63

79 11 0
                                    

Senyuman manis diukirnya sebaik sahaja mendapat mesej daripada adik kesayangannya itu.

-Adik
Abang , adik ada suprise untuk abang ! Guess what ?

Syafiq
-Apadia ? Adik pergi honeymoon ke ?

-Adik
Tettt salah ! The true answer is..Tak lama lagi  abang akan ada  anak buah ! I'm Pregnant !

Syafiq
Ya Allah adik serius laaa , Alhamdulillah !

Ucapan syukur tak henti-henti dia ucapkan didalam hati.Dia menutup telefon lalu bergegas menyiapkan kerjanya .

❤️❤️❤️❤️❤️

Majlis pelancaran ataupun 'grand opening' Klinik Tengku Aisyah berjalan dengan lancar. Selepas sahaja semua bersurai dan pergi meninggalkan klinik itu , Aisyah melepaskan lelah di bangku. Begini rasanya penat seorang ibu mengandung.

"Sayang nak air tak ? Abang boleh tolong belikan ?"soalnya sambil menyusun beberapa fail di atas meja

"Boleh jugak bang.."balas Aisyah lalu menyentuh-nyentuh kepalanya yang pening.

"Sayang okey tak ?"soal Daniel risau setelah melihat isterinya menyentuh-nyentuh kepalanya.

"Saya okey..Biasalah awak orang mengandung.."balas Aisyah pula lalu seukir senyuman paksa diukirnya

"Sure ?"

Aisyah mengangguk .

"Abang pergi kejap je sayang..Kalau apa-apa berlaku call abang ? Okay ?"pesannya seraya mengucup dahi isterinya.

Setelah Daniel jauh dari pandangannya. Aisyah mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail satu nombor.

"Assalamualaikum izzah..Aku nak minta tolong dengan kau boleh ?"soal Aisyah sayu

"Kenapa ? Kau masih sakit ke ?" soal rakannya didalam panggilan

"Izzah , kau tahu kan aku pregnant ? Sejak dua menjak ni aku kerap sangat sakit kepala , kadang-kadang penat dia rasa macam nak pitam walaupun tak buat aktiviti berat..Aku penatlah izzah.."luahnya lalu air mata bercucuran jatuh

"Cahh kau sabar okey ? Petang ni kau datang klinik aku..Aku check ? Jangan risau Insya Allah takde apa-apa" pujuk rakannya itu

❤️❤️❤️❤️❤️

Aisyah membaiki shawlnya buat sekian kali. Dia sudah meminta izin daripada Daniel untuk bertemu dengan rakannya , Izzah. Tetapi tidak diberitahu kenapa dan dimana.

Aisyah menghidupkan enjin kereta lalu memecut keluar dari rumah agam itu.

Aisyah memasuki 'Klinik Izzah' dengan berhati-hati .

"Cik Aisyah kan ?" soal pekerja di kaunter disitu.

Aisyah membalas dengan anggukan.

"Doktor Izzah ada dekat dalam bilik 2 , cik boleh masuk.."katanya , lalu Aisyah melangkah menuju ke bilik itu.

"Aisyah ! Ya Allah lamanya tak jumpa kau !" jerit Izzah gembira lalu berpelukan dengan Aisyah

"Wow dah nampak baby bump lah ! Dah berapa bulan dah ?"soal Izzah teruja

"Dah nak masuk 2 bulan.."balas Aisyah lalu senyuman diukirnya

"Ouh , Alhamdulillah..So apa cite beb ? Kau still sakit ?"soal rakannya risau

"Entahlah zah..Sejak dua menjak ni aku kerap sangat pening sampai kadang-kadang aku rasa nak pitam.."luahnya pada rakannya , Izzah.

"Ouh , takpe kita try check darah dan jantung dulu.."jelasnya lalu membalut lengan Aisyah dengan cuff untuk memeriksa tekanan darah dan jantung.

"Alhamdulillah jantung kau normal..Tapi.. tekanan darah kau.."kata-katanya terhenti disitu

Aisyah menantikan perkataan seterusnya dari rakannya itu dengan penuh tanda tanya.

"Tekanan darah kau rendah.."jujurnya pasrah

Aisyah tersenyum pasrah mendengar ucapan dari rakannya sebentar tadi. Seperti yang dia agak .

"Penyakit aku ni akan effect pada baby ke ?" sayu sahaja wajahnya saat itu

"Maybe.." balasnya pasrah

Air matanya yang cuba ditahan dari mengalir akhirnya bercucuran jatuh keluar dari matanya.

Izzah memeluk erat rakannya itu. Dia membelai lembut belakang gadis itu.

"Cah..Sabar okey..Insya Allah takde apa-apa, doa itu penting..Janji dengan aku lepas ni , tolong sangat-sangat jangan skip makan ubat.."dalam dia memujuk , dia juga memberi pesanan buat rakannya itu. Bukannya Izzah tidak kenal dengan sifat kawannya seorang itu , susah nak makan ubat.

Aisyah Sakit ? Whattttt !? So ni lah , rahsia yang Aisyah simpan sorang-sorang 🤪 Dont forget to vote and share with your friends ! ❤️

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now