A : 4

87 11 4
                                    

PERLAHAN-lahan dia membuka matanya setelah sekian lama dia tidur. Seluruh tubuhnya juga sudah lenguh. Mungkin terlalu lama baring. Silauan lampu dalam ruang itu menyakitkan matanya. Mengalahkan sinaran matahari. Adakah ia ultraungu?

Bila matanya sudah sepenuhnya sesuai dengan cahaya, dia mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Aku dekat mana ni?" Itulah soalan yang pertama terpancul dari bibir mungilnya yang pucat.

Ketika hendak mengangkat lengannya, wayar kecil yang tercucuk pada belakang tangannya menjadi tumpuan. Satu hos menyalurkan air dan satu lagi darah yang mengalir dalam tubuhnya.

"Apa yang berlaku? Kenapa aku kena tambah darah..." perlahan saja dia menuturkan kata-kata.

Dipandang seluruh ruang itu. Dalam fikiran sudah mengatakan dia berada dalam bilik wad untuk pesakit. Dengan segala kudratnya, dia menahan tapak tangan pada kedua-dua tepi palang katil untuk bangun dari baring.

Baru saja mahu mengangkat diri, kepalanya yang berbalut itu tiba-tiba berdenyut. Terus tangannya terlepas dari palang dan menyentuh bahagian kepalanya.

"Sakit..." rengeknya perlahan. Dia cuba menahan sakit pada kepalanya. Terasa bagai banyak jarum mencucuk-cucuk otaknya.

"To...long..." dia cuba memanggil seseorang untuk meminta tolong. Namun, suaranya sangatlah perlahan dan kecil kerana kerongkongnya masih kering. Dia menahan sakit sehingga terpejam erat matanya.

Semakin dia bersuara, semakin kuat sakit dalam kepalanya. Dia tidak tahu apa yang berlaku, sakit diseluruh dalam kepalanya amat menyeksa dirinya.

Tangannya sudah menekan kuat tepi kepalanya. Kakinya sudah meracau menendang selimut. Kepalanya digelengkan ke kiri dan kanan.

"Arghh!" Jeritan kuat dan nyaring mula kedengaran.

"Tolong! Sakit!" Dia menjerit nyaring. Sungguh, sakit yang dia rasakan berbeza dari sakit kepala biasa.

"Arghh! Sakit! Sakitttt!"

Bam!

Tiba-tiba pintu terbuka luas oleh seseorang dari luar. Seorang lelaki terus memandang ke arahnya yang sedang bertarung sakit pada bahagian kepalanya.

"ASH!"

***

SYAD Ashwar memakirkan keretanya berjenama Bezza warna merah di perkarangan rumah banglo keluarganya. Blazer dan beg kerjanya diambil dari sebelah kerusi sebelum keluar dari perut kereta. Kasutnya dibuka perlahan dan dimasukkan dalam rak kasut yang terletak pada sebelah pintu utama.

Baru saja mahu memulas tombol pintu, ia sudah dibuka dari dalam.

"Abang Syad!" Sapa Syadira Ashmira gembira dengan wajahnya dihiasi senyuman lebar.

"Ya adik abang..." lembut saja Syad Ashwar membalas.

"Lambatnya abang Syad balik. Dah nak habis magrib dah" omel Syadira Ashmira sambil mengambil blazer dan beg kerja dari lengan abangnya.

"Banyak kerja... kan abang dah ambil ahli syarikat ayah." Syad Ashwar melangkah masuk ke dalam rumah. Syadira Ashmira sudah memuncungkan bibirnya sebelum menutup pintu.

"Ape-ape je lah. Yang penting, abang Syad naik atas mandi semua. Lepas tu turun makan, Mak Ani dah siap masak," beritahu Syadira Ashmira. Syad Ashwar hanya mengangguk dan mendengar tanpa membalas.

Diri terus dibawa menuju ke anak tangga untuk ke bilik tidurnya. Penat, penat bekerja. Hatinya juga tenat sekarang.

***

Ashley AshwarOù les histoires vivent. Découvrez maintenant