43

87 12 0
                                    

Sekeping gambar ditatapnya sayu . Rindunya ingin melihat senyuman pada gadis itu.

"Sabar ye dik..Adik kena kuat.." ucapnya lalu dikucup gambar itu

Lamunannya terhenti apabila panggilan salam didengarinya. Sudah dia kenal itu pasti suara Ustaz Faiq Khalis. Sejak ustaz itu merawat adiknya , dia semakin rapat dan kenal dengan ustaz muda itu.

"Adik kamu macam mana ?"soal Ustaz Faiq seraya melabuhkan punggung di atas sofa

"Macam tu lah ustaz.."katanya sayu

"Sabar ye syafiq..Ada hikmah di setiap yang berlaku ni.." katanya memberi semangat

"Insyaallah ustaz. Nanti lepas ustaz siap ubatkan Aisyah , marilah makan sama-sama dengan kami.. Kami tak pernah bagi apa-apa pada ustaz..Duit saya nak bagi pun ustaz taknak.." entah bagaimana dia mahu membalas jasa baik ustaz itu

"Tak apalah Syafiq..Saya tolong ikhlas dan tak mengharapkan apa-apa dari kamu.. Dan saya cuma membantu , yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT" katanya lalu segaris senyuman diukirnya

❤️❤️❤️❤️❤️

Sesi mengubat Aisyah diteruskan macam biasa . Semuanya berjalan dengan lancar . Ucapan syukur tak henti-henti mereka ucapkan.

"Alhamdulillah , syukur.. Terimakasih ustaz..Akhirnya adik saya dah sihat macam biasa.." katanya seraya senyuman diukirnya

"Syukur.. Saya doakan semoga adik kamu sihat sentiasa.."ucapnya lalu meminta diri

❤️❤️❤️❤️❤️

Mulutnya tak lekang dek senyuman setelah mendapat berita daripada Syafiq bahawa Aisyah telahpun sembuh daripada sakit .
Ucapan syukur tak henti diucapnya.

Daniel yang tersenyum ke telinga itu ditegur oleh Haikal . Semua memandangnya aneh . Entah apa yang dah jadi pada rakannya seorang itu.

"Woi , kau kenapa ?"soal Haikal pelik

"Entah tersengih-sengih..Kau ada awek lain erhh ? Ishh tak baik tau kau ni !" desis Hafiz

"Ishh apa kau mengarut ni..Bukanlah ! Memang taklah aku nk curang dengan Aisyah !" degusnya pula

"Habistu ?"soal Haikal lagi

"Aisyah..Dia dah sembuh !" katanya lalu senyuman diukirnya

"Serius lah ? Alhamdulillah !" kata Haikal teruja

❤️❤️❤️❤️❤️

Suasana di rumah itu menjadi meriah dengan kehadiran rakan sekolejnya.

"Terimakasih korang datang lawat aku" kata Aisyah lalu segaris senyuman diukirnya

"Alahh setakat lawat kau apalah sangat.. Lagipun kan kiteorang semua rindu kau.." balas Dhiya lalu memeluk Aisyah

"Aku pun rindu korang juga" kata Aisyah pula

"Kau nak tahu satu cerita tak cah ? Sejak kau takde kan..Si Daniel ni kerap ponteng kelas tau..Dia cakap tak bersemangat kalau kau takde.." kata Haikal membuka mulut

Aisyah memandang Daniel manja. Rindu pula hatinya ingin melihat wajah itu.

"Korang meh laa turun makan , makanan dah siap !"kata Anis dari dapur

Semua yang berada disitu mula meninggalkan bilik itu . Aisyah mengambil keputusan untuk turun akhir sekali , begitu juga dengan Daniel .

"Awak sihat ?"soal Aisyah malu-malu

Daniel mengangguk sebagai balasan

Aisyah hanya tersenyum melihat lelaki itu sihat seperti biasa.

"Awak..Saya minta maaf..Disebabkan saya , awak sakit macamni..Saya tahu semuanya berpunca dari saya.." perasaan bersalah menyerbu dirinya

"Awak..Tak baik cakap macam tu..Semua ni berlaku atas izin Allah..Saya redha.. Mungkin semua ni ujian dalam hubungan kita ? " katanya lalu segaris senyuman diukirnya

"Ishh awak ni..Jangan lah pandang saya macamtu.." sinis Daniel lalu memandang ke arah lain

"Kenapa ?"soal Aisyah pelik

"Pandangan tu dah lama saya rindu.." balasnya sayu

Aisyah menunduk ke bawah kerana malu .

"Awak.."panggil Daniel meleret

Hati Aisyah sudah mula berbunga-bunga. Sudahlah rindu , dia pula mahu main tarik tali begini .

"Apa ?" soal Aisyah dalam tundukan

"Jom Kahwin" katanya manja

"Ishh awak ni ! Saya baru sembuh.. Tak boleh sabar ke ?" sinis Aisyah

"Hello , orang kat atas taknak makan ke ? Tahulah rindu.. Janganlah lama-lama sangat.. Kitaorang dah lapar ni.." desis Anis dari bawah

Semua yang berada di meja makan ketawa .

HEHEHE , LASTLY AISYAH IS COMING BACK ! SHOW ME SOME SUPPORT WITH GIVE ME SOME VOTE ❤️

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now