Teringat pula ayat pertama yang keluar dari bibir munggil perempuan tu, 'saya nak solat.' Sedangkan, aku tengah culik dia time tu.

Tf?

Benci pulak aku tengok perempuan acah alim macam tu. Entah-entah sebelum ni, memang tak solat langsung. Kena culik baru nak acah solat konon depan aku.

"Lepastu Zhaf, aku ingat lagi time dekat cafe hari tu, kitaorang sembang-sembanglah sekejap en, aku saja je nak tengok dia perempuan macam mana."

"Time dia makan hari tu, aku tenung je muka dia.. dari awal dia makan, sampai habis aku tenung. Nasib baik bini aku tak nampak haha."

"Pastu?"

"Pastu bro apa lagi, muka dia. Huh, blushing bai. Gentle aku tak tipu."

Zhafri yang dengar mengerutkan dahi teringatkan sesuatu.

"...lepas dia perasan aku yang hensem ni tenung dia tak sudah, dia terus tak habis makan, nak cepat-cepat blah."

Helmi masih belum habis ceritanya namun, kepala Zhafri kini melayang-layang flashback kan sesuatu.

Teringat betapa merahnya pipi perempuan tu time aku suap.

Aku tengah culik dia kot, bodoh apa dia nak blushing time tu?

"...tapi gentle weh. Dia sumpah memang nampak macam gadis melayu terakhir. Dahlah cantik. Cantik lagi dari Mel-"

"Kau cakap apa?" Cepat sahaja Zhafri menjeling.

Dum!

Tiba-tiba Zhafri menumbuk mejanya kuat. Helmi yang terkejut melihat Zhafri tiba-tiba marah ni jadi terpinga-pinga pula.

"Kau cakap muka betina tu cantik? Huh?"

Masih teringat segar dalam kepala otak, kakaknya, Adira yang lagi trauma kerana diculik dan didera oleh setan tu. Setelah mendapatkan kakaknya kembali, terkejut besar dia apabila ada luka panjang di pipi belah kanan dek perbuatan syaitan Farouq.

"Kau tahu, muka kakak aku sampai sekarang ada parut panjang dekat pipi dia. Dan tu disebabkan tangan si setan Farouq tu." Lagi sekali, Zhafri menumbuk mejanya kuat.

"Dan betina yang kau puji tadi tu, adik si setan tu kau tau tak."

Helmi yang mendengar hanya mengangguk lemah. Takut dia kalau Zhafri bertindak bukan-bukan.

"Sekali lagi kau puji betina tu depan aku, kau tengoklah apa jadi dekat muka kau."

"Err sorry weh. Aku.. lupa pulak dengan apa yang jadi dengan Adira.. tapi, kan kes tu pihak polis dah tutup?"

"Bagi aku.. kes tu tak pernah tutup. Trauma kakak aku pun tak hilang lagi, tapi keluarga si setan tu, boleh bersenang-lenang je macam tak ada masalah.. Tak rasa bersalah langsung."

"Kau tak nak bukak balik ke kes tu?"

"Tak guna dah Hel... Aku tak tahulah, undang-undang Malaysia ni lemah, atau pun diaorang dah kena suap dengan si Farouq tu.."

"Tak pun Zhafri.. aku rasa mungkin sebab dia upah 7 orang peguam terbaik dalam negara ni.. sebab tu dia boleh lepas macam tu je.."

"Aku tahu.. sebab tu, aku taknak bukak kes tu. Buang masa dan tenaga aku. Hutang darah dibayar darah. Muka kakak aku dah teruk dia toreh sampai trauma, sekarang... Muka adik dia pulak bakal jadi mangsa.."

"Tapi, Farouq tau tak yang kau ni adik Adira?"

"Tak.. dia tak tahu. Dia tak kenal pun aku siapa."

Helmi yang terangguk-angguk mendengar berasa kasihan pula. Kasihan dekat Adira, kasihan dekat adik Farouq... Dan.. kasihan dekat Zhafri juga.. takut nanti, dia yang akan terluka juga.

"Dah kau ni, buat apa lagi melepet dekat sini? Cerita dah habis bro. Aku rasa, baik kau gi sambung boxing dari kau duk melepak kat sini."

"Ooo, menghalau eh. Kau ingat sikit, gaji kau tu, bapak saudara aku yang bayar. Jangan nak berlagak sangat." Dan bapak saudara Helmi ialah, bapak si Zhafri jugak.

Hmm, Zhafri hanya membuat muka. Dah biasa sangat dengan kata-kata tu, kalau dia dihalau.

"Hah lagi satu aku nak pesan."

"Tsk apa lagi Hel? Serabutlah kau ni."

"Kau hati-hati sikit dengan perempuan tu."

"Asal? Aku tak pernah takut dengan siapa-siapa."

"Aku tak cakap pasal kau. Aku cakap pasal hati kau tu. Takut terjatuh-"

Belum sempat Helmi menghabiskan katanya, dia cepat-cepat lari apabila melihatkan jelingan maut mata Zhafri yang mengerikan.

Izz RaelWhere stories live. Discover now