49

65 10 0
                                    

flashback.

Dengan sekali lafaz , wanita yang bernama Azyati Binti Idrus itu telah sah menjadi isterinya. Dia meraup wajah kasarnya. Tidak pernah dia sangka semua ini akan berlaku. Semua berlaku hanyalah kerana sebuah kesilapan.

Namun apakan daya , semuanya telah berlaku.Dia terpaksa redah dan tempuhi segala dugaan yang bakal berlaku selepas ini. Dia terpaksa membawa isteri keduanya pulang ke kampung setelah hampir seminggu menginap di Johor.

Seperti yang dia sangka , kepulangan dia bersama isteri keduanya tidak disambut mesra oleh isteri dan anak-anaknya.Rumor itu tersebar ke seluruh kampung.Namun dia mengerti , bukan mudah untuk mereka lalui semua ini termaksudlah dirinya.

Setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga bersama isteri keduanya ,Azyati telah disahkan mengandung. Pada awalnya , dia ingin menggugurkan kandungan itu oleh kerana ingin menjaga badan dan nama kononnya . Namun , semuanya dihalang oleh Tuan Ismail dan Puan Siti. Mereka membuat satu perjanjian bahawa apabila sahaja bayi dalam kandungan Azyati lahir , dia ingin Tuan Ismail menyerahkan 60 peratus dari hartanya kepada Azyati. Tuan Ismail terpaksa akur demi menyelamatkan nyawa bayi didalam kandungan itu.

Setelah 9 bulan mengandungkan bayi didalam rahimnya , akhirnya dia berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Aisyah Qistina. Semua tumpang bahagia atas kehadiran bayi itu tetapi tidak bagi Azyati.Setelah sehari selepas kelahiran Aisyah , dia meninggalkan bayi itu sendirian di bilik tidurnya lalu lari keluar dari hospital. Mujur sahajalah , saat itu ada beberapa orang jururawat ternampak akan bayi itu.
Puan Siti mengambil keputusan untuk menjaga anak tirinya itu. Namun setelah beberapa minggu selepas Aisyah lahir , Azyati pulang ke kampung oleh kerana tiada tempat tinggal.

Setelah 2 tahun , Tuan Ismail menceraikan Azyati oleh kerana tidak tahan dengan sifatnya yang mata duitan dan kaki curang.
Dia menyerahkan seluruh hartanya pada bekas isterinya itu atas perjanjian mereka saat bercerai.

Tuan Ismail dan Puan Siti hidup bahagia sehinggalah Aisyah tingkatan 5 . Setelah habis sahaja SPM , Tuan Ismail dikhabarkan hilang entah kemana dan telah menyebabkan anak lelakinya Amir mati kerana eksiden saat mencari ayahnya.

Saat Tuan Ismail tiba di Kuala Lumpur , dia terjumpa semula dengan bekas isterinya iaitu Azyati . Azyati mengugutnya supaya menjaga anaknya yang baru lahir. Dia terpaksa akur lalu menjaga bayi itu yang diberi nama Anisah .

end flasback .

Jeng Jeng Jeng 😎 Rahsia dah terbongkar 🤫

Haa this chap sis ringkaskan , heheh malas nak panjang-panjangkan.. Btw , rahsia tentang kehidupan Aisyah dah terbongkar 😛 Rahsia Daniel korang agak-agak bila akan terbongkar 🤫 .

So sorry if this chap membosankan. Sis minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki 🙏 Sis cuma nak habiskan secepat yang mungkin.. Bcs kita dah nak sampai ke ending..☹️ Show me some love with vote ! Thanks 🤗

DIA CRUSH AKU ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora