8. HATI EMAS

155 44 13
                                    

Setiap tahun azam tahun baru saya cuma satu: ingin jadi manusia yang lebih baik dari tahun lepas.

Saya sedar saya bukan manusia baik walaupun setiap hari cuba membuat yang terbaik. Salah satu kelemahan saya kalau orang menganiaya keluarga saya, saya sukar memaafkannya. Malah kalau boleh, saya akan membalas dendam, jahat dibalas jahat! Saya tidak seperti Mohammad Sohail yang membalas kejahatan orang dengan kebaikan. Saya belum sampai tahap itu. Jadi saya tak boleh mengaku saya orang baik.

Korang kenal Mohammad Sohail?

Mohammad Sohail bukan pekerja kontrak Bangla. Bukan  penjual karpet Pakistan. Bukan juga bintang Bollywood India.

Mohammad Sohail seorang warga Amerika keturunan Pakistan. Dia pemilik mini market, Shirley Express di kota New York.

 Dia pemilik mini market, Shirley Express di kota New York

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Mohammad Sohail

Suatu hari dingin pada 2 Jun 2009 seorang pemuda kulit hitam memasuki Shirley Express. Bersenjatakan kayu baseball pemuda itu  mendekati Suhail di kaunter bayaran, mengugut untuk mencederakannya jika wang kutipan hari itu tidak diserah kepadanya.

Sohail yang kelihatan tenang menarik keluar senapang yang tersimpan berdekatan kaunter. Dengan gerak pantas, senapang  itu dihalakan ke kepala perompak itu.

Sohail menghalakan senapang ke kepala perompak tersebut

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Sohail menghalakan senapang ke kepala perompak tersebut.

Perompak yang tergamam dengan tindakan pantas Sohail terus melutut ke lantai sambil menangis. Apa yang perompak itu tidak tahu - sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru pun!!

Perompak tersebut mula menangis seperti budak kecil. Sambil menangis perompak itu menyatakan dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya pula sudah tidak mempunyai bekalan makanan.

Perompak itu melutut sambil menangis

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Perompak itu melutut sambil menangis

Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut dan mengambil keputusan untuk menolongnya.

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" kata Sohail kepada CNN.

"Saya tak akan tembak. Tapi anda perlu berjanji" kata Sohail kepada perompak, "Janji jangan merompak lagi. Lepas itu saya akan bebaskan anda".

"Saya janji..saya janji tak akan merompak lagi.." kata perompak dengan suara hiba.

Sohail meminta perompak itu bangun dan berhenti menangis. Dia membuka laci  dan menyerahkan kepada lelaki itu $40 (RM162) dan meminta perompak itu memilih beberapa keperluan harian termasuk bungkusan roti, susu dan lain-lain.

"Mengapa anda terlalu baik kepada saya?" tanya lelaki itu terharu.

"Kerana Tuhan kami, Allah mengajar perlu baik kepada semua orang, termasuk orang yang menyakiti kita."

"Saya ingin menjadi orang baik seperti anda. Boleh ajarkan saya tentang Islam?"

Diringkaskan cerita, Sohail mengajar dua kalimah syahadah kepada perompak itu dan mengesyorkan nama Zardari Nawaz kepadanya.

Selepas banyak pihak di Amerika  mengetahui tentang kebaikan Sohail yang luar biasa itu, mereka mula mendermakan banyak wang bagi membantu perniagaan kecilnya. Tetapi Sohail tidak menggunakan wang yang didermakan kepadanya untuk keperluan dirinya. Dia menggunakan wang derma yang diperolehinya dengan membekalkan roti dan minuman percuma di kedainya pada setiap malam kepada golongan yang memerlukan.

🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

Tidak lama selepas insiden tersebut, Sohail menerima sepucuk surat tanpa alamat dari seseorang yang menamakan dirinya sebagai "Your Muslim Brother". Pengirim surat itu menyertakan  wang $50 (RM202) dan sekeping nota. Nota itu berbunyi:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya. Pada waktu saya merompak, saya tidak punya duit, tidak punya makanan, meja rumah saya kosong, saya tak punya kerja. Saya tahu merompak itu kerja gila tetapi saya tidak punya pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga. Bila anda acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati.

"Sekarang saya sudah mempunyai kerja tetap dan bayi baru. Anda memberi saya $40 yang sungguh bermakna. Terima kasih kerana mengubah hidup saya dan keluarga."

"Saya sangat gembira saya berjaya mengubah hidup orang lain," kata Sohail dalam satu wawancara dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia tak akan berubah. Tapi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia kini sudah berjaya keluar dari masalahnya. Dia tidak perlu merompak lagi dan kini boleh mengurus keluarganya sendiri dengan baik."

Semoga 2021 akan membuka jendela hati kita semua untuk menjadi insan pemaaf dan berhati emas seperti Mohammad  Sohail..

NOTA KAKI:
Jangan vote  jika tulisan ini tak menarik dan tak bermanfaat. Saya faham dan tak kecil hati jika tiada yang sudi vote. Maafkan saya membuang masa berharga anda 🙏🤦🙏

Nota Dari PenjaraOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz