Prolog II

955 101 1
                                    

7 tahun kemudian

Perempuan yang sedang keluar dari kedai buku itu diperhatikan. Dari beberapa tahun lepas lagi dia menjejaki sasarannya yang memang tinggal tidak jauh dari dirinya.

Dan hari ini, perhitungan akan segera dibuat tanpa tunggu lebih lama. Melihatkan kakaknya menoreh tangan hampir setiap hari di hospital pada tahun-tahun lepas sangatlah meruntuh hatinya sebagai seorang adik.

6 tahun berlalu, 6 tahun jugalah dia menghantar orang untuk memukul celaka tu, namun tidak pula disertakan dengan surat ugutan.

Ditakuti, polis pula akan mencarinya di hadapan rumah.

Kalau aku tak dapat kakak kau, aku boleh dapatkan adik kau, celaka.

“Kidnap her, now.” Ujar lelaki itu melalui handphone sambil menghirup coffee bersama kawan lelakinya, Helmi.

“Kau dah jumpa ke dengan kakak setan tu?” Soal Helmi.

“Dia tak ada kakak. Jadi.. aku ambil adik dia.” Lelaki itu berkata tenang bagai yang diculik tadi hanya boneka patung.
 
“Lepas minum, jom gerak pergi tempat tu. Aku nak tengok anak buah aku buat kerja.”

“Anak buah kau dah ada kerja baru la nampaknya.”

“Of course. Aku tak suka diaorang makan gaji buta.”

*****

Setelah diparkir kereta di tempat tertutup itu, lelaki berjacket hitam serta memakai cap itu terus melangkah - tidak sabar untuk berjumpa dengan mangsanya.

Helmi yang berada di dalam keretanya sendiri tidak pula keluar sekali kerana dia ingin mengawal, ditakuti ada orang lain yang berdekatan.

Tiba-tiba, dari jauh lelaki itu nampak seorang gadis berlari tercungap-cungap dan kelihatan seperti dalam keadaan ketakutan.

Fxk. Buat kerja pun tak pandai ke budak-budak ni?!

💔💔💔

"Encik.. Tolong selamatkan saya! Ada orang nak culik saya!" Gadis itu tercungap-cungap. Nampak seperti baru penat berlari. Tangan gadis itu naik memaut lengan lelaki yang berbalut jaket kulit itu.

Dilihatnya gadis yang meminta tolong itu. Atas bawah.

Dari tiada riak, wajahnya terus berubah. Senyum sinis terukir.

Sesaat kemudian lelaki itu menolak leher gadis itu ke arah dinding.

"Ahhhhh!"

"Syyhhhh.." Lelaki itu menutup mulut gadis itu.

"..diam." Tangannya masih mengcengkam leher gadis yang berlapikkan tudung itu. Tidak mencekik.

Mata Eleana berkaca-kaca menahan ketakutan dan mata lelaki itu bagai tersenyum mengalukan pertemuan mereka.

"Akhirnya, kita jumpa.."

Ya Allah. Bala apa pulak ni?

Eleana cuba melihat gerangan lelaki yang cuba menyakiti emosinya kini.

Lelaki itu.. Memakai cap hitam. Menyembunyikan matanya yang tajam menikam. Jaket yang dipakai dizip sampai mulut dan hidungnya tidak kelihatan.

Apa aku nak buat ni? Satu cara.

Penumbuknya digenggam. Lajak diambil.

"One step you move, i'll make sure you will die in my hand." Satu ayat dibisik oleh lelaki itu. Tapi cukup untuk menggerunkan Eleana apabila dia merasakan lehernya dipegang kejap setelah itu.

Eleana tekad.

Penumbuk dikepal separa lehernya.

"Make me!" Lelaki itu mencabar. Dan tangannya makin kuat mengcengkam leher jinjang itu.

Dek kerana sudah tidak tahan lehernya dicekik sedemikian rupa, tangan Eleana memukul-mukul lengan lelaki itu.

Dia susah untuk bernafas!

Lelaki itu terus melepaskan tangannya di mulut. Tetapi masih memegang leher gadis itu. Agak longgar. Tidak sekuat yang tadi. Bagi memastikan orang yang dia cari selama ni, huh..

Melihatkan wajah itu kemerahan mencari nafas.

Hujung bibir kirinya tersungging sinis.

Kau tak akan dapat kemana-mana perempuan. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak!

Tercungap-cungap gadis itu menarik oksigen sampaikan dadanya turun naik.

Air matanya bergenang. Dia takut. Siapa pulak lelaki asing ini? Cuba untuk diintai disebalik cap yang dipakai, tapi apa yang dia nampak adalah, sepasang mata yang cukup menoreh hati.

Kalaulah dia boleh bunuh aku dengan pandangan matanya, pasti aku sudah terbunuh dengan pandangan ibarat bilah pedang itu.

"Encik.." Tangan Eleana naik memegang pergelangan tangan lelaki misteri yang masih lagi di lehernya. Berlapik semestinya.

"...Saya minta maaf kalau.."

"Ssyyhhhh....." Lelaki itu hanya memejamkan mata dan menggelengkan kepalanya dua saat.

Seketika kemudian, lelaki itu sudah berada dibelakangnya, membuat headlock. Dan...

Di lehernya kini, ada sesuatu yang sejuk. Dan tajam! Ya Allah, selamatkan aku.

Abang.. Tolong Yana abang..

"You scream, and we'll see what's gonna happen. Jalan." Lelaki itu menolak belakang gadis itu sampai ke dalam kereta.

Dalam hatinya, tidak berhenti memanggil nama Yang Maha Esa.

Aku takut Ya Tuhan....

Izz RaelWhere stories live. Discover now