Tuan Izz Rael.... Let me go, and meet your real competitor. Yang sama level dengan awak.."

"Kau suruh aku bayangkan, dia culik girlfriend aku?... Huh.. kau buat lawak ke perempuan?"

"....abang kau tu... Pernah culik kakak aku.. dan toreh pipi kakak aku sampai berparut hingga sekarang. Trauma dia pun belum hilang lagi.."

"...and kau rasa, kakak aku tu, sama level ke dengan abang kau?"

Eleana yang mendengar menelan liurnya.. air matanya bergenang saat mata lelaki itu memandang wajahnya - dengan mata yang bergetar.

"...sekarang ni, ada hati kau nak suruh aku bayangkan... Girlfriend aku kena culik..?" Tangan Zhafri naik... tapi dia tak tahu di mana mahu letak tangan itu kerana dia tidak mahu menyakiti lagi pemilik mata yang lagi bergenang itu..

"I am... I'm so sorry.... Saya....."

Zhafri memandang ke tempat lain.. rasa sebak dirinya bila memikirkan kakaknya yang sudah hampir 6 tahun lebih ulang-alik dari hospital bagi mendapatkan rawatan traumanya itu.

Namun dia kini.... Masih tak mampu untuk menoreh muka cantik itu dengan pisau... Tidak tahu kenapa... Hatinya, tidak sanggup..

"....saya minta maaf Tuan Izz Rael.. saya tak tahu-"

Dan Zhafri terus berlalu keluar dari bilik itu, tanpa mendengar kata-kata dari Eleana...

💔💔💔

Keayuan wajah itu.

Lembut suaranya.

Sopan tingkah lakunya.

Jernih air mata yang membasahi pipi itu..

Tapi kenapa kau kena jadi adik si setan tu Eleana...

Zhafri meraup muka sendiri. Entah kenapa, dalam kepala otaknya, sudah tiada suara dan nama Melisa...

Yang ada cuma.. rayuan dan suara lembut dari perempuan itu.. - adik kepada celaka Farouq...

Kuat betul aura perempuan tu.. sampai mana-mana aku pergi, wajah itu, suara lembut tu... Ada di mana-mana...

Macam mana aku nak balas dendam dengan kau ni Farouq? Kalau adik kau begitu lembut dengan aku....

Ajari aku... macam mana kau buat dekat kakak aku.. macam mana kau boleh jadi begitu kejam menoreh muka perempuan yang tak bersalah...

Zhafri lagi sekali meraup rambutnya. Serabut memikirkan dendamnya - yang perlu menyakiti perempuan lemah..

Handphonenya ditilik. Video dia merakam Eleana tempoh hari dilihat..

Wajah perempuan tu...nampak derita dan ketakutan.. tapi kenapa hati aku kini tak rasa puas?

"I can't hear you baby." 

Dan Zhafri perasan, setelah dia berkata begitu, muka perempuan tu merah-merah - dan bertukar riak.

Takkanlah aku panggil baby pun dah blushing.

Pang!

Dia melihat lagi, tangannya sendiri menampar pipi perempuan tu..

Dan dia terus menutup video tu. 

Entah kenapa.. dia rasakan, bukan dirinya yang menampar pipi perempuan tu. Sebab selama ni, dia mengajar dirinya supaya tidak memukul perempuan..

Jadi, Eleana perempuan pertama yang menjadi mangsanya..

Video itu kemudian dihantar kepada Farouq menggunakan telefon burner nya.

Dan kebanyakannya terus dibuang dan ditoreh cip simkad itu setelah selesai membuat tugasan tertentu..

Serabut memikirkan hal yang sepatutnya tidak menjadi masalah kepadanya kini.. tuala diambil dan shower room dimasukinya.

×

Zhafri perasan, phonenya berkelip menandakan ada notification masuk.

Farouq membalas mesejnya tadi.

Farouq

-hey man.. u r too harsh on her
-she still a girl what
-tk gentle ar kau ni
-just rape her already
-and don't forget to record
-and send it to me
-aku nak tengok skill kau, padu tk padu

Dan setelah membaca balasan itu membuatkan Zhafri mengetapkan rahangnya.

Bullshit.

Dan bermacam sumpah seranah yang keluar dari mulut Zhafri kerana tak sangka yang Farouq membalas sebegitu rupa..

'just rape her already' ...?

Kau suruh aku rogol adik kau? Kau cabar aku ke setan?

Kau salah orang kalau nak cabar ni..

Langkah kakinya laju menuju ke bilik Eleana dan terus mencampakkan handphone itu ke arah Eleana yang bertelekung sembahyang lagi berzikir di atas sejadah itu.

"Astarghfirullah hal azim.. kenapa ni awak..?"

Zhafri agak terkejut dan terhenti kata-katanya setelah melihat Eleana berada dalam keadaan begitu.

Marahnya jadi lentur tiba-tiba. Setiap kali dia masuk ke dalam bilik ini, pasti sahaja perempuan itu sedang berteleku atas tikar sejadah.

"Kau baca apa yang abang kau tulis tu."

Eleana mengambil phone yang dicampak kepada dirinya tadi dan dibaca isi mesej tersebut.

"Astarghfirullah hal azim.." tangan kanannya menutup mulut dan matanya bergetar hebat membaca apa yang ditulis abangnya itu.

Dia tahu, abangnya tidak menyayangi dirinya, tapi terkejut bukan kepalang dia membaca ayat terakhir abangnya..

'just rape her already'

"Abang saya.. suruh awak .."

Eleana menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.. menghamburkan kekecewaan pada orang yang satu-satunya boleh melindunginya daripada orang jahat.

"Saya tak sangka.. abang saya sanggup...." Eleana menggeleng-gelengkan kepalanya - kesal.

Zhafri mendekati ke arah Eleana.

"Please... jangan apa-apakan saya, Tuan.." Berharap yang, rayuannya didengari oleh lelaki itu.

Zhafri duduk di hadapan Eleana yang bertelekung sembahyang dan lagi ketakutan.

I won't rape you Eleana.. aku tak bodoh nak rogol orang yang tengah berada paling dekat dengan tuhan dia.

"Kesian dekat kau. Malang sungguh nasib dapat abang macam setan tu." Zhafri merampas phone yang berada di tangan perempuan itu, lalu keluar dari biliknya.

💔

TBC 😘

Izz RaelWhere stories live. Discover now