16 : BILA CINTA TERSILAP ALAMAT

120 30 23
                                    


Petang itu mood Jeff kurang baik. Sampai saja ke rumah dari ofis Jeff terus terjelepuk atas sofa. Ketika itu dua rakan serumah tidak ada di rumah.

Tadi di ofis Jeff berperang dengan seorang Datuk yang kecewa tak dapat projek kantin baru ofis kami. Dia ingat dia Datuk hebat sangat? Procedure is procedure, hang Datuk ke Tan Sri ke apa aku peduli?

"Kring..kring".

Ah, telefon ni pun satu. Orang nak bebaskan minda dari serabut kerja, dia dok menjerit pula.

Jeff capai henset. Meneliti nombor telefon. Tiga angka di belakang nombor itu sangat cantik - 777. Tapi Jeff tak kenal pun nombor itu. Lalu panggilan dimatikan.

Jeff pejam mata sambil bersandar atas sofa. Tapi minda masih teringat pergaduhan dengan Datuk Sani tadi. Entah mengapa asyik muka tempoyak berkepala botak berperut boroi tu je yang ganggu minda Jeff petang itu.

"Kring..kring..". Eh, binatang ni bunyi lagi. Sapa pulak telefon?

Nombor henset diteliti. Nombor yang tak dikenali dengan angka belakang 777 itu lagi! Mesti kes salah alamat ni!

Jeff angkat telefon. Minda terbayang muka Datuk Sani.

"Ehh..Ros, awat hang tak angkat call aku tadi?" suara halus bergema di hujung telefon. Perempuan rupanya yang buat panggilan!

"Ros sibuklah. Awat call Ros?" tiba-tiba timbul idea Jeff untuk bermain-main dengan perempuan itu.

"Sapa ni?" tanya perempuan itu.

"Ros ni..kenapa call Ros?" jawab Jeff sambil ketawa kecil.

"Sorry..wrong number kot. Tapi awat awak mengaku jadi Ros pulak. Awak kenai Ros ka?"

"Tak kenai pun"

"Habis tadi awak kata awak Ros? Nak main-mainkan saya ka?". Suara perempuan itu bergetar sikit. Tahan marah kot!

"Saya minta maaf. Saja nak buat lawak. Hiburan petang Rabu.."

"Tak lawak pun. Awak ni sapa?"

"Awak yang telefon saya ni pula sapa? Kenapa telefon saya?"

"Saya nak cakap dengan Ros. Tak tau macam mana tersilap nombor pula. Any way...I'm so sorry. Assalamualaikum."

Perempuan itu meletak telefon. Jeff pula masuk bilik. Tiba-tiba rasa mengantuk pula.

Esoknya ketika di ofis, telefon Jeff berdering. Dan nombor telefon perempuan kelmarin menjelma di skrin telefon. Nombor yang berakhir dengan angka cantik - 777.

Eh..nak apa lagi budak perempuan ni, kata Jeff.

"Hello.." Jeff cuba bercakap selunak mungkin. Bercakap dengan perempuan la katakan..kena la acah-acah bersuara budiman.

"Hello..eh, awak yang kemarin tu ka? Adoiiii..cam na saya silap nombor lagi?" kata perempuan itu ketawa mengikik.

Dan sejak itu Jeff dan perempuan itu sering berhubungan. Cuma bermula dengan panggilan telefon yang tersalah alamat, hubungan makin erat.

Perempuan itu namanya Im. Dia pelajar Kolej Kejururawatan Pulau Pinang. Jeff pula bekerja di sebuah pejabat di Seberang Perai.

Pada suatu hari selepas dua bulan berkenalan, Jeff rasakan sudah tiba masanya sembang di telefon di akhiri dengan suatu sembang yang lebih bermakna...

"Dah dua bulan kita asyik bercakap melalui telefon. Kita jumpa nak?" Jeff memberi cadangan.

"Tapi macam mana nak jumpa. Kita tak kenai muka masing-masing" kata Im.

Nota Dari PenjaraWhere stories live. Discover now