39

72 12 3
                                    

Bunyi enjin kereta di luar rumah menjadi perhatian semua yang berada didalam rumah itu. Syafiq keluar menyambut kedatangan Ustaz Faiq Khalis mesra. Begitu juga semua yang berada didalam rumah itu.

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh" ucapnya seraya melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.

"Ustaz silakan naik..Adik saya ada kat atas" kata Syafiq lalu jarinya menuding ke arah tingkat atas.

Ustaz Faiq hanya membalas dengan anggukan.Dia membuka langkah naik ke tangga dan menuju ke tingkat atas. Diikuti juga dengan semua yang berada disitu.

Pintu bilik dikuak dari luar.Dia melihat sekujur tubuh sedang berbaring di atas katil. Dia mendekati gadis itu. Dia memulakan dengan membaca ayat ruqyah .

Saat ayat ruqyah dibaca.Aisyah tersedar dari lenanya. Dia memandang wajah seorang ustaz dihadapannya manakala di sebelah ustaz terpapar wajah abangnya

Dia menyentuh kepalanya yang terasa sakit. Setiap pergerakannya diperhatikan sahaja oleh semua yang berada disitu termasuk ibunya , Anis dan maksunya. Bukannya mereka tidak mahu menolong Aisyah. Tetapi ustaz itu sudah memberi mereka arahan supaya menjarakkan diri daripadanya.

"Kau Siapa !"degus Aisyah seolah-olah dirasuk sesuatu

Ustaz itu tidak menjawab dan meneruskan bacaannya.

"Aku tanya kau siapa !" jerkahnya lagi. Semua yang berada disitu turut tersentak dan terkejut dengan sifat Aisyah. Namun mereka tahu yang sedang bercakap itu bukanlah Aisyah tetapi makhluk halus .

"Auzubillahiminassyaitanirrajim..Bissmillahirahmanirrahim..Siapa kau ?" soal ustaz saat memegang ubun-ubun gadis itu berlapikkan sejadah

"Panas ! Aku panas ! Diamlah baca tu semua bodoh !" jerkahnya saat ustaz Faiq Khalis semakin menguatkan bacaan ruqyah nya.

"Aku tanya siapa kau ! Siapa tuan kau ?" dia masih menyoal soalan yang sama

"Aku sihir ! Arghhh panas ! Tolonglah diam !" degusnya sambil meminta tolong

Tak sangka jin pun tahu minta tolong ehh 😂

"Siapa yang hantar kau ?" semakin kuat Ustaz Faiq menyentuh ubun-ubun gadis itu.
Manakala semua yang berada di bilik itu hanya menjadi penonton.Apa nak jadipun jadilah.Asalkan Aisyah sihat kembali seperti dulu. Tak sanggup mereka melihat Aisyah berkelakuan seperti itu.

"Taknak !" jerkahnya

Belum sempat ustaz Faiq Khalis meneruskan bacaannya . Aisyah mula muntah dan batuk darah . Mujur sahajalah Syafiq pantas bertindak , dia menadah mangkuk yang dilapik dengan plastik .

Setelah itu Aisyah pengsan dan jatuh terlantar di atas bantal .

Ustaz Faiq berhenti dan meneruskan dengan bacaan Al-Fatihah dan ayat kursi.
Setelah itu dia menyuruh Syafiq mengambil sebotol air mineral yang dibawanya tadi untuk diberikan kepada Aisyah setelah dia sedar nanti.

❤️❤️❤️❤️❤️

Semua yang berada di ruang tamu hanya diam seribu bahasa . Mereka masih terkejut dan takut dengan apa yang berlaku pada Aisyah sebentar tadi.Siapalah yang berhati kan iblis sanggup menghantar sihir kepada Aisyah.Apalah salah Aisyah padanya.

"Daripada apa yang saya nampak..Yang hantar sihir pada adik kamu bukan seorang.." tegang sahaja wajah Ustaz Faiq saat mengutarakan perkara itu kepada Syafiq

"Allah..Ustaz..Siapalah yang sanggup buat begitu pada adik saya.."rintihnya seraya air mata jantannya mula jatuh

"Sabar Syafiq..Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.."dia memegang bahu lelaki dihadapannya itu.

"Ustaz..Boleh saya tahu siapa yang sanggup buat begitu pada anak saya ?"rintih Puan Siti yang dari tadi tak berhenti-henti menangis.

"Saya masih belum dapat jawapan untuk itu.Tapi daripada apa yang saya lihat tadi.. Sihir yang dihantar agak kuat..Boleh saya tahu Aisyah pernah ada musuh ?"soal Ustaz Faiq Khalis dengan wajah serius

"Kami tak tahu ustaz..Tapi setahu saya anak saya seorang yg baik..Dia bukan seorang yang suka cari musuh.."jujur Puan Siti berkata

"Betul tu ustaz..Aisyah baik orangnya.. Saya tak sangka sebaik-baik dia masih ada yang berdengki dengan dia.." sayu sahaja suara Anis

"Saya harap kamu sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..Insyaallah ada hikmah disebalik yang berlaku ini.. Saya hanya mampu membantu , yang menyembuhkannya adalah kuasa Allah S.W.T." katanya seraya bangun dari sofa

"Insyaallah esok saya datang lagi..Saya minta setiap kali maghrib tolong pasangkan ayat ruqyah ataupun ayat Al-Quran didalam bilik Aisyah..Kebiasaannya benda macam ni akan datang sewaktu maghrib..Dan jangan lupa air tawar yang saya dah baca dengan ayat ruqyah tadi bagi dia minum setelah dia sedar nanti.." pesannya lalu meminta diri untuk pulang.

Dah macam cerita hantu laa pula kan 😂
Nevermind , cuba korang komen.. Siapalah yang hati busuk sangat buat macamtu pada Aisyah.. Vote untuk chap seterusnya !

DIA CRUSH AKU ✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant