16

106 12 0
                                    

Kata-kata Daniel masih terngiang-ngiang didalam fikirannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kata-kata Daniel masih terngiang-ngiang didalam fikirannya. Dirinya juga buntu kerana terkejut dengan perbuatan Daniel siang tadi yg meluahkan perasaannya . Inilah kali pertama buat dirinya , diluahkan perasaan oleh seseorang.

"aku taknak bagi dia harapan... kenapalah aku ni susah sgt nk terima daniel tu dlm hidup aku"omel Aisyah didalam hati

Entah mengapa hatinya masih belum bersedia untuk dimiliki oleh sesiapa , mungkin kerana takut disakiti atau dilukai.

"ehem ehem"

Aisyah tersedar dari lamunannya setelah disapa oleh ibunya .

"mak buat apa kat sini ?" soal Aisyah yg sedang melihat ibunya berada dihadapan pintu

"mak ada sesuatu nk tanya kat Aisyah" balas ibunya

"tanya apa ?" soal Aisyah kehairanan

Puan Siti terus melabuhkan punggung ditepi Aisyah lalu tangan Aisyah diusapnya

"Aisyah sukakan Daniel ?" soal Puan Siti

"awat mak tanya lagutu ? Aisyah dengan Daniel kawan ja , tak lebih dari tu"balas Aisyah

"mak tanya betul-ii ni cahh , mak berkenan sangat dgn Daniel tu.. Aisyah takut dilukai lagi ?" soal ibunya seperti tahu sahaja apa yang terbuku dihati anaknya itu

Aisyah hanya menunduk sebagai jawapan

"Aisyah , mak percaya Daniel tu boleh bahagiakan cahh.. mak nak tengok anak-ii mak dipimpin oleh lelaki yg baik , sebelum mak pergi.. dan satu-ii nya lelaki yg baik utk kamu adalah Daniel cah.. mak percaya dia, mak yakin dia dpt jadi imam yg baik buat kamu.."luah Puan Siti

"mak..."

"aisyah.. kalau kamu takut dilukai macam mana ayah pernah buat pada kamu dulu , kini mak yakin daniel lah satu-ii nya lelaki yg dpt bahagiakan Aisyah.. Mak dah lama doakan semoga allah hantar seorang lelaki yg betul-ii dpt pimpin Aisyah ke syurga.. mak yakin dialah orangnya" luah Puan Siti panjang lebar .

Dia kenal dgn sifat anaknya itu. Memang seorang yg rendah diri , tapi susah utk buka hati pada sesiapapun , oleh kerana takut dilukai dan disakiti.

"aisyah , mak kalau boleh taknak kamu terus berdua-duaan macamni tanpa ikatan sah , tak manis orang tengok.. kalau boleh kamu bincanglah elok-ii dengan Daniel supaya dpt bina sebuah masjid bersama" nasihat ibunya

"baiklah mak , kalau ini yang dpt buat mak bahagia.. aisyah akan tunaikan.. terimakasih mak tak henti-henti doakan Aisyah.. aisyah sayang mak.."balas Aisyah sambil memeluk ibunya , lalu menitiskan air matanya

❤️❤️❤️❤️❤️

Gambar yang tertera didalam telefon pintarnya itu terus diusapnya lalu menitiskan air mata

"maafkan ibu sayang.."kata wanita itu lalu mengusap gambar yg tertera didalam telefon pintarnya itu

"yatiiii !!!" jerit seorang wanita

Wanita itu terus mengesat air matanya dari terus mengalir lalu dimasukkan telefon pintarnya ke dalam poket lalu berlari anak ke arah suara yg memanggilnya

"ye puan , ada apa ?" soal Izyati kepada wanita dihadapannya itu

"kau ni pekak ke apa ? aku panggil dari tadi, baru sekarang nk datang ! kau pergi mana hah ?"tengking Datin Aulia

"maaf puan , tadi saya ke tandas" balas Puan Azyati

"dahlah ! sekarang aku nk kau angkat semua barang tu letak dalam kereta aku , lepastu kau ikut aku pergi ke Selangor . Ada projek yg perlu diselesaikan ! " jelas Datin Aulia

"ha lagi satu.. berapa kali aku nak cakap , panggil aku datin , D A T I N , datin ,faham !" jelas Datin Aulia lagi

"b..baik datin.." balas Puan Azyati dengan nada sayu

❤️❤️❤️❤️❤️

Beg yang digalasnya itu terus diletakkan ke dalam bonet kereta . Sayu hatinya apabila harini adalah hari terakhir dia bersama keluarganya . Walaupun begitu , dia perlu mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor , dan mencapai hasrat ibunya untuk melihat dia berjaya di masa hadapan .

"belajar elok-ii na kat sana.."pesan puan siti

Aisyah hanya mengangguk

"sudah , jangan sedih... tolong sampaikan salam mak pada maksu kamu , pada anis , betty dan putra" pesan puan siti lagi

"baik mak" balas Aisyah lalu senyuman manis diukirnya

"macamnilah anak mak , sudah jangan sedih lagi.. jaga diri dekat tempat orang , jangan buat perkara tak senonoh , jaga perangai , jaga solat na" pesan ibunya sambil mengusap tangan Aisyah

"baik mak , aisyah pergi dulu , assalamualaikum.. bye ila , aku pergi dulu na.." kata Aisyah sebelum masuk ke dalam kereta

vote ♡

sorry for all the mistake 🙏 thankyou very much for all who is stayed with this novel 💕

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now