58

61 8 0
                                    

Semua menunggu Azyati di luar bilik ICU dengan risau.Makcik Roziah yang tidak henti-henti menangis dipujuk oleh Puan Siti. Aisyah pula berpelukan dengan suaminya kerana risau jika ada sesuatu perkara buruk berlaku pada ibu kandungnya.

Doktor Khuzairi keluar dari bilik ICU lalu bertemu dengan ahli keluarga pesakitnya.

"Doktor macam mana dengan anak saya ?" soal Makcik Roziah dalam tangisan

"Saya harap makcik dan semua bersabar.. Puan Azyati sudah tidak dapat diselamatkan melalui pembedahan ataupun melalui ubat kerana sel kanser telah merebak ke seluruh tubuhnya..Maafkan kami tapi pesakit kanser tahap 4 tidak dapat diubati..Maafkan saya..Puan Azyati hanya tinggal beberapa jam lagi untuk hidup..Kalau makcik dan semua nak bertemu dengannya silakan..Sekali lagi saya minta maaf.."jelasnya memberi keterengan

"Terimakasih doktor" balas Tuan Ismail

Semua bergegas masuk kedalam bilik yang menempatkan Azyati.Luluh hati mereka saat melihat badan Azyati dipenuhi dengan wayar. Makcik Roziah membelai tangan anak perempuannya sayu.

Azyati tersedar dari pengsan . Saat dia membuka matanya ,dia melihat seluruh ahli keluarganya berada disitu.

Azyati menyentuh tangan ibunya lalu berkata "Mak..Yati sayang mak..Maafkan segala kesalahan yati pada mak..Halalkan segala makan minum yang mak pernah beri pada Yati.."katanya tergagap-gagap

"Mak dah lama maafkan kamu nak..Tolong jangan tinggalkan mak adik.."rintihnya

"Kakak"terpacul itu dibibirnya. Puan Siti mendekati adik perempuannya.

"Kakak..Maafkan segala kesalahan Yati.. Yati dah banyak berdosa pada kakak..Maafkan adik kakak.."katanya sambil menyentuh tangan Puan Siti

"Kakak maafkan kau dik..Adik kena kuat.. Adik kena lawan semua ni..Kuat ye dik.." katanya memberi semangat

"Aisyah"panggilnya perlahan

Aisyah menghampiri ibunya. Dia menangis teresak-esak sebaik sahaja menyentuh tangan ibunya.Tangan ibunya saat itu sungguh sejuk.Dia tahu ibunya sudah tidak mempunyai banyak masa.

"Maafkan ibu nak..Ibu sayang kamu.. Maafkan ibu , ibu tak dapat jadi seorang ibu yang baik untuk Aisyah..Aisyah jaga diri ya.. Maafkan segala dosa ibu..Nanti bila ibu dah pergi , ingat dengar cakap suami..Sebab dialah syurga kamu.."luahnya sambil memegang tangan Aisyah.

Selepas sahaja dia selesai meminta maaf dengan semua orang. Dia seakan sesak nafas , dia tercungap-cungap mencari nafas. Aisyah menangis lalu memegang tangan ibunya.Dia tahu inilah saat ibunya akan pergi..

"Mak ikut apa yang Aisyah cakap.."katanya didalam tangisan

"Asyhaduallahilahaillalah waasyhaduanna muhammadarrasullullah" Azyati mengikut setiap kalimah yang diucapkan oleh Aisyah. Selesai sahaja dia membaca syahadah , nyawanya telah direntap tarik.

Semua yang berada disitu menangis dan sedih dengan pemergian Azyati . Daniel memeluk Aisyah yang kini sudah menangis teresak-esak. Syafiq menarik selimut bagi menutupi wajah ibu tirinya.

❤️❤️❤️❤️❤️

Pengebumian Azyati berjalan dengan lancar. Mereka mengebumikan Azyati di sebuah perkuburan di Johor.

Selesai sahaja pengebumian , semua beransur pulang . Hanya tinggal Aisyah , Syafiq , Puan Siti , Makcik Roziah , Tuan Ismail dan Daniel sahaja disitu.

Saat mereka sedang membaca yasin. Tiba-tiba seorang lelaki datang kesitu.

"Kamu Jali ke ?"soal Makcik Roziah sebaik sahaja lelaki itu datang

Jali membalas dengan anggukan

"Arwah ada pesan pada makcik untuk bagi surat ni pada kamu..Boleh makcik tahu apa hubungan kamu dengan arwah ?"semua yang berada disitu memandang Jali dengan penuh tanda tanya

"Saya suami arwah" jelasnya sambil memandang kubur di hadapannya

Makcik Roziah dan semua yang berada disitu mengangguk tanda mengerti lalu pergi meninggalkan Jali berseorangan disitu.Mereka tahu Jali ingin kan ruang untuk berseorangan disitu.

Jali memandang kubur dihadapannya dengan penuh sebak. Walaupun selama ini dia selalu berkasar dengan arwah isterinya , tetapi dia ikhlas sayangkan Azyati. Air mata jantannya bercucuran jatuh. Dia membuka surat yang berada di tangannya.

Assalamualaikum abang ,

Pertama sekali Yati nak minta maaf atas segala salah silap Yati pada abang..Yati sedar Yati bukanlah seorang isteri yang baik untuk abang..Maafkan Yati abang , Yati dah banyak menyusahkan abang..Terima kasih atas segalanya abang..Halalkan segala apa yang Yati pernah ambil dari abang..Yati minta maaf sebab tak pernah jujur tentang penyakit Yati..Yati cuma taknak menyusahkan abang..Yati harap selepas sahaja Yati pergi dari dunia ni , abang akan bahagia dengan teman hidup abang yang lain..Maafkan Yati kerana dah hancurkan kebahagiaan hidup abang..Semoga abang akan lebih bahagia dengan kehidupan baru abang..Terima kasih abang untuk segalanya.

Dia menangis teresak-esak. Dia menyesal atas segala perbuatannya pada arwah.

❤️❤️❤️❤️❤️

Daniel membuka radio bagi menghilangkan kesunyian.Dia tahu bukan mudah untuk Aisyah hadapi semua yang berlaku. Kehilangan seseorang yang sangat disayangi bukanlah untuk dilupakan.Aisyah yang dari tadi mendiamkan diri kini bersuara.

"Awak kita nak pergi mana ni ?"soal Aisyah apabila suaminya menuju ke satu kawasan pantai

Daniel hanya membalas dengan senyuman

Setelah berminit-minit , akhirnya mereka telahpun sampai di destinasi yang dituju.

"Awak kita nak buat apa dekat sini ?" soalnya sambil memandang sebuah restoran dihadapannya

"Sayang still ingat tempat ni ?" soalnya pula

Aisyah membalas dengan anggukan.

"Tempat first time kita keluar makan sama- sama" katanya saat teringat kenangan mereka disini

"Nasib baik awak ingat lagi.."kata Daniel lalu segaris senyuman diukirnya

"Dah jom keluar" ajak Daniel

Mereka menuju ke sebuah meja yang berada di tepi pantai.

"Awak masih pilih tempat ni?"soal Aisyah apabila teringat bahawa inilah meja makan yang mereka duduk dahulu.

"Duduk laa..I have something to tell to you" kata Daniel sambil menarik kerusi Aisyah untuk diduduk

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now