25

76 12 0
                                    

Suasana dimeja makan menjadi sunyi apabila Puan Hasnah dan Luna masing-masing tertumpu pada Daniel tentang apa yang ingin diberitahunya

"sebenarnya..."

"aduh macam mana nak cakap ehh.."buntu Daniel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal

Ibunya sudah mula menyampah dengan sikap anaknya itu .

"okey-okey..Sebenarnya Daniel nak mintak mama dgn papa....masuk....."dia terhenti disitu.Entah mengapa sukar sekali untuk dia luahkan apa yang dia mahu

"masuk apa ? pelik-ii laaa kamu ni Daniel.."
degus Puan Hasnah lalu mula bangun dari kerusi ingin menuju ke dapur

"ma..tunggulaaa.."pujuk Daniel.Buntu dia bagaimana caranya untuk dia beritahu supaya orang tuanya masuk meminang Aisyah.

Ops terlepas. Heheheh.

"kamu nak apa Daniel ? Cakap tu biarlah jelas..ishh malaslah mama nak layan kamu.."bentak Puan Hasnah dengan perangai anak lelakinya. Entah apa yang terjadi pada anaknya itu pun dia tak tahu.

he is 100% change..omaigod..luah luna didalam hati

"apa yang bising-ii pagi buta ni awak ?"soal Dato Jefri

"entahla anak awak ni..pelik-ii.."bebel Puan Hasnah lalu duduk di atas kerusi

"Daniel cuba cakap dekat papa ? kamu nak beritahu apa sebenarnya ?"soal Dato Jefri

"pa..ma..Daniel nak mama and papa masuk meminang Aisyah untuk Daniel"akhirnya terlepas juga apa yang dihajatinya

"what ? masuk meminang ? are you kidding me Daniel ? mama tak percaya .. Aisyah mana pulak ni ?"soal Puan Hasnah tak puas hati

"boleh tu boleh..tapi let us know her first.."balas Dato Jefri tenang

"Are you serius Daniel ? Habistu I you nak buang dekat mana ?"soal Luna geram

"kita dah lama putus..Dahlah Luna..Aku dah lama lupakan kau..Kita dah takde apa-ii .. We are only COUSIN !"luahnya lalu bangun dari meja makan itu.

tkpe daniel..aku dari dulu lagi sanggup berkorban apa saja demi kau..tapi kau buang aku macam sampah..kau buat aku macam takde maruah..takpe..kau tunggu..aku akn pastikan kau takkan bahagia dengan perempuan tu ! getusnya didalam hati

❤️❤️❤️❤️❤️

Kisah lamaran jejaka terhot di Universiti itu menjadi buah mulut pelajar yang berada disitu

"ehh aku dengar cerita daniel melamar gadis cantik sekolah ni.."kata salah seorang pelajar perempuan disitu

"siapa?"soal rakannya pula

"siapa lagi kalau bukan aisyah.."katanya lagi

"ouh aisyah ke..Ishh serasi laa mereka berdua.."balas rakannya

Iris dan Irene yang mendengar perbualan pelajar itu terus beredar pergi dari situ.

"tak guna punya perempuan ! berani dia rampas daniel aku !"getus Iris perlahan

❤️❤️❤️❤️❤️

"ehh pompuan kau sini jap !"degus Iris kepada Aisyah didalam kelas . Sememangnya Iris sengaja biarkan semua orang keluar dari kelas dahulu kerana dia tak mahu ada sesiapa nampak apa yang ingin dibuatnya.

"awak panggil saya ke ?"soal Aisyah ragu-ragu

"siapa lagi ada dalam ni kalau bukan kau !" bentak Iris dengan sifat Aisyah yang buat-buat tak tahu .

"kenapa ?"soal Aisyah perlahan.Entah kenapa dengan perempuan di hadapan dia pun dia tak tahu. Dah macam kena sampuk pun ada.

"aku nak bagi warning dekat kau ! jangan pernah sesekali kau rampas Daniel dari aku ! kau faham !"degusnya melepaskan geram

"errr...maafkan saya Iris..Tapi saya tak faham apa yang awak cakap ni?"soal Aisyah buntu dgn apa yang diperkatakan oleh Iris

"buat-ii tak faham pulak ! ehh kau fikir aku tak tahu kau tengah angau bercinta dgn dia ! ehhh pasal lamaran tu semua orang dah tahu lah !" tersentak Aisyah setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Iris . Tiada dia sangka cepat betul rumor tersebar .

"kau ingat apa yg aku pesan ! takde siapa boleh lawan Iris Danisya ! I mean it when I said ! remember that !" degusnya memberi warning lalu meninggalkan Aisyah bersendirian disitu

❤️❤️❤️❤️❤️

Setelah selesai makan malam , Aisyah terus naik ke bilik untuk berehat . Sememangnya dia rasa tercabar dan takut dengan ugutan dari Iris petang tadi. Inilah yang paling dia takuti . Kalau boleh dia tak mahu bermusuhan dengan siapa-siapa. Bila membabitkan lelaki pasti ada sahaja masalah yang timbul .

aisyah jangan takut . allah ada . ingat kau buat semua ni demi mak dan abang kau . ini semua ujian dari allah . sabar . bisik hatinya pada diri sendiri

"insyaallah takde apa-apa"gumam Aisyah sendirian

Saat dia ingin melelapkan mata tiba-tiba sahaja dia mendapat mesej dari ibunya

'cah family daniel dah dtg masuk meminang kamu..mak dah terima..'-mak❤️

'mak harap kamu pun setuju samalah cah.. tolong jgn ubah fikiran nak...'-mak❤️

'baiklah mak..alhamdulillah kalau semuanya berjalan dgn lancar'-aisyah

'alhamdulillah'-mak❤️

Aisyah menutup aplikasi whatsapp itu lalu terus berbaring diatas katilnya . Walaupun berat untuk dia terima , tapi demi membahagiakan ibunya dia sanggup.

Nak baca next part tak ? Kalau nak jangan lupa vote ! ♡

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now