32

73 11 0
                                    

Matahari yang menyinari pagi itu menyedarkan Aisyah dari tidurnya.

Pintu dikuak dari luar. Anis melemparkan senyuman pada sepupunya itu .

"feel better ?"soal Anis seraya melabukan punggung di hujung katil

Aisyah mengangguk lemah

"Kenapa dengan aku ?"soal Aisyah ragu-ragu.Seingatnya dia hanya tertidur , setelah batuk darah pada malam itu.

"Kau pengsan..Dah sehari kau tak sedarkan diri"katanya jujur

"Pengsan kenapa ?"soal Aisyah pelik

"Entah..Tahu-tahu jee kau dah pengsan" balasnya

"Kau tak ingat ke apa yang berlaku dua malam yg lepas ?"soal Anis pula

"Tak silap aku..Aku batuk darah lepastu aku tertidur"katanya setelah cuba ingat balik apa yg berlaku

"Batuk darah ?"soal Anis terkejut

"Haah , teruk jugalah.."balas Aisyah pula

"Ish..kau ni cah..Lain kali kalau ada masalah janganlah pendam sorang-sorang..Aku kan ada"luahnya seperti tahu sahaja bahawa gadis dihadapannya itu memerlukan teman untuk bercerita.

Aisyah hanya membalas dengan senyuman.

❤️❤️❤️❤️❤️

Pagi itu seperti biasa pasti Daniel mencari kelibat Aisyah Qistina tapi masih juga tidak ada. Dia mula rungsing memikirkan kenapa dan kemana Aisyah pergi..

"Hai boleh I duduk kat sini?"soal seorang wanita berkulit sawo matang itu . Dengan pakaiannya yang menjolok mata sememangnya membuatkan Daniel mula menyampah .

Tanpa membalas soalan itu , dia meletakkan beg galasnya di tempat kosong disebelahnya

'tak guna ! kau sombong dengan aku ! takpa kau tunggu nanti kau sendiri akan datang pada aku'getusnya didalam hati

"Aisyah tak datang ke ? Kesian awak sorang- sorang..Tu yg saya datang teman awak" katanya dengan nada manja

'dasar gedik !'

"its okay" balasnya tanpa berpaling sedikit ke arah gadis itu.Belum sempat gadis itu berkata apa-apa , Daniel terlebih dahulu meninggalkan dia berseorang disitu.

'daniel..daniel..tu lah siapa suruh sombong sangat dengan aku..kan tak pasal-pasal crush kesayangan kau tu dah sakit..'gumamnya didalam hati

❤️❤️❤️❤️❤️

"Assalamualaikum"

Syafiq yang sedang memasak untuk ibunya di dapur bergegas ke pintu hadapan ingin melihat siapa yang datang.Dia terpaksa mengambil cuti oleh kerana ingin menjaga ibunya yang sakit.Dia bimbang jika tinggalkan ibunya sendirian.

"Waalaikummussa..lam"dia terhenti disitu. Tersentak Syafiq saat melihat wanita yang berada di hadapannya sekarang. Pelbagai perasaan menyerbu dirinya saat itu.

"Makcik buat apa dekat sini ?"soalnya tegas

"Syafiq tolong makcik nak..Makcik nak jumpa Aisyah sekejap jee..Tolong laa Syafiq.." rayu Azyati pada Syafiq

"Sudahlah makcik..Aisyah takde dekat sini.. Makcik pergi balik laaa sebelum apa-apa perkara lebih buruk berlaku"

"Syafiq makcik sedar , makcik memang banyak dosa dengan keluarga kamu"rintihnya seraya menitiskan air mata

"Syafiq kenapa ni ?"soal Puan Siti setelah mendengar sedikit kekecohan diluar rumah. Puan Siti mengalihkan pandangannya ke arah susuk tubuh seorang wanita dihadapannya.

"kau ! kau buat apa dekat sini hah ?"degus Puan Siti

"kak...saya datang nak minta maaf pada kak. Akak bagilah saya jumpa anak saya satu minit pun jadilah..Tolonglah kak..Saya mohon sangat-sangat"pintanya pada dua beranak itu

"Ehh Yati , cukuplah ! Cukuplah selamani kau dah putuskan hubungan aku dengan suami aku , dengan anak aku , kau dah hancurkan segala-galanya.."

Azyati hanya mampu mendengar dan tidak boleh melawan , dia sedar akan kesalahannya

"Dulu engkau campak Aisyah tu macam kau campak sampah ! Aku ni yang jaga dia dari kecil sampai besar panjang , tapi kau nak ambil dia balik , jangan mimpilah Yati.. Kalau kau nakkan suami aku , kau ambillah , kau nak segala harta dia kau ambillah..Tapi jangan anak aku !"getusnya tegas

"Saya sedar saya berdosa kak..Maafkan saya.."rintihnya

"Yati..Aku mungkin boleh maafkan kau.. Tapi aku takkan lupa apa yg kau dah buat pada seluruh keluarga aku..Dulu kita bersaudara , tapi kau yang putuskan dulu.. Maafkan aku , hati aku dah lama tawar dan penat dengan semua permainan kau Yati.."

"Saat kau buang Aisyah dari hidup kau , kau pernah fikir macammana seorang anak nak hidup tanpa ibu kandung ?Saat tu aku hanya berserah pada Tuhan Yati..Kau dah rampas kebahagiaan aku..Kau rampas Ismail dari aku..Ehh ibu jenis apa kau ni Yati..Aku kecewa sangat dengan kau..Bayi yang tak berdosa tu kau campak macam sampah..Sudahlah Yati..Aku malas nak kenang apa yang sememangnya pahit untuk dikenang..Kau balik je lah.."rintihnya seraya melangkah masuk ke dalam rumah

"Syafiq masuk sekarang !"getus Puan Siti perlahan

Puan Siti menutup pintu hadapan seraya melangkah masuk ke bilik.Hatinya sakit sangat-sangat.Kenapa orang yang dia tak ingin datang kembali dalam hidupnya.

"allah..berilah aku kekuatan ya rabb"rintihnya setelah melabuhkan punggung di atas katil

❤️❤️❤️❤️❤️

TOK TOK TOK !

Pintu dikuak dari luar lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu . Dia melabuhkan punggung dihadapan wanita berwajah manis itu .

"Kenapa puan panggil saya kemari ?"soal Tuan Ismail pelik . Sebelum ini jikalau ada apa-apa hal , memang Puan Hamidah sendiri yang akan datang ke biliknya tapi berbeza kali ini dia dipanggil untuk datang kemari.

"Saya ada nak tanya sesuatu pada tuan" katanya berwajah serius

"Tanya apa ? tanya je puan"balasnya malas ingin memanjangkan cerita

"Macamni...."jelasnya pada Tuan Ismail panjang lebar

"Terimakasih puan atas maklumat tu" balasnya seraya melemparkan segaris senyuman padanya

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now