61

68 9 0
                                    

Aisyah menghampiri meja solek untuk menyikat rambutnya. Dia membelai rambut nya lembut lalu mengambil Minyak Kelapa disapukan pada kepalanya. Itulah salah satu rahsia rambutnya lebat dan tebal.

Daniel datang memeluk Aisyah dari belakang. Dia menghidu bau minyak kelapa yang wangi itu.

"Ermm wanginya"kata Daniel lalu membelai rambut isterinya

"Ada-ada je awak ni kan.."bebel Aisyah

Daniel melepaskan pelukannya dari Aisyah lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Aisyah memandang pelik suaminya. Takkan merajuk kot.

"Dah kenapa pula tu ?"soal Aisyah tanpa berpaling pada suaminya

"Sayang..Boleh tak awak stop panggil saya 'awak' ?" soalnya geram

"Dah tu nak panggil apa ?"soal Aisyah lagi

"Aisyah , kita ni dah 2 bulan mendirikan rumah tangga..Sayang still nak panggil awak ? Saya nak juga dengar isteri saya panggil saya abang ke , sayang ke..." sinisnya

"Alaaa awak , janganlah merajuk.."pujuknya lalu melabuhkan punggung di atas katil

"Awak lagi" degusnya

"Ishh saya malulah.." kata Aisyah

"Nak malu apa , saya ni suami awak.. Start from now , you should call me abang.. Okey sayang ?" soalnya manja

"Tapi.." belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya Daniel menyampuk

"Berdosa tau seorang isteri tak dengar cakap seorang suami..Sayang nak ke jadi isteri derhaka ?" sakatnya

"Ishh yerlah-yerlah..Saya minta maaf 'abang'' sengaja ditekankan sedikit perkataan abang itu

"Dahlah abang saya nak turun bawah kejap.. Nak tolong mama masak.." kata Aisyah meminta izin

"Okey , nanti abang turun ye sayang" balasnya manja

"Family sayang pun datang sekali kan nanti?"soal Daniel saat teringat akan keluarga mentuanya.

Aisyah membalas dengan anggukan.

"Sayang awak tinggal sesuatu" Aisyah berpaling ke belakang ingin melihat apa yang ditinggalnya.

"Apa ?"soal Aisyah hairan

"Awak tertinggal..."Daniel mengeluarkan mini love dari kocek seluarnya.

Aisyah tersenyum manja melihat telatah suaminya itu. Entah mengapa suaminya jadi begitu.

❤️❤️❤️❤️❤️

Aisyah membancuh air manakala Puan Hasnah pula menghidangkan makanan di ruang makan.

Ding Dong !

"Jemputlah masuk" kata Dato Jefri setelah melihat keluarga besannya tiba.

Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi. Makanan yang terhidang elok itu dipandangnya gembira.

"Mak..Mak sihat ?"soal Aisyah lalu bersalaman dengan ibu dan ayahnya.

"Alhamdulillah mak dengan ayah sihat.." balas Puan Siti seraya segaris senyuman diukirnya.

"Semua dah ada ?" soal Daniel sebaik sahaja tiba di ruang makan lalu melabuhkan punggung di atas kerusi

Semua membalas dengan anggukan

"Dah lama kita tak makan ramai-ramai macam ni kan" kata Dato Jefri senang

"Haah tu lah kan bang , rasanya last makan ramai-ramai macam ni pun masa perkahwinan Aisyah dan Daniel haritu.." sampuk Puan Hasnah pula

Puan Siti dan Tuan Ismail hanya ketawa melihat gelagat pasangan suami isteri itu.

"Jemputlah makan semua.." kata Dato Jefri lagi

"Sedapnya awak masak sayang.." sinis Dato Jefri manja.

"Ishh abang ni , ada-ada je..Ni Aisyah yang masakkan bukan saya.." jelasnya

"Betul ke ni anak ayah yang masakkan ?" sakat Tuan Ismail

"Ishh betullah ayah..Takkan lah mama nak tipu pula" seloroh Aisyah pula

"Alahh abang ni..Like mother like daughter laa" seloroh Puan Siti pula

Mereka bergelak tawa , pelbagai topik mereka bualkan. Saat mereka sedang rancak berbual , Aisyah menyentuh- nyentuh kepalanya yang terasa amat sakit.Dengan tiba-tiba , Aisyah berasa loya lalu dia bergegas menuju ke singki dapur memuntahkan segalanya.

Semua yang berada disitu memandang Aisyah pelik. Takkan kejadian sebelum ni berlaku lagi kot. Perasaan risau mula hadir dalam diri mereka. Daniel bergegas berlari ke arah Aisyah setelah terdengar isterinya muntah.

Daniel menggosok-gosok belakang isterinya lembut. "sayang okey tak ?" soal Daniel risau

"saya okey , abang jangan risau.." balasnya lemah

"Macam mana abang tak risau sayang.. Jom lah kita pergi klinik.." kata Daniel lagi

"No its okay abang..Lagipun kita kan tengah dinner ramai-ramai macam ni..Aisyah taknak lah rosakkan dinner malam ni.." balas Aisyah lemah

Daniel hanya mampu mengeluh . Inilah sifat Aisyah Qistina , degil. Aisyah menuju semula ke ruang makan tadi.

"Nak kamu okey tak ?"soal Puan Siti risau

"Aisyah okey mak..Mak jangan risau.." balas Aisyah lalu segaris senyuman diukirnya

"Daniel bawalah isteri kamu jumpa doktor.. Mama risau kalau ada perkara buruk berlaku nanti.." belum sempat Puan Hasnah menghabiskan ayatnya Aisyah menyampuk

"Takpe mama..Aisyah okey..Mungkin perut Aisyah masuk angin..Sorry semua Aisyah dah rosakkan dinner malam ni.."katanya lagi meminta maaf

"Its okay Aisyah..Yang penting sekarang adalah kesihatan kamu..Aisyah pergilah berehat ya , dont worry"kata Dato Jefri pula

Aisyah mengangguk lemah . Daniel memimpin tangan Aisyah untuk naik ke tangga. Sampai sahaja didalam bilik , Aisyah terus melabuhkan badan di atas katil.

Daniel melabuhkan punggung di atas katil. Tangan Aisyah itu diusapnya lembut.

"Sayang..Betul ke awak taknak jumpa doktor ? Abang risaulah.."soal Daniel risau. Dia takut kejadian sebelum ini berulang lagi

"Ye saya okey abang..Mungkin perut saya masuk angin..Esok insyaallah okey laa ni.." katanya menguatkan diri

Daniel terpaksa mengalah setelah berkali- kali memujuk untuk ke hospital .

"Abang pakai perfum apa ni ? Busuknya.." soal Aisyah lalu menutup hidungnya

"Abang pakai perfum yang selalu abang pakai tu laa.." balas Daniel pelik

"Abang tukarlah baju lain , or abang pergi mandi..Busuklah.." bebel Aisyah

"Apa kena dengan awak ni Aisyah ?" soal Daniel pelik

"Abang please tukar.."rengeknya manja

"Okey-okey , abang tukar ye sayang.." terpaksalah juga dia mengalah dengan isterinya seorang itu.

Hshshshsh , dah boleh agak kan Aisyah tu kenapa ? Dont forget to vote and share with friends ! Thankyouu🤗

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now