1

489 32 0
                                    

Angin sepoi-sepoi pagi membuatkan seisi kampung Alor Setar segar dan ceria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Angin sepoi-sepoi pagi membuatkan seisi kampung Alor Setar segar dan ceria. Laila mengambil surat didalam kotak sampul surat.

"Omg! Omg! Aisyah !! Sini sat !!"laungnya teruja.Hatinya melonjak kegembiraan.

Aisyah menyarung tudung dikepalanya. Dia mengatur langkah ke luar rumah , "hang ni dah kenapa , pagi-pagi buta duk melalak macam orang gila ? " bebel Aisyah seraya melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan sepupunya.

"Ni ada surat untuk hang ! Hang kan dah lama tunggu surat ayah hang , mana laa tahu ni surat dari ayah hang !" tampak wajah terujanya.

"Hah mana ?" mata Aisyah meliar-liar memandang kotak sampul surat. Aisyah merampas surat ditangan Laila lalu membukanya

TAHNIAH ANDA TERPILIH UNTUK KE UNIVERSITI MALAYA

"Alaaa , ingatkan surat dari ayah , hang ni" getusnya sedih.Terus hilang senyuman dibibirnya.

"Mana laa aku tau , aku tak buka pun, sorry laa"balas Laila serba salah. Dapat dia lihat perubahan riak wajah sepupunya itu.

"Hang tak happy ka ? Hang layak masuk ke universiti malaya kut" sambungnya lagi. Wajah Aisyah ditatap penuh pengharapan.

"Buat apa aku nk happy , kalau aku tak dapat bagitau ni dekat ayah aku" gumamnya lemah.Surat tadi diletakkan pada atas meja.

"Alaaa , hang ni ! sepatutnya hang kena bersyukuq sebab dapat masuk ke universiti ! Ramai yg nk kan peluang macam hang termasuk aku " tegang sahaja wajahnya saat itu.

Benar apa yang dikatakan sepupunya itu ,

"hang rasa kalau aku bagitau mak aku , dia akan suka ka marah ? " soalnya takut jika perkara remeh begini membuatkan dia dan ibunya bergaduh lagi.

"Dah tentulah dia suka , mana ada mak nk tengok anak mereka tak berjaya ? ni rezeki hang ! " ujar Laila memberi semangat

"Betul jugak" gumamnya

❤️❤️❤️❤️❤️

Matahari terpacak di atas kepala.Kereta BMW muncul di hadapan pintu universiti dan memukau semua pelajar untuk melihatnya. Tengku Daniel Faris memulakan langkahnya menuju ke kelas bagaikan seorang selebriti .

Beberapa pelajar perempuan menjerit melihat ketampanan lelaki itu. Dah macam kena histeria pun ada.

"Hai , boleh kita ambil gambar?"tanya salah seorang pelajar perempuan disitu

Daniel hanya tersenyum tanpa mengatakan apa-apa . Dia meneruskan langkah menuju kelasnya.Setelah sampai dikelasnya , kelihatan di atas mejanya penuh dengan sampul surat.Dia hanya menghiraukan dan tidak membacanya.

"Eee sombongnya , tahu lah kau hensem, hargai laaa sikit fans kau bagi tu !"seloroh  rakannya,Hafiz

Daniel tersenyum dan tidak berkata apa-apa

"well kau kenal si Dani ni macam mana kan ? dia memang terkenal dengan sifat angkuh dia" sinis Haikal pula.

Daniel tersenyum jahat melihat rakannya memperlekehkannya

❤️❤️❤️❤️❤️

"Adik , mangkit dik" kejut Syafiq

Aisyah tertidur kerana kepenatan setelah berjam-jam didalam kereta "kita kat mana ni bang ?" dia menggosok matanya untuk melihat dengan lebih jelas

"Kita dah ada dekat rumah maksu" balas abangnya tenang "Hah ?" Aisyah yang masih mamai tidak faham akan apa yang berlaku

"Lepas ni , Aisyah duduk dengan maksu.Rumah maksu ni tak jauh sangat pun dari universiti adik tu , jadi senang lah maksu nk hantaq ka apa", jelas Syafiq panjang lebar.

"Ouh , kenapa adik tak duduk dekat asrama U tu ja bang ?"

"Haih , abang risau lah , lagipun ni KL macam-macam perkara boleh berlaku"Aisyah mengangguk faham

Mereka keluar dari kereta lalu masuk ke perkarangan rumah banglo Datin Sri Alya , "Assalamualaikum"lantang suaranya memberi salam

"Waalaikummussalam , ehhh Syafiq , ha meh masuk"mereka masuk lalu duduk di ruang tamu

Anis Suraya iaitu anak perempuan kepada Datin Sri Alya bertanya pada ibunya

"mummy siapa tu ?" matanya meliar-liar memandang tetamu yang berada diruang tamu

"Ouh tu anak sedara mama , mulai hari ini dia akan tinggal dengan kita"
balas ibunya mendatar.Air sirap didalam jug dikacau buat sekian kali.

Anis keliru kerana tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas"Ouh mereka berdua ke ? "

"Tak lah yang perempuan tu je , dia dapat masuk ke universiti sama dengan kamu" balas ibunya lagi lalu menyusun cawan didalam talang

"Dah jom sapa mereka"dia mengorak langkah menuju ke ruang tamu.

"Aisyah sihat ? " soalnya berbasa-basi

"Alhamdulillah sihat maksu"balasnya mesra

"Tahniah sebab dapat masuk ke universiti swasta" ucapnya seraya tangannya ligat menuang air kedalam jug.

"Terimakasih maksu"senyuman manis diukirnya. Air sirap didalam cawan dihirupnya.

"Anak maksu pun student kat sana juga" Datin Alya memanggil "Anis datang sini kejap"

"Ye mummy" sampai sahaja disana , mereka bertentang mata lalu menjerit

"Anis ! "

"Aisyah !"

"Arghhhhh ! "

Mereka berpelukan kerana setelah sekian lama tidak berjumpa.Syafiq dan Datin Alya hanya mampu tersenyum melihat mereka berpelukan. Setelah berminit-minit mereka berbual , Syafiq mula bersuara

"Kalau macam tu , saya minta diri dulu ye maksu , nampak Aisyah happy dekat sini pun dah buat saya gembira"ujar Syafiq senang

"Kamu boleh angkat baju Aisyah letak dekat depan pintu" jelasnya mesra

"Aisyah abang pergi dulu na" kata abangnya
Namun Aisyah menghiraukan apa kata abangnya kerana terlalu leka berbual dengan Anis.Abangnya hanya mampu tersenyum melihat adiknya gembira

So how first chapter ? Sis minta maaf sgt-ii if chapter pertama ni membosankan ☹️ Sis baru belajar dan berjinak-jinak dalam bidang novelis 👉👈 Maaf atas segala kesalahan🙏 Btw thankyou atas segala sokongan ❤️

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now