48

63 10 0
                                    

30 tahun yang lepas ,

flasback

"Sayang masak apa tu ?"soal sang suami lalu memeluk isterinya dari belakang

"Saya masak lauk kegemaran abang laa.." balas Puan Siti sambil mengacau lauk didalam kuali

"Hmm..Anak kita mana ?"soalnya lagi

"Syafiq pergi sekolah , Amir ada tu dekat depan main mainan"balasnya pula

"Ouh.."balasnya lalu mencium pipi isterinya itu

"Ish abang ni..Nak menggatal pun bukan dekat sini.." getusnya perlahan

"Alaa biarlah , abang nak bermanja dengan isteri sendiri pun tak boleh ke ?"soalnya manja

"Ishh abang ni nakal tauu"sinisnya lalu mencubit lengan suaminya.

"sayang..start esok abang ada kerja kat luar negeri..so mungkin abang tak balik beberapa hari" kata Tuan Ismail lalu melabuhkan punggung diatas kerusi

"ouh..takpelah , tapi abang pergi jangan lama sangat.."pesannya saat melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan suaminya.

"Iye sayang.."balasnya seraya memegang tangan isterinya

Keesokan harinya ,

"Abang pergi dulu sayang..Syafiq jaga mak elok-elok ya"pesannya lalu bersalaman dengan anak dan isterinya

Jam menunjukkan pukul 4.30 petang

"Hai tuan dah sampai.."kata salah seorang pekerjanya disitu

Tuan Ismail membalas dengan senyuman

"So , tuan menginap dimana ? Jauh ni tuan dari rumah tuan.." tanya salah seorang pekerjanya

"Saya ada sewa sebuah rumah.."balasnya

"Ouh..Okeylah kalau tuan dah ada rumah.." balasnya seraya senyuman dilemparkan

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam

Dia bergegas keluar dari keretanya dan menuju ke tandas awam dihadapannya . Setelah selesai membuang hajat , dia menuju ke keretanya dan memecut keluar dari kawasan itu.

Saat dia sedang khusyuk mendengar lagu , tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan terjatuh dari tempat duduk disebelahnya . Dia menggapai-gapai telefonnya dan menyebabkan dia terlanggar seorang wanita. Dia terkejut lantas keluar dari kereta ingin melihat apakah yang dilanggarinya tadi.

"Cik..Cik okay ke ? Saya minta maaf.." ucapnya memohon maaf namun teragak-agak untuk membantu wanita dihadapannya.

"Ehh kau ni buta ke apa ! Dahlah langgar aku ! Lepastu buat-buat tak tahu ! Erghh !" jerkahnya sambil cuba untuk bangun

"Saya minta maaf cik..Saya tak sengaja.." katanya meminta maaf

"Maaf , maaf..Nasib baik luka aku tak parah tau..Dahlah sekarang aku nak kau hantar aku balik !"bentaknya lalu berjalan terencot-encot menuju ke kereta lelaki itu.

"Rumah cik kat mana ?"soal Tuan Ismail setelah sekian lama mendiamkan diri

"Rumah Pangsa Johor Bahru , Jalan Melati.. You tau kan dekat mana ? soalnya sekilas pandang

Tuan Ismail mengangguk sebagai balasan

lelaki ni boleh tahan hensem juga..kereta pun mewah..mesti anak orang kaya..kena try ni..hmm , nak kikis harta lelaki ni kena ada plan..okey i got a plan.. omelnya didalam hati

"Rumah awak yang mana satu ni ?"soal Tuan Ismail setelah sampai di kawasan perumahan itu.

"You parking je kat tepi tu..And then you teman I naik kat atas boleh ? I takutlah naik sorang-sorang..Selalunya dekat depan tu mesti ada budak-budak rempit duduk lepak.. I takut lah.."kata wanita itu lagi

"Err..Kalau you naik sendiri tak boleh ke ?" soalnya tak ingin menemani gadis itu

"Alahh please..Dahlah kaki I luka sebab you.. You ni takkan tak ada rasa belas kasihan sikit dekat I..You should be grateful tau , I tak buat report polis.." sinisnya selamba

"Okay..Okay I teman you..Dahlah jom cepat" balasnya malas ingin memanjangkan cerita

Sampai di blok rumah wanita itu.

"Jemputlah masuk.."ucapnya seraya menanggalkan kasutnya

"No is okay..Saya pun nak cepat ni.." balasnya ingin meminta diri

"Auch!"jeritnya sambil menyentuh-nyentuh kakinya

"You okay tak ?"soal Tuan Ismail cemas

"Tak..Boleh tak kalau you tolong ambilkan ubat dekat atas kabinet tu.."katanya sambil jarinya menunjuk ke arah satu kabinet

Tuan Ismail terpaksa akur dan masuk ke dalam rumah wanita itu.Dia menuju ke ruangan kabinet itu.Wanita itu duduk berlunjur kaki di atas katil.

"Tolonglah sapukan..Sakit sangat"lakonnya

Tuan Ismail mengambil kapas dan ubat lalu disapu pada tempat luka wanita itu. Saat dia sedang menyapukan ubat pada kaki wanita itu , tiba-tiba pintu bilik gadis itu diketuk bertalu-talu.

Tok Tok Tok

Tuan Ismail bangun dari katil dan bergegas menuju ke pintu utama.

"Ye cik kenapa ?"soal Tuan Ismail

"Kami dari Jabatan Agama Islam ingin menangkap kamu berdua kerana telah melakukan maksiat disini"jujurnya

"Cik..Kami tak buat apa-apa pun , saya cuma tolong dia sebab saya terlanggar dia tu je encik..tolonglah encik.."rayunya pada salah seorang lelaki dihadapannya

"Kita selesaikan di masjid.."jelasnya malas ingin memanjangkan cerita

DIA CRUSH AKU ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt