Dia lelaki yang selalu memerhatikan tingkah laku kamu tanpa kamu sedari. Pandangannya seperti ada satu magnet yang kuat menarik matanya hanya untuk kamu.Hari demi hari.Tahun demi tahun tanpa henti, matanya hanya memerhatikan kamu. Walaupun jauh, itu bukanlah alasan untuk dia berhenti dari terus memikirkan kamu. Selagi rasa sayang dan cinta yang masih belum terluah dan impiannya mahu memiliki kamu juga menjadi sebahagian dari hidupannya belum tercapai.. Selagi itu dia akan terus menghantui setiap langkah yang kamu jejaki. "Siapa kau sebenarnya? Kenapa asyik memerhatikan aku?" - Ashley Hawson "Tak penting untuk kau tahu siapa aku. Dan jangan perasan" - Syad Ashwar "Aku bukan perasan. Ini kenyataan!" - Ashley Hawson "Sudah terang lagi bersuluh, kau memang kuat perasan" - Syad Ashwar Dia ialah Ash, yang akan menyembunyikan kamu dengan abu. Dan dia juga ialah War, yang akan mulakan perang hanya untuk memiliki kamu. P/s : bahasa-bahasa selain bahasa melayu ada diterjemahkan dalam novel ini✔ Highest Ranking Genre : Teen Fiction Romance Start : 25 February 2019 End : Status : HIATUS "Hasil dari imaginasi dan idea dalam otak sis" 🌹 ✔readers,comments and votes ✖Do not copy paste! A story by theaizyns🌹 ©2 0 1 9