53

74 13 0
                                    

Matanya terpinar-pinar oleh kerana sinaran cahaya matahari . Dia membuka matanya lalu melihat keluar tingkap . Hari sudahpun cerah . Dia mengalihkan pula matanya ke arah sebelah kirinya. Daniel masih lagi tertidur . Dia menarik selimutnya perlahan-lahan untuk diletakkan ke atas badan Daniel. Perbuatannya tadi telah mengejutkan Daniel dari lena .

"Awak dah bangun.."kata Daniel sebaik sahaja tersedar dari lenanya

"Awak kenapa saya ada dekat sini ?"soalnya tanpa membalas apa yang Daniel katakan sebentar tadi

"Awak pengsan semalam..Awak tak ingat ke ?"soal Daniel pula

Aisyah menggeleng . Seingatnya dia hanya terjatuh dan terlelap di atas sejadahnya semalam.

"Awak nak makan ?"soal Daniel lagi

"Takpe..Saya tak lapar lagi..Lagipun nanti mesti ada nurse yg hantarkan makanan untuk saya..Awak jangan risau.."balasnya tanpa berpaling pada Daniel

"Awak..."panggilnya meleret

"Apa ?"soalnya ringkas

"I'm sorry.."balasnya sambil memandang wajah Aisyah manja

"Okey saya maafkan awak..Tapi dengan dua syarat" katanya serius

"Thankyou awak..Cakap jee apa syarat tu.. Saya terima.."katanya dengan nada gembira

"Janji dengan saya lepas ni awak takkan tipu saya lagi !"jelasnya berbaur ugutan

"Okey saya janji..Syarat kedua ?"soalnya pula

"Sehari selepas perkahwinan kita..saya nak melawat kubur arwah abang amir dengan awak boleh ?"pintanya manja

Daniel mengangguk lalu seukir senyuman diberinya .

Tok Tok Tok

Daniel dan Aisyah mengalihkan matanya ke arah pintu.

"Ehh makcik , tuan dah sampai.."sapanya mesra pada kedua-dua orang tua Aisyah

"Alahh Daniel..Tak payah panggil makcik laa..Macam stranger pula..Panggil jee mak.. Kamu kan bakal menantu mak..Kena biasakan" sakat Puan Siti

"Haah Daniel..Tak payah panggil tuan laa.. Kita bukan dekat U lagi..Panggil je ayah.." kata Tuan Ismail pula menambah

"Aisyah sihat ?"soal Puan Siti risau

Aisyah hanya membalas dengan anggukan . Aisyah memegang erat tangan ibunya lalu dikucup tangan emaknya itu.

"Maafkan Aisyah mak..Aisyah dah banyak buat salah dengan mak.." katanya meminta maaf

"Mak dah lama maafkan kamu nak.. Sepatutnya mak yang minta maaf pada kamu..Maafkan mak sebab tak pernah jujur dengan kamu..Mak cuma taknak kehilangan kamu.." balas Puan Siti sayu

"Terimakasih mak untuk segala-galanya.. Aisyah sayang mak.."ucapnya manja

Dia meleraikan tangannya dari ibunya. Dia menuju ke arah ayahnya pula. Dia memeluk ayahnya erat .

"Ayah maafkan Aisyah , Aisyah dah banyak buat salah pada ayah..Aisyah rindukan ayah.."katanya sambil menangis

"Kamu takde salah pada ayah nak..Ayah yang sepatutnya minta maaf pada kamu.. Maafkan ayah sebab sentiasa buat Aisyah sedih..Ayah dah banyak sangat buat Aisyah merana..Maafkan ayah nak.."katanya sayu sambil mengesat air mata anaknya

Daniel tersenyum bahagia apabila melihat semuanya telah kembali reda. Dia kenal dengan sifat Aisyah . Dia bukanlah jenis yang suka berdendam .

❤️❤️❤️❤️❤️

Uwerkkk ! Ohok Ohok !

Dia bergegas menuju ke bilik anaknya setelah mendengar bunyi muntah dan batuk dari luar.

"Yati..Kenapa ni ?"soal ibunya cemas lalu menggosok-gosok belakang anaknya itu

Azyati terjatuh lalu pengsan didalam dakapan ibunya . Ibunya cemas lalu mengangkat anaknya dan diletakkan ke atas katil . Dia menelefon suami Azyati untuk memberitahu hal sebenar , namun tidak dapat. Dia mendail pula nombor telefon abangnya . Mujur sahajalah abang kandungnya itu mahu membantunya menghantar Azyati ke hospital .

❤️❤️❤️❤️❤️

Segala persiapan untuk perkahwinan Daniel dan Aisyah sudah banyak disiapkan oleh Puan Hasnah iaitu ibu Daniel.

"Alhamdulillah , hantaran dah siap.. Kad jemputan dah siap..Tunggu Daniel dan Aisyah cuba pakai baju pengantin jee.." ujarnya senang

"Petang ni kita pergi melawat Aisyah nak ? Sambil tu bolehlah kita cakap pasal perkahwinan mereka.."cadang Dato Jefri

"Bagus juga cadangan abang tu.." seloroh Puan Hasnah pula

"Abang nanti tolong belikan udang dan barang basah sikit boleh ?"soalnya seraya menyusun barang hantaran di atas mejanya

"Okey..Tapi awak nak buat apa banyak-banyak..Kelmarin baru saya beli barang dapur takkan tak cukup lagi.." sinisnya bergurau

"Ishh abang ni..Saya nak masakkan untuk Aisyah laaa..Dah lama saya tak masakkan untuk dia.."desisnya manja

Dato Jefri hanya membalas dengan ketawa

❤️❤️❤️❤️❤️

Hampir setengah jam menunggu jawapan dari doktor yang merawat Azyati.

"Makcik ni ibu kepada Nur Azyati binti Idrus ke ?"soalnya pada Makcik Roziah

"Ye saya"balasnya ringkas

"Boleh ikut saya ke bilik saya sekejap ?" pinta doktor yang merawat anaknya

Makcik Roziah mengangguk sebagai balasan

"Kenapa doktor dengan anak saya ?" soal Makcik Roziah sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi

"Hmm..Berat sebenarnya untuk saya katakan.." entah bagaimana dia mahu memulakan.

"Anak makcik sebenarnya menghidap kanser paru-paru tahap empat.." jelasnya sayu

Makcik Roziah terdorong ke belakang setelah mendengar penjelasan dari doktor muda itu

"Dia tak pernah beritahu saya yang dia sakit..Doktor tolonglah selamatkan anak saya , saya sanggup buat apa saja demi anak saya.."pintanya dalam tangisan

"Maafkan saya makcik..Dah takde jalan lain yang boleh kita cuba sebab kanser tu dah merebak ke seluruh anggota badannya.. Kanser tu dah masuk ke tahap empat makcik..Sekarang Azyati cuma tinggal satu bulan untuk hidup..Dia dah menghidap penyakit ini untuk masa yang lama makcik.. Dah pelbagai cara dia cuba usahakan namun semuanya tidak berjaya.." jujurnya sayu

"Ya Allah.."rintihnya didalam tangisan

"Maafkan saya makcik..Tapi saya dan pihak hospital sudah berkali-kali melakukan pembedahan kepada puan Azyati..Semuanya tidak berhasil..Maafkan saya..Harap makcik bersabar.."jelasnya lagi

Kesian Puan Azyati dah lama menderita penyakit kanser..Kenapa sekarang baru semuanya terbongkar.. Hshshshs , vote fr new chapter ! ❤️

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now