65

152 8 1
                                    

Kereta Mercedes merah tiba di perkarangan rumah banglo milik Tuan Ismail. Disitulah tempat mereka selalu berkumpul.

"Banyaknya kereta awak..Siapa datang ?" soal Aisyah apabila melihat garaj di sebelahnya dipenuhi dengan kereta.

Daniel hanya membalas dengan senyuman.

"Dah jom" ajaknya lalu keluar dari kereta

Daniel memimpin tangan Aisyah untuk masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum" ucap mereka apabila sampai sahaja didalam rumah.

Aisyah terkejut melihat rumah itu dipenuhi dengan semua kenalannya .

"Waalaikummussalam!"

"Ya Allah semua ada kat sini.." Aisyah sedikit sebanyak tersentuh melihat semua yang disayanginya menyambut kepulangannya.

Puan Siti dan Puan Hasnah mendukung kedua-dua cahaya mata Daniel dan Aisyah lalu diberikan pada mereka.

"Ya Allah anak ibu.." Aisyah mendukung anak perempuannya yang masih tidur didalam dukungan.

"Assalamualaikum Tengku Nur Aisya Syifa" ucapnya lalu dikucup bayi itu.

"Alhamdulillah kau dah sihat cah..Kitaorang rindu kau.." kata Anis sambil membelai lembut bahu Aisyah

"Aku pun rindu kau juga..Sejak dah jadi isteri orang ni , dah jarang dah nak jumpa aku..Asyik melekat kat rumah jee.." sakat Aisyah

Anis menunduk malu. Semua yang dikatakan Aisyah, semuanya benar belaka. Anis dan Afiq sudahpun berumah tangga 2 bulan yang lepas. Syafiq pula sudah bertunang dengan gadis pilihannya iaitu kakak kepada Anis , Batrisya.

"Laila kau bila lagi ? Semua dah kawin.. Takkan kau nak membujang sampai tua.." seloroh Aisyah

"Ishh siapa cakap aku takdak ?" sinis Laila

"Oww maksudnya hang ada boyfriend laa.." sinis Syafiq pula

"Pandai ehh hang , senyap-senyap ada boyfriend.. Bagitau makngah sekarang ! Siapa ?" sakat Puan Siti pula

"Alaaa nanti Laila kenalkan lah makngah.."
balasnya malu-malu

Mereka bergelak ketawa bersama . Aisyah gembira melihat semua yang disayanginya ada disampingnya sekarang. Baginya inilah momen yang bermakna dan akan tersemat didalam ingatan sampai bila-bila.

❤️❤️❤️❤️❤️

(18,Julai, 2020) Paris , France.

Piuu..Piuu..

Pecheww..

"auch , akit laa.. hwaaaaa !!" rengek Syifa

"Darwish main laa elok-elok dengan adik sayang.." kata Aisyah yang sedang menyiapkan sarapan

"Abang tolonglah tengokkan anak sekejap !" bebel Aisyah

Suasana bilik itu menjadi hening buat seketika. "aikk apasal senyap pula tu ?" bisiknya sendirian

Aisyah mengorak langkah ke ruang tamu . Kedua-dua anaknya tiada disitu. Aisyah sudah mula risau dan takut jika sesuatu berlaku pada dua beradik itu.

Dengan tiba-tiba
_____

"Happy Birthday To you.. Happy Birthday To Ibu..Happy Birthday to you..."

"Happy Birthday Sayang ! Thankyou for everything ! I love you !"ucap suaminya romantis lalu mengucup dahi isterinya.

"Thankyou abang.."balasnya dengan nada terharu

"Hadiah balik Malaysia abang bagi okey.." ujar Daniel

"Dah jom sarapan.."ajak Aisyah lalu mengangkat Darwish dan Syifa kedalam kerusi bayi

"Abang beli bila kek ni ? Saya tak perasan pun abang keluar semalam.."sinis Aisyah sambil memandang suaminya mengejek

"Entah"balasnya selamba

"bu..nak ucu.." gumam Syifa

Aisyah mengambil botol susu Syifa lalu diserahkan padanya

"bu..nak tuuu.."kata Darwish pula

Aisyah menyuap nestum kedalam mulut Darwish pula.

"Sayang nak tu.."desis Daniel dengan nada manja

"Eiii manja betul baba Darwish ni.."sindir Aisyah

"Takpelah manja dengan isteri sendiri tak salahkan.."sinisnya dengan pandangan nakal

Aisyah hanya membalas dengan senyuman.

Daniel , Syifa dan Darwish adalah anugerah Tuhan yang paling bermakna bagi dirinya. Dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai segala nikmat Tuhan didunia ini. Kini dia percaya 'Disetiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya'.

Every storm in your life is followed by a rainbow 🌈 So keep smiling because with smiling you can change the world <3000 💘

                                  TAMAT        

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now