34

64 10 0
                                    

GRRR GRRR

Sengaja dia mute telefon itu oleh kerana tak ingin Aisyah diganggu . Namun telefonnya bergetar dari tadi lagi dan menyebabkan dia mula menyampah dan terpaksa menjawab panggilan Daniel .

"hello , kau nak apa hah ?"bisiknya perlahan

"errr , anis ke ni ?"soal Daniel di corong telefon

"haah laa aku kenapa ?"degusnya perlahan , tak ingin mengganggu Aisyah tidur

"kenapa kau berbisik ? Aisyah mana? Aku nak cakap dengan dia sekejap boleh?"soal Daniel bertalu-talu

Anis mengambil langkah untuk keluar sebentar bercakap dengan Daniel . Dia beranggapan bahawa Daniel perlu tahu tentang Aisyah yang sedang sakit .

"Aisyah dia sakit.."balasnya perlahan , berat hatinya ingin meluahkan pada Daniel.

Hanya tuhan yang tahu betapa terkejutnya Daniel saat tahu Aisyah yang selamani ceria sedang sakit .

"sakit...sakit apa?"soal Daniel resah

"Doktor masih tak pasti Aisyah sakit apa.. Tapi lately ni dia kerap sangat muntah and batuk darah..Bukan tu jee dia kerap pengsan and kadang-kadang sampai tak sedarkan diri seharian"akhirnya terluah juga apa yang dirahsiakannnya selama ini .

"Allah.."Daniel terdorong jatuh ke lantai setelah mengetahui segalanya dari Anis . Memang benar firasat hatinya berkata ada sesuatu buruk berlaku pada Aisyah Qistina.
Dia cuba menahan air matanya dari jatuh namun air mata seperti memaksanya untuk mengalir .

"Kenapa ? Kenapa sekarang baru kau beritahu aku ?"keluhnya didalam panggilan

"Aisyah larang kami beritahu pada sesiapapun..Termasuk abang dan ibunya sendiri.. Tapi aku kesian dekat kau..Aku tahu kau dah lama rindukan dia..Sebabtu aku beritahu kau..But tolong jangan beritahu siapa-siapa..Aku taknak Aisyah sedih..Boleh ?"pintanya pada Daniel

"Oke"hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya

❤️❤️❤️❤️❤️

Setelah selesai makan malam Afiq membantu ibu tirinya mencuci pinggan dan piring . Dia tahu ibu tirinya itu terdengar akan perbualan mereka dua beradik pada malam haritu. Dia tak mahu ibu tirinya itu terasa dengan kata-kata Aisya , dia sedar Miss Medina adalah seorang ibu yang baik , walaupun digelar ibu tiri namun dia menjaga mereka dua beradik seperti anaknya sendiri. Dia bersyukur dianugerahi wanita itu didalam hidupnya.

"mummy"sapanya mesra setelah Miss Medina sampai di dapur

Miss Medina hanya melemparkan senyuman sebagai balasan .

"Takpelah nanti mummy basuhkan , pergilah masuk bilik , kamu kan kerja esok" dia tak ingin anaknya lambat ke kerja pada pagi esok.Bukannya dia tak kenal dengan sifat Afiq yang liat nak bangun pagi . Mujur sahaja sekarang dia sudah semakin matang dan pandai berdikari.

"Takpelah mummy pergilah rehat..Dah seharian mummy buat kerja harini.. Biarlah Afiq pula yang tolong mummy..Mummy dah banyak berjasa pada Afiq dan semua.. Sekarang bagilah Afiq untuk balas segala jasa mummy pula"pintanya dengan wajah tenang

Miss Medina hanya mengangguk seraya mengukirkan senyuman buat anak lelakinya itu.

❤️❤️❤️❤️❤️

Dia membuka mata dan melihat di sekelilingnya . Dia buntu dimanakah dia berada sekarang . Yang dia lihat hanyalah cahaya putih , di sekelilingnya semua berwarna putih . Setelah itu dia mendengar esakan seorang lelaki yang entah datang dari mana . Dia cuba mencari arah bunyi itu.

Dia melihat susuk tubuh seorang lelaki sedang menangis berjalan ke arahnya dan berhenti lebih kurang 1 meter darinya .

"Assalamualaikum mak"sapa lelaki bercahaya itu

"Waalaikummussalam"balasnya namun tak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Dia cuba mengamati wajah lelaki itu dan akhirnya terbentuk wajah seorang lelaki yang amat disayanginya

"Amir ?"terpacul nama itu dibibir

Lelaki itu hanya tersenyum

"Mak..Mak kena tolong adik" katanya lagi

"Adik ? Kenapa dengan adik ?"soalnya lagi

"Mak..Adik dalam bahaya sekarang.." jelasnya lagi

"Kenapa dengan adik Amir ?"soalnya resah

"Tolong adik mak.. Tolong Aisyah.. Demi Amir..." semakin lama wajahnya semakin kelam dan hanya yang terlihat dimatanya hanyalah cahaya putih yang bersinar terang berderang .

"Amir !"jeritnya seraya tersedar dari mimpinya.

"Astagfiruallahalazim"ucapnya sambil meraup mukanya . Dia keliru jika itu adalah sekadar mimpi atau ada maksud di sebaliknya.. Dia cuba bertenang namun apakan daya air mata menguasai dirinya.

Puan Siti melihat jam di dinding dan jam menunjukkan pukul 4.30 pagi .Dia mengambil keputusan untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat dan diteruskan dengan solat tahajud .

❤️❤️❤️❤️❤️

Pagi itu seperti biasa , Puan Siti akan membuatkan sarapan untuk anak lelakinya , Syafiq . Setelah itu dia menyiram pokok-pokok tanamannya. Oleh kerana kakinya yang masih boleh pulih sepenuhnya , menyebabkan dia mudah merasa penat tidak seperti hari-hari biasa.

"Allah..Penatnya"keluhnya selepas melabuhkan punggung di atas bangku di belakang rumahnya

"Mak..Awat buat kerja berat-berat ni..Kaki mak tu masih belum sembuh..Nanti karang makin melarat susah nanti.."bebelnya pada ibunya itu. Entah mengapa degil sangat ibunya itu.

"Biarlah mak nak buat kerja rumah sikit.. Daripada duduk terlantaq dalam bilik tu.. Tak bergerak langsung lagi teruk.."sinis Puan Siti seraya membetulkan duduknya

"Mak okey dak ni ?"dari pagi tadi lagi dia nampak seperti ibunya itu sedang merisaukan sesuatu

"Mak sebenarnya.."dia terhenti disitu

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now