Eleana berjalan sedikit demi sedikit demi mengelakkan dirinya dari terjatuh namun, akibat tali yang diikat di kakinya terlampau ketat, Eleana pun--

"YA ALLAHHHHH." Terjatuh, lebih tepat lagi, tersembam ke depan.

"Aaauuuucchhh. Sakitnyaaaaa." Rengek Eleana kesakitan, terutamanya di kawasan dadanya yang terasa senak.

Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya.

"Jalanlah lagi. Dah lewatkan nak gi solat." Ejek lelaki itu.

Erghhhh. Dalam hati Eleana sudah membengkak ingin marah. Namun ditahan sahaja nanti karang tidak pasal dia ditikam dengan pisau.

Eleana baru sahaja ingin membalikkan dirinya ke sisi untuk melihat lelaki itu supaya cepat membuka tali namun-

Lelaki itu sudah berada dekat di sisinya kini. Dan dia cepat-cepat memusingkan kembali badannya.

Malu jugaklah sedikit apabila menyedari lelaki itu melihat keadaan dia yang sedang meniarap macam ni.

Dia perasan yang lelaki itu membuka tali ikatan di tangan.

Tangannya dilepaskan,

"Takpe, biar saya buka sendiri." Eleana menepis tangan lelaki itu dan membuka sendiri ikatan di kakinya tetapi--

Kenapa susah sangat nak buka ni?

Lelaki itu melihat jam di tangan dan setia menunggu Eleana yang masih terkial-kial membuka.

Eleana sekejap-sekejap menoleh ke arah lelaki itu dan dia tahu, padangan lelaki itu sinis sekali. Haish taknak tolong ke?

Beberapa minit berlalu, dan dia masih tidak dapat buka ikatan di kakinya. Lelaki tu ikat mati ke apa ni?

"Eh kejap awak!" Eleana memanggil lelaki itu yang ingin keluar dari biliknya.

"Boleh tak tolong bukak tali ni?"

"Huh. Serve you damn right!" Lelaki itu tetap ingin berlalu.

"Awak.."

"...tolonglah bukak.. awak ikat ketat sangat."

"Hum? I can't hear you." Soal lelaki itu.

"Err.. tuan? Boleh tolong buka?" Eleana membuat muka rayuannya.

Dan lelaki itu sempat menjulingkan matanya ke atas dan mendekati dirinya. Tali di kakinya dibuka dengan kasar.

"Kalau tak pandai, jangan nak memandai-mandai." Kata lelaki itu dingin.

"Siapa suruh ikat ketat sangat." Bisik Eleana perlahan namun dia silap besar apabila lelaki itu mendengar ujarannya sebentar tadi.

"Aaaaahh!" Sanggulnya digenggam lelaki itu sampai kulit kepalanya terasa pedih ditarik.

Tangannya naik memegang tangan lelaki itu dek kerana kesakitan yang dialami.

"I've told you right. Aku. Paling. Benci. Orang. Yang. Banyak. Cakap. Macam. Kau."

"So-sorry, tuan." Pertama kali, dirinya dikasari oleh lelaki ini. Kini, dia percaya yang dia betul-betul diculik.

Dan lelaki itu menolak kepalanya dan keluar dari bilik itu.

Dadanya dipegang. Jantung berdegup laju kerana ketakutan..

Allahu..

💔💔💔

Semasa Eleana sedang membaca surah Al-Mulk(berkat di asrama sekolahnya dulu selalu suruh pelajarnya mengaji sebelum tidur, hafalannya masih ingat sampai sekarang), ketukan di pintu berbunyi.

Izz RaelWhere stories live. Discover now