A : 7

60 5 3
                                    

***

Dan engkau tahu,
tiada apa yang kita miliki di dunia ini
jika tanpa usaha dan petunjuk
dari Allah.

***

"NAMA aku Ashley..." merenung lama gambar wajah dalam kad pengenalan itu. Mirip dengan wajah aku.

Dan umur aku lapan belas tahun...

"Tak mungkin aku umur muda macam ni," ujar aku sambil membelek-belek kad kecil--kad pengenalan yang tertera nama penuh aku..

Ashley Hawson binti Tuan Abdullah.

Tok! Tok!

Anak mata aku pantas menoleh ke arah pintu tatkala kedengaran ketukan dari luar. Pintu bilik wad bernombor 23.

Ya, aku masih lagi berada dalam bilik yang diwarnai dengan warna hijau muda dan putih serta wangian ubat-ubatan yang sentiasa lulus membuatkan aku rasa nak mual sepanjang masa.

Aku tidak menyahut atau berkata apa-apa kerana aku tahu, yang mengetuk pintu itu pasti...

"Hey Ash, dah lama sedar?"

...Doktor Amru.

"Dah" pendek dan padat.

Sudah lihat aku duduk di birai katil dengan bangganya kelihatan sudah bangun, kenapa perlu tanya lagi?

"Dah ada jururawat datang bagi sarapan?" tanya Doktor Amru sebaik saja menutup pintu dan melangkah menghampiri Ashley yang sedang sibuk memandang kad pengenalan tanpa menghiraukan kehadirannya.

"Dah" aku jawab pendek.

Doktor Amru. Seorang yang sangat kacak tetapi tidak boleh dinafikan Shawn Mendes sentiada menjadi pilihan nombor satu di hati aku. Dengan pemakaian doktor yang dipakaiannya kelihatan sungguh workaholic namun bagi aku sungguh membosankan.

Tidak rasa mual kah lelaki ini setiap hari menghidu bau ubat?

"Ashley ada ingat apa-apa setakat ni?" Doktor Amru cuba memecahkan kejanggalan antara aku dan dia. Doktor Amru mula mengambil tempat di sebelah aku dengan menayangkan senyuman manisnya sehingga menampakkan lisung pipitnya.

Aku terdiam.

Lisung pipit itu mengingatkan aku tentang seseorang...

"Ada. Aku ingat..."

"Keluarga kau?" Doktor Amru mencelah. Tanpa dia sedari aku menjeling sesaat.

"Tak. Aku ingat aku bangun aku bukan di sini" kata aku dengan sinis tanpa secalit senyuman pun terukir pada wajahku. Kad pengenalan aku simpan semula dalam almari kecil yang terdapat beg kecil. Ini mungkin milik aku sebelum aku terlibat dalam kemalangan yang...

...aku sendiri tidak ingat.

Semuanya dicerita oleh lelaki disebelah aku kini--Doktor Amru

"At least, kau ingat aku siapa kalau kau tak ingat keluarga kau," balas Doktor Amru dengan senyumannya.

Senyuman yang mungkin akan membuatkan berjuta gadis masuk ruang kecemasan di hospital ini, tapi bukan aku.

Ashley AshwarWhere stories live. Discover now