35

71 12 2
                                    

Suasana dingin menambahkan keheningan pada pagi itu.

"Sebenarnya apa mak ?"Syafiq ragu-ragu apakah yang ibunya ingin sampaikan.

"Sebenarnya mak ada sesuatu nak cerita pada kamu..Tapi mak harap sangat-sangat kamu percaya cakap mak.."sayu sahaja dia memandang wajah anaknya itu.

"Apadia ?"soalnya dengan wajah serius

"Semalam mak mimpi arwah Amir.."dia terhenti disitu.Syafiq dapat perasan akan perubahan wajah ibunya .

"lepastu ?"soal Syafiq ingin ibunya menghabiskan cerita

"Amir datang dekat mak..Amir cakap mak kena tolong adik..Mak tanya Amir kenapa dengan adik..Amir tak jawab , dia cuma suruh mak selamatkan adik demi dia.." luahnya seraya menitiskan air mata

Syafiq terkejut mendengar cerita ibunya itu. Susah untuk dia percayakan apa yang ibunya ceritakan itu , namun dia percaya ibunya tak mungkin berbohong.

"Mak.."pujuk Syafiq setelah ibunya itu menangis teresak-esak.Dia memeluk ibunya. Entah mengapa sejak dua menjak ini ibunya bersikap demikian.

Hatinya juga asyik rasa tak tenang dan mengatakan ada sesuatu perkara buruk sedang berlaku pada adiknya cuma dia belum pasti apa dan kenapa. Dia masih ingat waktu dia menelefon adiknya itu minggu lepas. Suaranya ceria seperti biasa.

'insyaallah takde apa-apa' doanya didalam hati

❤️❤️❤️❤️❤️

Kehulu-kehilir dia mencari kelibat lelaki itu malah tiada . Hampir setengah jam dia menunggu dan akhirnya dia menemui lelaki yang dicarinya.

Dia mengejar lelaki itu dari belakang . Dia mencapai bahu lelaki itu supaya berhenti berjalan .

Lelaki itu berpaling ke belakang ingin melihat siapakah yang menyentuh bahunya

"Ehh Tuan Ismail..Kenapa ni?"soal Daniel setelah melihatnya tercungap-cungap mencari nafas

"Saya nak cakap sikit dengan kamu.." katanya setelah melepaskan lelah seraya kakinya menuju ke biliknya berdekatan. Daniel mengikutinya dari belakang.

Mereka masuk ke dalam bilik pejabatnya. Lalu Daniel melabuhkan punggung di atas sebuah kusyen berhampiran dengannya begitu juga dengan Tuan Ismail.

"Tuan kenapa ni?"soal Daniel ragu-ragu . Bimbang juga dia jikalau dia ada buat masalah di sekolah ini tanpa dia sedar.

"Kamu kawan baik Aisyah Qistina kan ?" tegang sahaja wajahnya saat mengajukan soalan itu

Daniel hanya mengangguk.

"Boleh saya tahu secara peribadi kenapa Aisyah tak datang, dah lebih pada seminggu dia tak datang.." Dia berharap agar lelaki di hadapannya itu ada jawapan yg kukuh supaya dia dapat menyelamatkan anaknya daripada terkena apa-apa tindakan daripada pihak kaunseling

"Ermmm.."

'patut ke aku beritahu tuan ismail perkara sebenarnya ? ya aku perlu beritahu.. tuan ismail ini ayahnya dan demi menyelamatkan aisyah dari terkena apa-apa tindakan.. better aku berterus terang' omelnya didalam hati

"Sebenarnya.. Aisyah sakit tuan.." sayu sahaja suaranya saat itu.

Saat itu jantungnya bagaikan hendak luluh. Perasaan bersalah mula datang menyerbu dirinya.Dia sedar dia bukanlah ayah yg baik buat anaknya.

'yaallah berdosanya aku..anak aku sakit.. tapi aku tak pernah ambil kisah..ya allah..' rintihnya didalam hati

"Tapi saya mohon pada tuan..Tolong jgn ceritakan perkara ni pada siapa-siapa.. Aisyah minta pada saya untuk tak beritahu pada sesiapapun.. Termasuk ibunya sendiri.." balasnya sayu

"Ya Allah..Saya berdosa pada anak saya sendiri..Aisyah sakit apa... ?" hancur hatinya saat mengetahui anak kesayangannya itu sedang sakit.

"Anis beritahu pada saya.. Doktor masih belum kenal pasti Aisyah sakit apa.. Cuma lately ni dia kerap muntah and batuk darah.. Kadang-kadang dia pengsan tiba-tiba , and ada juga dia tak sedarkan diri seharian.." Hanya berterus terang sahaja dapat menyelamatkan Aisyah dari terkena apa-apa tindakan dari pihak kaunseling.

Suasana hening mula menyerbu bilik itu. Kedua-duanya amat menyayangi Aisyah Qistina. Bukan mudah untuk mereka terima apa yang sedang berlaku tetapi itulah kenyataannya.

❤️❤️❤️❤️❤️

Sudah seminggu lebih Manis dan jururawat bawahannya merawat Aisyah namun mereka masih belum dapat mengenal pasti apakah penyakit yang sedang dihadapinya. Dia juga ada meminta kepada doktor atasannya untuk membantunya mengenal pasti penyakit apa yang dihadapi oleh pesakitnya namun masih tidak mendapat jawapan juga.

So sorry if this chap membosankan😭🙏 Sis cuba cari idea and rajinkan diri untuk menaip.. Please give me some love with vote ! ❤️ So appreciate it !

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now