62

68 9 0
                                    

Matanya yang terasa amat berat itu dipaksa juga untuk dibuka. Hari ini adalah hari pelancaran ataupun 'grand opening' bagi kliniknya dan Aisyah. Tangannya menggapai-gapai telefon di meja. Waktu menunjukkan pukul 6.15 pagi. Dia bangun lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Daniel mengambil baju kemejanya yang telah siap digosok oleh Aisyah sebentar tadi.

"Abang kalau Aisyah tak pergi boleh tak ? Saya tak larat lah.." jelasnya

"Kalau macamtu..Kita batalkan je dahulu grand opening..Kita pergi klinik , okey ?"
kata Daniel sambil mengusap pipi mulus isterinya

Aisyah mengangguk lalu menuju ke bilik air ingin bersiap.

❤️❤️❤️❤️❤️

Langsir yang menutupi ruang luar dan dalam itu diselak oleh Doktor Mariyani lalu Aisyah bangun dari baringan. Aisyah melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan suaminya.

"Macam mana doktor dengan isteri saya ?" soal Daniel sebaik sahaja doktor itu duduk

"Maafkan saya encik Daniel isteri encik..."

Aisyah dan Daniel menanti kata-kata seterusnya dari doktor itu dengan berdebar-debar.

"Isteri encik mengandung ! Dah masuk 1 month dah ! Tahniah !" ucap doktor muda itu senang.

"Isteri saya mengandung ? Ya Allah sayang.. Alhamdulillah !"kata Daniel terharu lalu mengucup dahi isterinya

"Nasihat saya pada encik Daniel..Jangan bagi isteri encik angkat benda yang berat-berat . Kawal pemakanan , banyakkan vitamin dan protein..Banyakkan minum air mineral dan kalau boleh elakkan daripada buat aktiviti yang lasak.." jelasnya memberi penerangan

❤️❤️❤️❤️❤️

Mulutnya tak lekang dek senyuman.Ucapan syukur tak henti-henti dia ucapkan didalam hati.

"Ya Allah..Abang tak tahu nak describe perasaan sekarang macam mana..Thankyou sayang , abang happy sangat-sangat ! I love you sayang !" ucapnya lalu dikucup tangan isterinya

"Alhamdulillah ! Terimakasih Ya Allah.." kata Aisyah seraya air matanya bercucuran jatuh.Air mata kebahagiaan.Daniel mengesat air mata yang jatuh dari mata isterinya.

"Abang janji abang akan protect sayang melebihi nyawa abang sendiri..Thankyou sayang ! Syukur Ya Allah !"ucapnya gembira sambil memegang erat tangan isterinya.

❤️❤️❤️❤️❤️

Sampai sahaja di rumah agam keluarganya , Daniel lantas masuk kedalam rumah diiringi oleh Aisyah dengan gembira. Puan Hasnah dan Dato Jefri termasuk Tuan Ismail dan Puan Siti juga turut ada disitu menunggu kepulangan mereka.

"Macam mana ? Kamu sakit ke ?"soal Puan Hasnah risau sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah

"Alhamdulillah Aisyah sihat mama..Takde apalah..Just penat.." kata Aisyah sengaja ingin berahsia

"Betul ke ni ? Kenapa mak rasa macam Aisyah dan Daniel ada sorok sesuatu daripada kami ?" soal Puan Siti pula . Naluri seorang ibu katakan.

Dato Jefri dan Tuan Ismail memandang menantu mereka dengan aneh.

"Abang cakap lah.." gumamnya dengan nada sedih.

"Cakaplah Daniel kenapa ?!"getus Puan Hasnah geram.

"Tadi..Doktor cakap...Aisyah cuma ada 8 bulan lagi untuk..." kata-katanya terhenti disitu . Semua memandang Aisyah sayu . Takkanlah Aisyah sakit lagi . Puan Siti sudah mula risau dan bimbang begitu juga dengan Puan Hasnah.

"Untuk apa Daniel ?!"soal Puan Hasnah lagi. Geram juga dia dengan sifat anaknya itu.

Daniel sengaja buat-buat sedih lalu memegang tangan Aisyah.

"Kamu sakit apa nak ?" Tuan Ismail pula bersuara .

Aisyah diam malah tidak bersuara.

"Daniel jujur dengan mama ? Aisyah kenapa ni ?!"bentak Puan Hasnah geram.

"Untuk apa ?!"bentaknya lagi

"Untuk jadi ibu kepada anak didalam kandungan ni..Mama akan jadi nenek nanti !" jujurnya gembira .

"Ya Allah Aisyah ! Sengaja tau korang ni buat mama marah !" kata Puan Hasnah geram tetapi gembira dengan berita itu

"Ya Allah Aisyah..Alhamdulillah.." Puan Siti memeluk anak gadisnya itu seraya air mata bercucuran jatuh

"Ya Allah tak sangka dah tua kita mail..Tak lama lagi kita akan jadi atok.." seloroh Dato Jefri

"Haih tak sabarnya nk jadi atok.."seloroh Tuan Ismail pula

Daniel dan Aisyah tersenyum bahagia. Inilah momen yang paling mereka impikan.

Uwauuu Aisyah dah pregnant gaiss ! Agak-agak apa nama baby tu ehh ? Ermm girls ke boys ke twin ...Ehhh🤪😂 Dont forget to vote and share with your friends thankyouuu !💕

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now