56

71 8 0
                                    

Bunyi riuh diluar biliknya menyedarkannya dari tidur . Dia bangun dah bergegas menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai sahaja memakai dress pengantin , dia membaiki tudungnya dihadapan cermin .

"Nak..Dah siap ke pakai baju ? Mak nak cakap sikit boleh ?"soal Puan Siti di muka pintu

"Kenapa mak?"soal Aisyah yang sedang membaiki tudungnya

Puan Siti dan Aisyah melabuhkan punggung di atas katil.

"Lagi beberapa jam , kamu dah jadi isteri orang..Ingat pesan mak , tempat seorang isteri perlu sentiasa ada di sisi suami.. Jangan lupakan mak na sayang..Selalulah datang jenguk mak..Mak yakin Daniel boleh jadi seorang suami yang baik..Terimakasih cah sebab dah tunaikan permintaan terakhir arwah abang Amir..Mak minta maaf atas segala salah silap mak..Mak sayang kamu sangat-sangat nak..Mak halal kan semuanya.."luah ibunya sambil memegang pipi anaknya. Mereka berpelukan.

❤️❤️❤️❤️❤️

Pelbagai perasaan bercampur baur dalam dirinya . Berdebar , takut , gembira , sedih semua hadir tatkala itu . Lagi beberapa jam dia akan bergelar seorang suami kepada seorang gadis yang sudah lama dia tunggu.

"You can do this Daniel !"katanya pada diri sendiri memberi semangat

Tok Tok Tok

"Daniel dah siap ke ? Jom kita nak pergi ambil pengantin perempuan pula.." kata Puan Hasnah di muka pintu

"Okey mama nanti Daniel turun" balasnya

"Bismillahirrahmanirrahim..Semoga semuanya dipermudahkan" doanya lalu keluar dari biliknya

❤️❤️❤️❤️❤️

Mereka sampai didewan tepat jam 1.00 petang . Keriuhan di dewan itu menambahkan lagi debaran Daniel pada petang itu .

Aisyah kini sudah naik ke pelamin manakala Daniel pula melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Bismillah"ucapnya sendirian

"Tengku Daniel Faris Bin Tengku Dato Jefri aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Aisyah Qistina Binti Ismail dengan mas kahwinnya Rm1000 tunai"

"Aku terima nikahnya Nur Aisyah Qistina Binti Ismail dengan mas kahwinnya Rm1000 tunai" dengan sekali lafaz Aisyah kini sah menjadi isterinya

Semua yang berada disitu tumpang gembira  akhirnya Aisyah dan Daniel berjaya disatukan. Daniel mengambil cincin yang berada didalam bekas lalu dipakaikan di jari manis Aisyah . Aisyah bersalaman dengannya buat kali pertama tanpa berlapik . Kini , giliran Daniel pula mengucup dahi mulus Aisyah itu . Ucapan syukur tak henti-henti Daniel ucapkan didalam hati . Inilah saat yang dia nantikan selama 8 tahun .

❤️❤️❤️❤️❤️

Selesai sahaja majlis pernikahan dan perkahwinan mereka . Daniel mengambil keputusan untuk tidur dirumah keluarga Aisyah iaitu rumah Tuan Ismail . Majlis mereka semuanya dibuat di Kuala Lumpur oleh kerana kebanyakan kenalan Aisyah semuanya tinggal di Kuala Lumpur begitu juga dengan Daniel.

"Assalamualaikumwarahmatullah"

Selesai sahaja solat Isyak bersama-sama , Aisyah menadah tangan mengaminkan bacaan doa dari Daniel. Aisyah gembira kerana lelaki pilihan keluarganya dapat menjadi seorang imam yang baik untuk dirinya . Aisyah bersalaman dengan Daniel sebaik sahaja bacaan doa selesai .

"Awak ada apa-apa ke nak cakap pada saya ? "soal Aisyah apabila Daniel memandangnya lama

"Terimakasih sayang..Terimakasih sebab sudi terima saya dalam hidup awak..Dah lama saya nantikan saat ini..8 tahun Aisyah saya pendam perasaan ni sorang-sorang.. 8 years i have been crush on you..Terima kasih sebab balas cinta saya..Terima kasih sebab awak dah buktikan pada saya bahawa selama ni usaha saya semuanya tak sia-sia.. Thankyou sayang.."luah Daniel lalu mengucup tangan gadis itu

"Terima kasih awak sebab tunggu saya.. Terimakasih juga sebab dah tunaikan amanah terakhir arwah abang saya.. Insya Allah saya akan jadi seorang isteri yang baik untuk awak..Kalau saya ada buat silap tolong tegur saya..Tolong bimbing saya.." luah Aisyah lalu menyalami tangan suaminya

"Insya Allah saya akan jaga awak melebihi nyawa saya sendiri..I love you sayang.." ucapnya romantis lalu mengucup dahi isterinya

"I love you too"balasnya lalu setitik air mata jatuh dari matanya. Air mata kebahagiaan.

"Kau keluar dari sini ! Sudah pergi balik ! Kalau kau datang sini semata-mata nak rosakkan rumah tangga anak aku baik kau pergi balik!"jerkah Puan Hasnah pada Luna yang baru sahaja datang

Daniel dan Aisyah bergegas keluar dari bilik setelah mendengar pergelutan di luar

"Mama kenapa ni ?"soal Daniel sebaik sahaja sampai disitu. Daniel mengalihkan anak matanya ke arah satu susuk tubuh di hadapannya begitu juga dengan Aisyah .

"Kau buat apa datang sini ?"tegang sahaja wajahnya saat itu.Dia menyuruh Aisyah berada di belakangnya menjauhkan diri dari Luna

"Daniel..I datang dengan niat baik..I nak minta maaf dengan Aisyah..I dah banyak buat dosa pada dia..I dah menyesal Daniel.. Mungkin inilah balasan tuhan pada I.. Tolonglah bagi I masa sekejap je untuk jumpa dengan Aisyah.."rayunya didalam tangisan

"Awak tak apa..Saya okey..Let me meet her.." katanya meminta izin.

Aisyah mendekatinya dengan berhati-hati.

"Aisyah..Maafkan I..I dah banyak buat dosa dengan you..I menyesal atas segala perbuatan I dekat you and Daniel.. I am really sorry..Please maafkan I Aisyah..Hidup I tak tenang selagi you tak maafkan I.."rintihnya

"Saya dah lama maafkan awak Luna..Semua orang pernah buat silap..Its okay.." jujurnya lalu memeluk Luna yang berada di atas kerusi roda

"Thankyou Aisyah..Awak memang seorang yang baik..I doakan semoga you bahagia dengan Daniel sampai ke syurga.."ucapnya didalam tangisan.Aisyah meleraikan pelukan

"Aunty , uncle maafkan Luna..Luna banyak buat dosa pada aunty dan uncle..Maafkan Luna..Luna dah terima semua balasan tuhan..Luna dah insaf maklong..Maafkan Luna paklong , maklong.."rayunya didalam esakan

"Maklong dengan paklong maafkan kamu.. Maklong doakan semoga Luna cepat sembuh.." kata Puan Hasnah sambil memeluk anak saudaranya itu

Hshshsh , nampaknya semua masalah dah settle..Hehehe , dont forget to vote ! Thankyouu ! ❤️

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now