36

69 11 0
                                    

Lamunannya terhenti apabila satu mesej masuk. Dia bergegas menekan aplikasi whatsapp untuk membukanya.

Abang..Anis rasa abang kena datang ke Kl sekarang..Maafkan Anis dan maksu sebab tak beritahu perkara sebenar.. Aisyah minta pada kami untuk tak beritahu pada sesiapa..Tapi Anis rasa bersalah bila rahsiakan perkara ni dari abang..Abang Aisyah sakit..Dah 2 minggu Aisyah sakit.. Tapi doktor masih belum dapat kesan Aisyah sakit apa..Abang..Dah 3 hari Aisyah tak sedarkan diri..And harini juga doktor akan datang beritahu Aisyah sakit apa..Anis risau bang..Anis takut kalau abang tak sempat nak jumpa Aisyah..Hati Anis tak sedap sangat bang..Maafkan kami.. - Anis

Luluh jantungnya saat membaca mesej itu. Benarlah firasat hatinya selama ini.. Ada sesuatu perkara buruk sedang berlaku pada adiknya.. Dia bergegas menuju ke bilik ibunya untuk memberitahu perkara sebenar.

❤️❤️❤️❤️❤️

Wajah pucat manis Aisyah itu ditatapnya sayu. Rindu betul hatinya pada gadis yang sentiasa ceria itu. Kini segaris senyuman pun susah untuk dia lihat pada wajah gadis itu.

"Awak kuat Aisyah..Tolonglah bertahan.. Kami semua sayangkan awak.."kata Daniel perlahan

"Aisyah aku tahu kau kuat..Kau kena lawan semua ni okey.." Balqis memberi kata semangat pada rakannya itu walaupun dia tahu Aisyah mungkin tak dengar

"Kami semua ada disini untuk kau Aisyah.. Tolonglah sedar cahh.." tanpa sedar air mata Dhiya mengalir

Balqis memeluk Dhiya yang kini sudah mula menangis . Semua sedih melihat keadaan Aisyah. Semua kenalannya sudah berada di situ. Anis menelefon rakan sekolej mereka untuk datang ke situ melawat Aisyah . Anis tahu semua rakan sekolejnya rindukan Aisyah begitu juga dengan dirinya.

❤️❤️❤️❤️❤️

Syafiq membantu ibunya keluar dari kereta. Puan Siti tergopoh-gapah berjalan menuju ke rumah banglo mewah milik adiknya itu. Walaupun kakinya sakit , tapi kesihatan anaknya itu lebih penting baginya.

"Mak..pelan-pelan.." dia tahu ibunya itu risaukan adiknya. Dia juga begitu. Namun kesihatan ibunya juga pula perlu dijaga. Kaki ibunya itu baru sahaja mahu pulih , dia tak mahu kaki ibunya itu semakin parah.

Setelah mereka sampai di bilik Aisyah . Puan Siti kaku melihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas katil . Dia terharu melihat rakan sekolej Aisyah juga turut berada di situ.

Puan Siti menghampiri anak gadisnya itu. Dia melabuhkan punggung di atas katil sebelah anaknya berbaring.

Dia mengusap wajah manis anaknya itu. Pucat sahaja wajahnya. Tanpa dia sedar air matanya mula mengalir. Tiada dia sangka anaknya yang selama ini ceria sedang sakit yang mana penyakitnya belum dapat dikesan oleh doktor .

"Kak..Maafkan saya kak..Saya bukan taknak cerita hal sebenar pada akak..Tapi.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya , Puan Siti menyampuk

"Tak apa dik..Kak kenal dengan sifat Aisyah.. Dia memang tak suka susahkan orang.. Sebabtu lah dia taknak akak tahu.. Tapi terimakasih sebab jaga Aisyah macam anak kamu sendiri..Maafkan akak dah menyusahkan adik sekeluarga.." dia cuba menenangkan adik kandungnya itu . Dia sedar adiknya juga turut terasa terbeban dengan apa yang anaknya sedang lalui. Dia sangat bersyukur kerana adiknya itu sudi menjaga anaknya walaupun dia sedang tenat sakit.

❤️❤️❤️❤️❤️

Pandangan semua yang berada di situ teralih setelah beberapa orang doktor masuk ke bilik itu. Doktor Manis terkejut melihat bilik itu dipenuhi dengan tetamu. Dia tahu semuanya ingin kan jawapan darinya. Namun dia sendiri pasrah. Sudah 2 minggu dia cuba mengesan penyakit apakah yang sedang dihadapi oleh Aisyah . Namun masih tiada jawapannya. Mungkin benar apa yang Doktor Ustaz Jalil hujahkan.

"Doktor..Macam mana ? Doktor dah dapat kesan penyakit apa yang anak saudara saya sedang hadapi ?"sayu sahaja wajah Datin Alya memandang Doktor Manis itu

Entah bagaimana Manis ingin memberitahu perkara yang sebenarnya. Namun apakan daya , dia juga doktor dan seorang manusia yang lemah. Baginya inilah pasien pertama yang paling susah untuk dia rawat dan ubati.

"Puan..Maafkan saya..Sampai sekarang pihak hospital tak dapat kesan penyakit jenis apa yang Aisyah sedang hadapi sekarang.. Saya buntu Datin.. Inilah pengalaman pertama saya berjumpa pesakit seperti Aisyah.."

"Doktor Ustaz Jalil ada beritahu saya.. Aisyah tak ada apa-apa penyakit.. Dari segi kesihatan dia sihat.. Dia beritahu saya.. Mungkin.. Aisyah kena buat oleh orang.. Pada mulanya sukar untuk saya percaya semua tu..Namun mungkin perkara itu benar..Saya sarankan Puan bawa Aisyah pergi ke perubatan Islam.." hujah Doktor Manis panjang lebar

Semua yang berada disitu turut terkejut . Siapa yang berdengki dengan Aisyah yang baik hati ini.

"Terimakasih doktor..Maafkan kami jika kami dah susahkan pihak hospital.." sayu sahaja Datin Alya meminta maaf.

"Sepatutnya pihak kami minta maaf pada Puan dan semua..Maafkan kami kerana tak dapat selamatkan Aisyah.."

"Saya sebagai seorang doktor.. Sangat- sangat minta maaf bagi pihak saya.. Saya gagal menjadi seorang doktor yang terbaik.. Maafkan saya.."rintihnya meminta maaf

"Kamu dah cuba yang terbaik Manis.." tangan lembut doktor Manis itu dielusnya sebagai tanda terimakasih

Kesian Aisyah... Siapalah yang busuk hati sangat dengan Aisyah tu...Cuba korang bagi pendapat korang..Agak-agak siapalah yang buat jahat pada Aisyah tu 😔

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now