55

64 10 0
                                    

Hari perkahwinan Aisyah dan Daniel cuma berbaki dua hari lagi . Persiapan sudah banyak yang siap atas pertolongan dari Puan Siti dan Tuan Ismail . Aisyah juga sudah dibenarkan pulang kelmarin . Mereka berharap semuanya berjalan seperti yang dirancang .

"Macammana okey tak baju kahwin cik?" soal pekerja disitu

"Okey cantik..Ketat pun tak.." jujurnya gembira . Dress pengantin yang berwarna putih itu menjadi pilihan mereka untuk dipakai . Dress itu sebenarnya sudah lama dibeli tetapi baru harini Aisyah dapat memakainya .

Daniel pula keluar dari bilik pakaian dengan memakai baju melayu yang berwarna putih

Aisyah terpukau dan terpesona melihat ketampanan Daniel . Ini kali pertama dia melihat lelaki itu memakai baju melayu .

"Awak okey tak ?"soal Daniel sambil meraga -ragakan pakaiannya dihadapan cermin

Aisyah malah terdiam tidak bersuara

"Awak okey ke tak baju ni ?"soalan dari Daniel menghentikan lamunan Aisyah

"Okey..Awak nampak hensem"jujurnya malu

"Kan saya dah cakap saya boleh lawan oppa korea awak"selorohnya bergurau

"Eii perasannya.."sinis Aisyah

Pekerja disitu hanya ketawa melihat gelagat dua pasangan itu.

Daniel masuk semula ke dalam bilik pakaian tadi. Dia menyuruh pekerja itu pergi dari situ kerana ingin berduaan dengan Aisyah . Setelah Daniel masuk ke dalam bilik salinan pakaian tadi . Dia menarik tangan Aisyah untuk masuk sama .

"Eii awak ni dah kenapa hah main tarik-tarik macam ni..Sakit tau tak tangan saya"degus Aisyah geram lalu menyentuh - nyentuh tangannya

Daniel mengunci bilik pakaian itu sengaja ingin menakutkan Aisyah . Aisyah mula tak keruan dengan tindakan Daniel itu.

"Awak ni dah kenapa hah ?"soal Aisyah tergagap-gagap

"Saja..Nak berdua-duaan dengan bakal isteri.."katanya dengan nada nakal

"Awak jangan macam-macam ehh..Kita belum sah jadi suami isteri.."pesan Aisyah sambil menjauhkan diri dari Daniel

Daniel mendekatinya semakin lama semakin dekat dan menyebabkan Aisyah buntu hendak lari kemana . Aisyah tersandar pada dinding lalu Daniel meletakkan sebelah tangannya pada dinding bagi menghalangi Aisyah dari keluar . Aisyah menelan air liur , belum jadi suami dah menggatal Daniel ni..Dah jadi suami tak tahu lah bagaimana..

"Awak nak apa sebenarnya Daniel ? Ishh tepilah" degus Aisyah memberanikan diri. Saat Aisyah cuba keluar dari situ , Daniel meletakkan lagi sebelah tangannya di dinding dan menyebabkan Aisyah tidak boleh keluar sama sekali .

Aisyah menutup mata kerana buntu hendak lari kemana.Walaupun dia tahu Daniel tak akan buat apa-apa padanya , namun hatinya saat itu bagaikan hendak pecah dengan tindakan Daniel .

"Awak..bukalah mata..saya nak cakap something ni" kata Daniel dengan nada romantis

Aisyah memaksa dirinya untuk membuka mata . Mereka bertentang mata untuk beberapa saat .

"Daniel..Janganlah macamni..Awak nak apa.." degusnya malas ingin memanjangkan cerita

"Awak terhutang satu benda dari saya.." bisik Daniel

"Hutang apa awak ni..Jangan nak mengarutlah.." degusnya lalu cuba melarikan diri dari Daniel namun tak bisa

"Awak terhutang perkataan I Love You Too dekat saya.." bisiknya ditelinga Aisyah

"Alahh sebabtu je ke ? Awak ni jangan nak mengada sangat.. Belum jadi suami saya dah menggatal macamni.." sindirnya

"Selagitu awak tak lafazkan perkataan tu , selagitu lah awak tak dapat keluar dari sini.." ugutnya sengaja ingin menyakat Aisyah

"Ishh yerla-yerla.. I love you too.." degusnya

"Tak ikhlas.."

"Awak nak saya cakap macam mana ?" soal Aisyah lagi

"Macamni.." Daniel melepaskan tangannya dari dinding lalu mengambil shawl milik Aisyah yang tergantung di dinding dan diletakkan pada tangan Aisyah . Dia membelai tangan Aisyah yang berlapikkan tudung itu .

"Tak susah , awak kena buat macamni.. Awak , I love you too.." kata Daniel dengan nada romantis sambil memegang tangan Aisyah

Aisyah terkaku dengan tindakan Daniel. Seperti terkena renjatan elektrik , menusuk masuk ke dalam hatinya .

"Aisyah..I..love..you.."bisiknya dengan nada romantis

"I..love..you..too.."balas Aisyah seakan-akan dipukau oleh Daniel . Daniel mengangkat tangan Aisyah yang dipegangnya tadi lalu dikucupnya tangan gadis itu dengan berlapikkan shawl .

Grr Grr Grr

Bunyi telefon Daniel menyedarkan mereka berdua dari bertentangan mata.

Daniel mengangkat panggilan daripada ibunya.

"Daniel..Bila kamu nak balik ni..Pergi try baju pun lama ke..Nak bermanja pun tunggulah malam esok.."bebel ibunya didalam panggilan

Aisyah dan Daniel hanya ketawa sebagai balasan . Daniel bergegas keluar untuk menukar pakaian .

❤️❤️❤️❤️❤️

Pelamin yang sudah siap dipasang itu dipandangnya gembira . Daniel tersenyum melihat orang disekelilingnya yang sibuk menyiapkan majlis perkahwinannya dengan Aisyah. Aisyah pula sedang memakai inai walaupun sebenarnya dia tak mahu namun setelah berkali-kali dipaksa oleh Anis dan Laila dia mengalah.

"So how , suka tak dengan pelamin ?"soal Syafiq .Untuk pengetahuan semua , dua minggu yang lepas Syafiq perlu ke Indonesia atas urusan kerja. Mujur sahajalah dia dapat balik ke Malaysia awal sebelum perkahwinan adiknya.

Daniel mengangguk lalu senyuman diukirnya . Syafiq mengajaknya untuk duduk di sebuah meja berhampiran dengan mereka.

"Kenapa bang ?"soal Daniel seraya melabuhkan punggung di atas kerusi

"Abang nak kau janji sesuatu dengan abang.." tegang sahaja wajahnya saat itu

"Janji apa ?" soalnya lagi

"Janji dengan abang kau jaga Aisyah macam mana kau jaga diri kau..Jangan pernah sakiti dia..Kalau kau rasa kau tak mampu jaga dia serahkan balik pada kami dengan cara yang baik..Ingat tu..Aisyah sorang jee adik yang abang ada..Tolonglah jaga dia sebaik-baiknya..Sayangi dan cintailah dia melebihi nyawa kau sendiri.."pintanya pada Daniel

"Daniel janji bang..Terimakasih sebab dah beri kepercayaan pada Daniel selama ni.." katanya berterimakasih

"Daniel , Syafiq.. Boleh ayah join sekali ?" soal Tuan Ismail sebaik sahaja tiba disitu

Daniel dan Syafiq mengangguk sebagai alasan. Mereka berborak dan bergelak ketawa bersama-sama pada petang itu .

Show me some love with vote ♡

DIA CRUSH AKU ✓Where stories live. Discover now